BEN ASHAARI



Dunia yang fana ini ,
membutakan mata dan hati aku
membuatkan aku sesat nun jauh sekali
jauh sekali dari hidayah Mu ,Ya Allah ..

Dunia yang fana ini ,
telah merubah segala kehidupan ku
dari sehelai kain putih kepada kain yang tidak pasti warnanya
ingin sekali mencuci kotoran itu
berikanlah daku pedoman Mu , Ya Allah ..

Dunia yang fana ini ,
aku tidak pernah sesekali menyalahkanmu ,wahai dunia
keimanan ini terlalu halus...terlalu halus untuk menyekat dugaan
tewas dan terus tewas ketika bertarung

Ya Allah ,
ampuni dosa ku ini
ampuni kesalahan ku ini
aku menyesal ..aku berdosa..
aku terlalu kerdil ,terlalu rapuh

Ya Allah ,
Berilah daku hidayah Mu
Berilah daku petunjuk Mu

Aku ingin kembali ..
Kembali pada Penciptaku ..
Sesuci embun pagi..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Sejak pindah umah baru , aku dah berenti wat kije gile ni...Dulu aku rajin wat sebab semua depan mata..skang ni susah..leceh...dah tu nak kena kuar awal..kejar Erl..Dulu , dari umah ke stsn Erl , 5 minit...Skang ??? mau mau dekat 10-15 minit...Masuk kije lak kul 8 pagi..Dulu 830 pagi..Tu la..gatai p tukar waktu kije sapa suh..

Kije gile yang aku maksudkan ini ialah , kul 5 dah jaga ..pastu tarik bench..kuarkan dumbell..Mula layang abs , lower back , legs ....pastu baru layan pumping,crunch , biceps dan last sekali traps ( shoulder ) ...nak bergayut tak leh..leceh..nak bukak mangga , pastu grill ..pastu nak tutup balik...hahaha...

Barang barang yang aku kuar kan tadi tu aku biarkan kat ruang tamu sebab malam nanti bila kat umah , sambil tengok tv aku akan layan abs...hehehe..nak dapat abs cam John Statham..So kena la kerja keras..

Dah lama sangat rehat...kena mula balik ni..minggu ni pun nak direct je g gym...Suppliment , tak tau lagi bila nak beli...samada nak cari nitrotech atau nano..huhu...$$ semua tuu..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Halimah Jongang...Aku rasa semua orang penah dengar lagu tu...Dari cerekarama terus jadi siri..Cerita dia mmg best kalau ditonton ..Lawak jugak la..Cuma ...

Wajarkah dijadikan tajuk begitu ?? Jongang ? Aku rasa ada orang yg terasa ..Bayangkan budak budak sekolah yang kecik kecik lagi tu bergigi jongang ? Tak ke diorang akan dipersendakan di sekolah ?

Mr.Os ...aku ingat lagi cerita cerita dia...Tak pulak diorng bagi tajuk cerita tu Mr.Os Jongang !
Meletup jugak cerita tu..Aku ingat lagi zaman sekolah menengah aku...Aku ada kawan..nama dia Azlan...bijak orangnya...Tapi bergigi jongang..dapat la title LAN JONGANG...bila orang panggil dia gitu , dia marah..haaa...sapa tak marah kan ? Seperti mengejek dia lak ..Mmg la satu kurniaan Allah , tapi jgn la diejek gitu rupa..

Bila dah ada cerita gini lak , aku rasa ramai lagi la yang kena perli...Tu belum kuar cerita juling ..senget ke...capik dah ada dah...haih...Kalau nak buat pun , tak perlu la kekurangan tu dijadikan lagu ...atau tajuk cerita ...biar je letak HALIMAH..dah la..

Mmg la satu drama je..kalau kena kat anak kita nanti ? bergigi jongang ? tak ke dia malu nak g sekolah ? Atau bermata juling ? Pastu siap ada lagu lak...kawan kawan dok perli gitu !
Haih...Yang sempurna jadikan yang kurang sempurna satu gurauan lak..

Teringat lagu durian Mr. Os ...
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Kadangkala saya sendiri merasa terpukul, kenapa mesti sanggup bersusah payah mempertahankan BM, lagipun ia bukan bahasa ibunda saya? Kenapa perlu berhadapan dengan kutukan dan kritikan bangsa sendiri hanya semata-mata mempertahankan bahasa orang lain?

Seterusnya >> sini
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Jgn pelik...ni bukan entri Jualan Produk Pemakanan atau jual dadah ..Pada yang keluar masuk gym , aku rasa diorng mesti penah tengok alien ni di dalam pusat kecergasan tu.

