Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 20 November 2015

Bila Sony Xperia Z3 ‘tenggalam ‘ ..

 

Kenangan punya pasal  di Discover Scuba Diving ! Haahahaha.. walaupun aku tau risikonya sebab pernah kena sekali dulu tapi aku tak nak lepaskan peluang merakamnya untuk kali pertama !

image

image

Dan gambar terakhir sebelum ianya terkulai layu , buat sementara ! Selfie bersama tenaga pengajar yang sporting !

image

Sony Xperia Z3 memang boleh masuk kolam renang tetapi bukanlah untuk jangka masa lama.. dan juga kalau tak silap aku juga , klorin yang tinggi mampu membuatkan skrinnya bermasalah selepas itu. Ada caranya untuk elakkan dari rosak seperti bersihkan dengan air paip selepas keluar dari kolam dan jangan guna dulu.. keringkan terlebih dahulu !

Dan pastikan cap usb tertutup rapi ! Dalam kes aku , aku rasa cap aku sebab kebelakangan ni dia agak mudah longgar ! Disebabkan terlalu kerap charging.. Nak charge kena cabut ! Tak nak cabut pon ok sebenarnya.. gunakan dock !

image

Haa.. yang bawah ni cara guna dock.. Untuk Sony Xperia Z2 aku , aku ada dock.. senang nak charge.. Letak jer..

Senang kan ?

image

Kalau tak nak guna dock gini atau cabut cap usb untuk charging.. korang leh guna Sony Xperia Z3+ atau pun Sony Xperia Z5 ! Hehehehe.. lagi mantap !

Gambar di bawah ni , menunjukkan perbezaan bahagian charging Sony Xperia Z5 yang berwarna putih dan Sony Xperia Z3. Walaupun terbuka , ianya tetap waterproof !

image

Nanti aku review Sony Xperia Z5 Dual lak eh ? Dan Sony Xperia Z3 , aku tak jadi nak jual.. hahaha… Kos repair tinggi.. sayang nak jual ! Boleh guna tu.. kasi kat Zahra nanti..

7 komen :

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

go pro lepas ni..

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Untung zahra, papa nak hadiahkan hp tu hehhee, oh baru tau risikonya ye...tp kalau tak cuba utk kedalaman pasti tak tahu akan risiko ini kan...good job ben lepas ni nak aim hp ni utk reward diri...doakan tabung blogger cpt penuh ben hehhehe

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

Ok2. Nak tunggu review Sony Xperia Z5 Dual pulak. hehehe

careno berkata... [Reply to comment]

kehkehkeh.... sbb tu aku guna magnetic charger utk Z3 aku... tkut penutup tu longgar...

Sheila Adziz berkata... [Reply to comment]

wow... tak mampu nak milik ni... nak satu la BA... hehe

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Suami PC pun suka guna brand Sony..*ermmm..nokia disisihkan*

anak denesor berkata... [Reply to comment]

baru tahu klorin pon bole efek pada skrin

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI