Akhirnya , migrain jugak aku !

Masa di Perth ari tu , takde pulak pening pening ! Huhuh.. Balik ke Malaysia , tetiba penuh kepala otak ! Macam macam masuk dalam kepala. Dengan masalah negara yang tak patut aku pikir , aku sibuk nak pikir.. Dengan masalah dunia yang makin bercelaru , pon aku sibuk nak pikir ! Aduhhh... 

Dan anak teruna dan anak dara aku ni haaa ! Huhuhu.. memang makin baik orangnyaa ! Baiikkkkk... baikkk ada maknaa ! Masa jemput aku di airport , Qhaliff beria menangis masa nampak aku ! Adoiyai... terharunya akuuu... Mesti rindu kat aku sangat tuu.. 

Aku tanya wife kenapa Qhaliff nangis.. Dan dia jawab.. 

" Tu haa.. Dia nampak Minions tu tadi.. dia nak beli ! Kan dah ada banyak kat rumah.. Iskhh.. Bersungguh dari tadi nangis... ".

Adeh.. Terus urut belakang kepala aku.. Hurm.. 

" Jom gi beli... ". 

Punya aku nak menyimpan duit kat sana.. Makan pon aku tahan.. Akhirnya , aku membeli mainan untuk anak kesayangan.. hurm.. Tak pe la. Aku tak beli apa apa untuk dia kat sana . Wife cakap , dia bukan nak sangat . Dia mengantuk sebenarnya. Abis semua menda dia nak ! Hurm.. Aku senyum je la.. Malas nak pikir sangat. Kang sakit balik kepala aku.

Singgah jap kat Burger King. Lepaskan rindu dengan berbual sambil lepaskan keinginan. Teringin nak makan burger sejak berada di sana lagi.. huhu.. Minum air milo ais dan makan coklat.. Tetiba rasa sakit balik di kepala ..

Sah migrain ke ni ? Dan sejak semalam , aku berhenti makan coklat dan minum air milo. Sakit kepala takde dah ! Hurmmm... Nampaknya aku dah ada migrain . Kena g jumpa doktor jawabnya laa.. Hurmm...

Salah anak anak ke aku dapat migrain ?


Salah sendiri sebab tak reti nak bezakan dan asingkan masalah yang patut dipikir dan ditolak ke tepi ! Huh.. 

7 ulasan:

  1. Ben, kalo sakit kepala or migrain, jangan makan coklat atau minum air bercoklat. Memang lagi migrain. Moga Ben segera sembuh ya. Aamiin...

    BalasPadam
  2. ooo..tak tahu pulak minum milo dan makan coklat boleh buat migrain..Fida pun migrain gak...kalau dia mai serang...terus duduk dl kegelapan..sambil tutup kepala dgn bantal..

    BalasPadam
  3. hi... try la buat bekam.. ada member asik migrain n lepas berbekam, jarang dah kena

    BalasPadam
  4. orang cakap nak hilang migrain letak ais kat kepala.

    BalasPadam
  5. Abg Ben jaga kesihatan ye.

    Baru tau kalu migrain tak leh makan atau minum coklat hihih..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009