Meh aku cita sikit pasal menda ni...Ni dari sudut aku la ..Aku berani cerita sebab aku penah gunakan dulu..OK..Hydroxycut ni adalah suppliment yang dimakan oleh sesetengah atlit bina badan untuk mempercepatkan pembakaran lemak di dalam badan..

Harga di pasaran Malaysia mmg mahal kecuali kalau beli secara online , boleh dapat murah..

Berkesan atau tidak ? Bagi aku , kalau makan suppliment ni di samping senaman yang berterusan , mmg menjadi..Ada dua tiga orang kawan aku yang aku syorkan juga menjadi..Tetapi !! ..haaa..aku amik tu dikala usia aku belum menjejakkan kaki ke usia 30 an...Yakni di mana tahap metabolisma aku masih tinggi...Kalau sekarang ? hehee..meh aku cita..

Di botol tu ada tertulis , disyorkan terlebih dahulu dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum amik..Ini bermakna , sesiapa ada penyakit seperti darah tinggi ,lemah jantung , sakit buah pinggang adalah tidak digalakkan mengambilnya sama sekali !! ..

Kenapa ?? Bila makan ubat tu , degupan jantung akan menjadi pantas ...Badan mula berpeluh ..Tekanan darah akan naik..Nak tido malam pun susah..Semua ini adalah kesan dari pengambilan suppliment tersebut..Digalakkan sama sekali meminum air yang banyak..

Hasilnya ?? Kalau yang muda tu , insyaAllah jadi...Yang dah berusia , kurang sangat menjadinya..
Ini kerana faktor yang aku sebut tadi...metabolisma dan juga senaman ...

Kalau tak silap aku , tahun lepas , KEMENTERIAN KESIHATAN telah menarik semula kebenaran penjualan HYDROXYCUT di pasaran kerana terdapat kes kematian ..Kalau tak silap aku di Singapura..Sila baca di sinii ..


Terpaksa amik gambar orang lain..nak tunjuk badan sendiri kang , blog aku kena banned lak..hahahah
Kalau sekarang ni , korang tanya aku...ok tak amik alien tu ? Aku sama sekali tidak mengalakkannya..

Kesimpulannya , jika nak kurus , amalkan diet yang seimbang dan senaman yang berterusan..Jgn fikirkan kurus tapi fikirkan kesihatan anda...

Bagaimana pula dengan produk produk yang ada di pasaran sekarang ni ? Kalau korang bijak , korang boleh fikir sendiri...Semua tu datangnya dari bahan yang sama...semua dari makanan yang mempunya kalori / lemak / karbohidrat / protein / zat atau vitamin yang diperlukan oleh badan..cuma dah tak original sebab bercampur dengan bahan kimia ...camana ada bahan kimia ? kalau takda , camana leh tahan lama barang tu kan ?? Pastu kena bersenam jugak kan ? Tak da maknanya la gitu...

Lebih baik amik yang original yang dicipta oleh Allah dan sederhana dalam pemakanannya..Yang penting , bersenam dengan cara yang betul..

Kenapa aku keluarkan entri ni ? sebabnya tadi ada seorang kawan di FB aku ada menanyakan pasal ni...Dia dah beli tapi tak dimaklumkan sebenarnya bahawa produk ni dah di banned....hurmm..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.

Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.

Seterusnya >>> sini


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku take 5 jap dalam kul 10 malam tadi sebab ada cerita menarik sedang menanti..hehehe..Aku dah lama tak tengok tv..Jadi malam ni aku luangkan sedikit masa aku dengan layan citer Transporter 3 ..

Aku tengok cite ni sebab pelakon utama dia ni ha...John Statham..Jaguh seni mempertahankan diri , kickboxing..Walaahh...Dia jugak seorang model ...Memang layakkk..

Bila cita tu dah start , aku pun layan gitu gitu je la..Time gaduh , dia bukak baju..aku pulak tak tahan tengok !! ...Haaa...jgn pk bukan bukan..aku bukan gay beb ! ..Maksud aku tak tahan tu , dari segi ketul ketul badan dia tu haaa...Kering giler tuuu beb..Korang ingat senang ke nak dapat kering gitu ???? Korang cuba tgk kulit korang tu...Haaa..ada lemak bertakung kan ...Nak dapat kering ni , korang kena diet giler babas punya...bukan senang woo...

Cuba tengok potongan otot otot dia tu..perghhh..menangis siuttt....adoi...


Otot perut dia mmg cantik ! Mmg layak jadi model Tommy Hillfiger .. Bukan senang nak dapat otot perut gitu...Paling tidak sehari korang kena buat sit up atau crunch tak kurang dari 1000 kali beb ! ...Tu belum lagi bab berworkout ! ...mau merangkak balik umah ...

Aku tak tahan tengok dia , terus aku kuarkan bench aku , dumbell..sambil tengok cite tu aku layan sit up ngan biceps..hahahahaha....tak pasal pasal aku kena mandi tengah malam sebab berpeluh !!

Padahal petang tadi baekkk punya aku sebat nasi kandaq n ayam madu ...huhu...hancusss..
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Ada sorang kawan aku bercerita tentang kehidupannya...Siang dia kerja , waktu pejabat..Malam , dia buat kerja sampingan..Aku tanya dia , kenapa dia buat begitu sedangkan gajinya dan isterinya tinggi..Dia jawab untuk masa depan..Walaupun gaji dia tinggi , tapi masih tak setaraf dengan isterinya..

Yang memeningkan kepalanya ialah sikap isterinya yang sukar nak memahami.Adakalanya dia ok dan adakalanya tidak..Bukan dia nak sangat kerja sebelah malam tu ..Mana ada orang nak kerja siang malam ?? Disebabkan isterinya selalu menarik muka masam , maka dia pun berenti kerja sebelah malam tu..

Emm..Aku faham maksud dia..Dia hanyalah seorang pegawai pemasaran biasa yang bekerja di sebuah syarikat jualan langsung ,secara kontrak...Dia risau bila bila je boleh ditamatkan kontraknya .Berlainan pula dengan isterinya yang mana seorang pegawai kerajaan .Sudah pasti terjamin kerjayanya..

Dia menceritakan kepada aku yang dia berbuat begitu kerana perlu ada satu jaminan pada masa depan dia dan keluarganya.Buat masa sekarang segalanya tampak mudah kerana mereka masih belum ada anak lagi..Siapa tau tiba tiba dia ditamatkan kontraknya dan kebetulan pula isterinya mengandung ? Bagaimana nak teruskan kehidupan ? Nak mencari kerja baru sudah pasti susah memandangkan umurnya yang dah semakin meningkat..

Lalu aku cadangkan dia membuat kerja sampingan melalui internet memandangkan terlalu banyak peluang perniagaan ..Dia kata memang dia dah buat sekarang ni ..cuma yang buat dia lagi tensen ialah isterinya masih lagi tarik muka masam ..Sebab selalu tidur lewat ..Dia kata nak buat camana memandangkan dia hanya ada masa sebelah malam saja untuk melihat perniagaannya manakala di sebelah siangnya sudah tentu sibuk dengan perkerjaannya itu..

Kalau dulu dia terpaksa keluar malam untuk mencari rezeki tetapi sekarang ni , hanya depan muka je ..masih lagi tidak puashati ??? Dia kata dia bukan nak sangat buat semua ni tetapi dah kehendak hidup..Dia boleh je makan banyak tu je tapi isterinya ? Masa depannya ? Haih..

Serba salah dia dibuatnya..Kalau asyik tidur je pun kene berleter , cari rezeki pun kene berleter , susahlah ....takkan nak berkepit jer 24 jam ? Bagi isterinya ok la...dah secure ...jika apa apa terjadi , orang akan salahkan suaminya..atau paling tidak pun orang akan kata makan hasil bini !
Dia tak nak jadi lelaki dayus begitu ! Sebab tu dia kata sekarang ni , dia berjaga setiap malam demi 'hasil tanamannya' itu !!! ..Dia yakin satu hari nanti akan berbuah dengan lebatnya..Dan pada ketika itu , dia rasa barulah isterinya tu tersenyum ....Dia kata ibarat menanam durian , biarlah berpuluh tahun baru nampak hasilnya ...

Aku hanya mampu tersenyum...Aku terfikir jugak ...Apa perempuan nak sebenarnya ? Kasih sayang ? Perhatian ? Sedangkan bila mereka sibuk , pandai pulak mereka kata nak cari rezeki untuk bantu keluarga sedangkan itu semua tanggungjawab suami tetapi bila suami melakukannya mereka kata mereka diabaikan ???? Camana tu ?

Tak mungkin dapat memuaskan hati orang ! Bersyukur dengan nikmat yang ada tetapi ada yang terlupa .... nun diluar sana ..ramai lagi yang senasib atau lebih teruk lagi nasibnya ..Alhamdulillah..Bagi aku apa saja yang bakal datang , aku perlu tempuh dengan tabah..Baik atau buruk , aku tetap akan laluinya kerana nun dibawah sana lebih dasyat lagi azab yang sedang menanti ...

