Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusnya memang selalu menyebakkan hati aku. Dan sejujurnya kadang kadang tak mampu mata aku ni nak membacanya. Sayu. Dan salute pada dia mampu lakukan dengan penuh tabah walaupun ada banyak mulut mulut bersuara dibelakangnya.

Antara artikal di dalam media sosial berkenaan Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah .





Kehadiran mereka di Sungei Wang Plaza atas inisiatif Mr Jun , pengurus di Eyes Smart Group dan juga bapanya yang berminat nak membuat sumbangan amal pada anak anak kecil yang tidak berkemampuan tetapi memerlukan sangat cermin mata.

Bila melihatkan wajah wajah mereka ni mencuba buat pertama kalinya , terasa sayu di dalam hati. Mereka yang rata rata punya masalah dengan mata , begitu teruja bila dapat cermin mata. Yer, mereka yang ada masalah mata cam aku ni , bila dapat kaca mata yang baru pastinya dunia akan terasa lebih indah.. begitu terang dan cerah ! 

Anak anak di Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah berlatar belakang yang menyedihkan. Tak mampu aku nak bercerita di sini. Ketika mendengar dari mulut Puan Azizah sendiri , aku tergamam ! Takkan la mak ayah mereka sebegitu rupa ? Ianya bukan drama.. bukan lakonan tapi satu realiti yang mana kita , perlu sama sama bantu mereka yang ditindas ni ! 











Ada antara mereka , dah lama nakkan cermin mata tapi disebabkan kos untuk buat cermin mata begitu tinggi , maka terpaksa ditangguhkan dulu. Yang berkaca mata , tapi bingkai dah patah.. siap dililit dengan salute tape . Sedih tengok.

Bergambar kenangan ! Mana tau satu hari nanti , ianya mampu menyingkap kembali kegembiraan mereka ketika di sini.. Yelah , sapa nak kasi cermin mata percuma kan ? Siap dibelanja makan dan pengangkutan percuma lagi ! Haaa..





Alhamdulillah.. Selesai ! 2 jam yang cukup padat. Aku yang takda pengalaman dalam kerja kerja gini , bernasib baik dibantu oleh Puan Saidila Abdul Rahman yang mana menanti masa untuk berderai airmata jer.. Dia sendiri dari rumah anak yatim dan sangat sangat memahami perasaan mereka  !

Kalau korang nak buat cermin mata dalam bajet bajet tertentu secara berkumpulan , nah.. cuba hubungi mereka. InshaAllah akan mereka bantu dengan sebaik mungkin. 





Terima kasih ! 

6 ulasan:

  1. Speechless.. moga urusan semua org dpermudahkan.. Tahniah..

    BalasPadam
  2. Eirna pun kenal lama jgk kak ezzya masa mula baca kisah Adam.Sedih sgt tgk anak2 di situ..Dibuang keluarga sendiri.Syukur alhamdulilah depa dpt bantuan ni...

    BalasPadam
  3. Semoga semua yang membantu mendapat Rahmat Nya. Terima kasih pada yang membantu.sebak juga melihatnya

    BalasPadam
  4. seronoknya melihat mereka dapat kembali melihat dan terseyum bahagia.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..seronok tengok diaorang

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah ada yg prihatin & sudi sponsor. Moga dipermudahkan urusan diorang semua...

    BalasPadam

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.