Belajar Scuba Diving di Legend Cherating Beach Resorts bersama Muck Dive Kuantan

Pengalaman belajar scuba diving satu tika dulu , aku kongsikan bersama rakan rakan blogger  ! Kalau ada peluang belajar , maka belajarlah. Kalau ada peluang nak menyelam di dasar laut , jangan lepaskan. Aku belum berpeluang lagi menyelam di dasar laut. Di dalam kolam akuatik bersaiz olimpik dah rasa dah ! Hahahah.. jujur aku katakan.. aku tak reti berenang ! Tapi bila ada peluang gini, aku tak lepaskan dan dah merasainya.
Ketika aku diberitahu akan adanya kelas belajar scuba ketika di Legend Cherating Beach Resort baru baru ni , aku sangat sangat teruja ! Dan aku ' memaksa' rakan blogger agar mencuri peluang ini dan mengalaminya sendiri. 
Kelas scuba diving ini di bawah En. Hazrin , yang dah berpengalaman dalam bidang ini. Maka tak perlu risau sama sekali. Diajarnya mereka yang tak tau apa apa hinggalah dah berani menyelam sendiri.. di dasar kolam hotel ! Heeee.. InshaAllah , di dasar lautan pula satu hari nanti ! 
Best pengalaman ni ! 



Tak perlu takut andai nak menikmati syurga dunia. Bila dah 'terjun' dalam laut , inshaAllah akan terus terjun dan terjun. Sememangnya di dasar lautan , kita akan terlupa sejenak masalah di daratan. Sebab tu ramai sanggup habiskan masa mereka dengan berada di dalam laut , setelah berkenalan dengan dasar lautan. Jadikan hobi ! 
Kalau berminat , korang leh terus hubungi mereka di : 
Email : muckdive@jomdive.com.my
Facebook: MuckDive 
Instagram : https://www.instagram.com/hazrineshark/
No Telefon : 013 286 1620

8 ulasan:

  1. bagus ada usaha nak membantu lebih ramai org skuba. secara tak langsung dekatkan diri dgn alam. tahniah muck dive

    BalasPadam
  2. teringin scuba diving juga. tapi takde basic langsung berenang. hope one daya dapat try scuba juga at least sekali. huhu.

    BalasPadam
  3. Beruntung Nina hari tu dapat belajar teknik asas scuba diving.

    BalasPadam
  4. best aktiviti ni....bagus untuk beginner

    BalasPadam
  5. Faktor masa tak izinkan nak cuba hari tu.. Tapi dengan penerangan dari En Hazrin.. terus minat nak tau lebih lagi pasal scuba diving..

    BalasPadam
  6. Sayang tak join hari tu sebab kaki kram, tapi dapatlah tahu info serba sedikit dari kawan² yang hadir dan husband. Suatu hari nanti teringin nak belajar walaupun tak pandai berenang gak!

    BalasPadam
  7. huwaa best tgk diorg test ari tu.. teringin gak nak pergi sendiri nanti..

    BalasPadam
  8. siap ade belajar skuba tu.. ruginye tak join hukhuk

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI