Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 3 Disember 2015

Dilema seorang rakyat Malaysia..

 

Ada yang kata , aku ni pandai merungut saja ! Berusahalah untuk majukan diri , kritiknya ! Nak majukan camana lagi ? Suruh siang malam bekerja tanpa had ? Atau join bisnis MLM ? Meniaga burger di malam hari manakala siangnya kerja di pejabat ?  Lunch g jadi pam atendant ? Dan anak di rumah , kasi hantar pengasuh ? Itukah kehidupan yang kita kejar hanya kerana nak teruskan hidup sempurna ??

Adakalanya aku berdiri di depan pintu.. Berfikir sejenak. Aku nak pergi kerja  pagi ni , nak guna pengangkutan awam atau pandu kereta jer ? Kerajaan galakkan rakyatny gunakan pengangkutan awam tapi diorang kasi naik harga kaw kaw punya ! Apa punya turr daa ! Pandu kereta , petrol dan tol satu hal lak ! Dah la gi event tak berbayar ! Demi kerana nak dapatkan network.. untuk masa depan kata kawan kawan..

Tepuk dahi ! Aku memandang ke langit. Yang kaya , semakin kaya dan yang miskin , semakin miskin di Malaysia ni ! Nak ‘berjaya’ , kena jadi penjilat ! Atau terus berada di ‘tapak kaki’ tanpa mampu berbuat apa apa jika tak nak jadi pengampu !

Geleng kepala. Sampai bila nak terus hidup begini ! Kata seorang menteri , berpindahlah ! Samada ke  luar negara atau balik je kampung. Hurm… Kadang kadang , orang gini memang dungu ! Aku pun boleh jadi menteri kalau itu je tahap idea yang mampu dia beri. Apakah aku perlu join politik dan jadi menteri ? Wowww ! Datuk Seri Ben AShaari ! PErghhhhhh..

Aku  tampar pipi aku sendiri ! Sudah sudahlah berangan.. Hidupkan enjin , jom gi Cheras. Sediakan duit tol dan kad kredit . Semalam dah isi petrol dan malam ni nanti , standy untuk isi lagi !

Aku memandang Qhaliff dan Zahra. Besar nanti jangan jadi macam Najib , yer sayang ! Biarlah kita begini , asalkan kehidupan kita berkat ! Tak lama pun kita atas bumi ni. Pastu ke dalam tanah jua kita nanti..

11 komen :

yaya cendana berkata... [Reply to comment]

oh...saya lah paling sedih bila baca entry ni....baru nak mula menabung , dah kering....makan pun kena cukai....bestnye hidup waktu zaman nenek moyang...tak mewah tapi bahagia....

Ana Fatihah berkata... [Reply to comment]

Setuju sangatsangat dengan entry nih. Saya ni nasib student yg duk asrama dlm kampus. Tak rasa sgt, tp kawan2 yg duk pakai knderaan awam tu, kesian sungguh.

Semua nak menaik, manalaa agaknya GST yg kata nak guna utk tolong rakyat tu.. Hmmm. :(

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata... [Reply to comment]

Nasik putih separuh ayam seketul pun dah kena charge RM 7.50..logik akal tak? gara-gara pak Jib.Nak makan luar pun sekarang fikir 100 kali..beli barang dapur siap-siap untuk sebulan pun dah cecah ratusan ringgit..nak tanam sayur tak boleh..umah apartment pulak..haru biru hidup dekat Malaysia sekarang

nuhara berkata... [Reply to comment]

makin susah rakyat gaji baru nak naik ingat dah boleh nafas tapi sebalinya pula

Fieza Sani berkata... [Reply to comment]

Nak buat macamana..Selagi menteri2 yang sediaada sekarang masih conquer Malaysia, kita rakyat marhaen ni bertahan & bersabar je la..Dah hint suruh letak jawatan, tak paham2, rakyat dah tak suka..duk laung rakyat sokong dia..celah mana sokong ntah..oo celah bini dia gamaknya..

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

betul la tue

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Percaya atau tidak.. dalam sebulan hanya 2 @ 3 kali sahaja saya beli makanan untuk makan tengahari di pejabat kerana harga yang bapak mahal. Selain dari tu ikat perut, balik kerja barulah makan dengan anak2..

Ar Eirza Japar berkata... [Reply to comment]

kesian pk masa depan anak2...dr skung buat tabungan sikit utk mse depan depa..kot2 nk blaja nnt dh xde pinjaman/biasiswa...pastu yuran dh mahal ke ape ke...arghh stress pk hal pak jibi ni...

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Hurmmmmm.... Sedih fikir

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Dah tak tau nak kata apa....kelip..kelip mata..

Nini Mohd berkata... [Reply to comment]

hehee~ sangat2 setuju dengan apa yg encik ben tulis ni.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI