Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 17 Disember 2015

'Cenyum' dia kata..


Baru aku plan nak berehat malam ni tapi terpaksa ditangguhkan sebab terdengar suara Zahra menangis dari dalam bilik. Hurm.. Dia dah dapat lelapkan mata dalam kereta tadi.. bermakna dah segar utk malam ni.. dan wife dah kepenatan.Perlu rehat secukupnya..

Nak tak nak...aku kena jaga dia malam ni.Qhaliff , seharian tak tidur.Puas bermain dengan sepupu dia di rumah mak aku tadi..bermakna malamnya mudah tidur.. Hurm.. tinggal aku ngan Zahra. Sakit kepala masih ada lagi.. 

Aku bawak Zahra naik bilik atas. Lepak ngan aku. Dan mainan dia pastilah tab dan telefon aku. Dia tak minat nak layan kartun pon..tak macam Qhaliff di usia dia... dia bukak camera dan..

'Cenyummmmm..' .

Sengih jer aku tengok telatah dia. Hilang sakit kepala aku jap.. Pastu bawak dia lepak depan peti ais..tempat kegemaran dia !! Abis dia geledah dah jumpaaa...buah delima! Heheh..lepak makan dengan dia depan peti ais..dengan pintu terbuka. Tak kasi aku tutup.

Dah kenyang...letak dalam buaian. Rela diaaa..tu tandanya dia dah mengantuk. Aku buaikan dia jap.. kemudian pass balik kat wife.. Tak nangis dah...dan lena !! 

Semua dah lena.. sapa nak tidurkan aku yg sedang sakit kepala ni ??? Hurmmm.





6 komen :

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

Telatah anak2 ni Ben sebenarnya boleh jadi terapi melihat mereka hilang segala kelesuan tu yang saya rasalah..alhamdulilah sihta anak2...

Sya Nadia berkata... [Reply to comment]

apa lagi, dodoikan diri sendiri la..hahaha

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Hihi...abg ben terlelap dengan buah delima ke..

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply to comment]

Macam-macam teletah anak-anak. Suka dengan teletah mereka.

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

macam2 telatah anak2 ni

Puan Wawa berkata... [Reply to comment]

bagusnya ayah zahra..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI