Suami bekam manakala si isteri pula tangas di Sutra Maya Wellness !

by - Selasa, September 17, 2019

Beberapa hari jerebu ni , segala aktiviti luaran diterhadkan. Nak gi bercuti , rasanya baru je gi bercuti ari tu. Dan seperti yang aku rancang , aku nak kasi wife bermanja manja di spa dan pilihan aku ialah Sutra Maya Wellness yang terletak di Platinum Walk, Setapak. 

Temujanji di buat. Datang tepat pada masanya untuk elakkan masalah pada pihak spa nanti. Bukan apa.. kalau kita lewat , nanti pelanggan lain punya turn sampai , kita masih lagi dalam treatment tu.. tak syiok la kan ! Haa.. Ikut jadual yang dah ditetapkan. Masing masing akan mudah serta lancar. Kan kan ?

Pelanggan boleh parking depan Spa atau jika penuh, basement ada. Jangan risau. Terang benderang dan selamat. InshaAllah.


Menariknya di Sutra Maya Wellness ni ialah , ada juga treatment untuk si suami ! Haaa, tak perlu la duduk di luar menunggu seperti Tugu Negara ! Atau dok layan Facebook berjam lamanya. Kang terpikat lak dengan anak dara dalam tu ! Haaa.. camana tu ! Jangan biarkan mereka sendirian. Hahahaha.. 

Ok ok.. aku cerita punya pakej dulu. Foot Massage , Express Menicure dan Bekam Sunnah. Oh ya... sebelum tu nak bagitau , staff kat sini memang ok sangat bagi aku. Tanya je apa pun soalan , diorang akan membantu sebaik mungkin. Dan jangan risau andai perut lapar ketika membuat rawatan.. ada Sengkuang Calit disediakan untuk pelanggan mereka. Lepas abis rawatan , restoran bersepah di kiri dan kanan spa ! Hehehe.. Sila pilih jer.

Tenang dalam ni. Dengan lagu irama Bali dan haruman aromaterapi mendamaikan. Terasa cam nak lena di situ gak. Nampak sangat aku ni stress kan ? Hahaha..



Aku mulakan dengan kaki terlebih dahulu. Kasi lega skit kaki ! Urut di tapak kaki ni penting woo ! Jangan pandang ringan. Boleh bikin lena kat situ gak. Hehehe. Pastu kuku tangan aku dibersihkan. Sebelum ni agak tidak terurus gitu. Hehehe.. Kuku mau jaga gak sebab bila kita berdepan dengan pelanggan ketika meeting , kena kasi nampak kemas dan bersih gitu.. kan kan ?




Muka lak.. Kasi buang whitehead dan blackhead. Ini pun jangan pandang ringan ok ! Bahagian muka penting untuk dijaga bukan saja untuk kecantikan tetapi kesihatan. Muka yang tidak sihat akan memberi kesan pada tubuh badan kita. Pagi pagi nak belek cermin , tengok muka cam.. serabut je ! Ko rasa mood ko camana ? Pastu mula naik jerawat batu.. amik kau ! 



Di Sutra Maya Wellness ni , mereka guna produk produk mereka sendiri. Ramuan adalah dari turun temurun. Dan staff di sini semua terlatih dan membuat kerja dengan profesional . Maka jangan risau la eh. Serahkan pada yang pakar ! 


Bekam... yeargh ! Aku tak penah buat bekam seumur hidup. Aku dimaklumkan ada beberapa bahagian belakang aku, darahnya tersumbat. Dan ianya benar. Memang selama ni , bahagian tu sakit dan hanya bekam je boleh ubati. Kasi keluar itu darah kotor dan tersumbat. Dan alirkan darah semula di kawasan tersebut. Ternyata benar dan lega sangat selepas buat bekam n ! Tidur pun lena dan puas ! Nak tidur lagi pun ada rasanya. Hahaha.. Syok je tidur lepas buat bekam ni. 

Selain tu, menerusi bekam , dapat mengeluarkan kolestrol serta toksik toksik dalam badan. Memang akan nampak la ! Staff akan tunjuk pada kita bentuk darah kotor tu. Haaa.. amik kau ! 



Manakala wife aku lak , rawatan manjakan diri untuk dia ialah tangas , mandi susu , body massage , full body scrub dan bertungku. Penjelasan serta gambar , boleh tengok sendiri  di page Sutra Maya Wellness

Harga ? Sekarang ni ada promosi untuk bulan September. 


Dengar cerita rakan rakan blogger nak serbu pasni. Masing masing terpikat gitu dan.. hehee... aku tau... diorang pun stress tu ! Kasi legakan diri anda di Sutra Maya Wellness. Yang perempuan dah berkawin tu, amik tangas tau ! Heheeee... 

You May Also Like

13 comments

  1. tak sabar nk cuba juga nanti. besnya siap ada tangas, bertungku. hehe

    BalasPadam
  2. Bekam.. Tengok scary, tapi teringin...

    BalasPadam
  3. siap berbekam.. memang best dptkan "me time" kat sini..

    BalasPadam
  4. Wahhh best betul ni, nak jugak ajak husband pergi. Bolehlah manja²kan diri dan hilangkan stress!

    BalasPadam
  5. Fuhh best tu..dah lama.x.manjakan.diri

    BalasPadam
  6. Waaa... lelaki perempuan boleh ada aktiviti serentak dekat SPA ! Menarik...

    BalasPadam
  7. Nak massage & try bertangas gak. Bekam pun nak tp takut hehehe

    BalasPadam
  8. Bestnya..lama xmemanjakan diri.. de bekam tue..

    BalasPadam
  9. Bestnya , nak bertangas , tungku and full body massage gak haha

    BalasPadam
  10. Best dapat relax-relax kat spa.

    BalasPadam
  11. saya dah serbu! tunggu update saya nanti

    BalasPadam