Bersyukurlah....bersyukur pada Allah kerana kita masih mampu menghirup udara yang segar , menikmati keindahan pagi yang tenang malah bisa makan apa saja yang diinginkan ..Dugaan yang kita hadapi ini hanyalah kecil saja .. Semua dugaan itu tandanya Allah menguji ketabahan iman kita yang mana ganjarannya di akhirat kelak..InsyaAllah ...
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Tempohari aku ada berYM dengan seorang sahabat lama..Dia ada menanyakan satu soalan pada aku berkaitan dengan ASB..Dari cara pertanyaannya aku tak pasti samada dia bertanya atau lebih pada perli..Aku biarkan je..

Aku jawab pada dia yang aku tidak lagi menyimpan dalam ASB setelah mengtahui hukum menyimpan wang didalam ASB..Lalu dia bertanya pada aku kenapakah hukumnya begitu ? Aku dengan selamba je jawab , carilah dalam internet..Ada rujukan dari sebuah laman web yang mana pengelolanya sangatlah terkenal di Malaysia ini dan beliau arif dalam bidang ekonomi Islam.

Jawapan dari sahabat aku itu amatlah mudah ...' MALAS ' ...ermm...Aku pantas membalasnya dengan menulis padanya begitulah lumrah manusia sekarang.Semuanya nak disuakan kedalam mulut..Dia hanya perlu mengangakan mulutnya saja..Kalau boleh pun dia tak nak nganga , terus je letak kat usus peruttu ..senang cita...

Aku cukup pantang bila orang menjawab malas..kalau benar ketika itu dia berada di luar pejabat atau tidak online internet waktu itu , tak mengapalah .Tapi ni tidak , kalau dia boleh berYM ketika itu sudah tentu dia boleh meng'google' mencari jawapan..Bila jumpa jawapan , amik jawapan dan rujuk pada yang arif pula...Aku bukan suruh dia telan bulat bulat ! ..

Para pembaca sekalian..aku yakin korang semua mempunyai taraf pendidikan yang tinggi atau ada akal yang bijak sekali untuk membezakan yang mana sahih dan yang mana palsu..Jgn terlalu pantas menjawab MALAS terhadap soalan..Amatlah malang sekali jika kegunaan teknologi maklumat ini digunakan sepenuhnya untuk berhibur atau untuk membuat assigment..

Amatlah malang kerana maklumat berada dihujung jari anda !
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Bila jejak je zaman remaja , perkara pertama yang timbul dalam kepala otak ialah ...


Maka terasa la diri tu dah bijak macam ..

Padahal tak sedar sebenarnya awak tu masih lagi ....

Bila ditegur perangai tu , mulalah ..


Sikit sikit kata mak bapak nak ..


Padahal mak bapak korang tu ..

Kalaulah mak bapak korang tu jahat sangat , dari kecik lagi diorng dah ..

Hurm...Ni umur baru

Dah berlagak macam ..


tapi bila ngan boyfriend atau girlfriend lak , korang ..

..
masa manis boleh la ...


bila time ni ??

Atau
baru laaaa korang nak cari balik

atau

Haaaa..tu kira nasib baiklah korang sempat

kalau tak sempat ?

Camana ?
Bak kata

FIN


Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
sailfulislam.com
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Ada sekali tu aku g ziarah kawan aku ...Kawan aku ni seorang cikgu kat satu sekolah anak anak orang kaya..kat area KL ni la..Dia bagitau kawan dia nun depan umah tu seorang cikgu yang dah loaded...kaya maksud aku tu..Aku pun jengok kan pala aku ke luar rumah...Nampak la ada sebijik MPV dan BMW depan rumah..Dia kata kawan dia tu cikgu gak..Tapi mampu pakai keta mewah lagu tu...

Aku terkejut beruk la..cam kat bawah ni haaa..


Biar betul ??? Dia kata orang tu jadi agen insuran kat sekolah dia termasuk sekolah sekolah di sekitarnya..oooo la la..patut laaa...

Dia kata setakat nak dapat RM10K sebulan tu senang senang jer..Tapi yang tak bestnya dia ada cerita , kat sekolah pun ngajar cam ala ala kadar jer..Setakat Guru Besar tu senang senang je dia lawan..Yelah , orang dah banyak duit...

Haa..part ni aku tak berkenan skit..Bukan apa..baru banyak duit , dah besar kepala..kalau tamo , jgn kerja..Berenti je jadi cikgu..Ramai lagi nak kerja tu...Aku cakap gitu kat kawan aku tu..dia senyap jer..Hurm..

Tak la..manusia...Baru mewah skit dh besar pala..tnjuk hero...Ada cam sorang kawan lama aku...Haa..dulu skit punya mewah hidup...keje ngan syarikat saham..Pastu kawin ngan anak orang kaya...Skang dengar cita dah jadi duda...Pasal apa ? Dah tak kerja..sebab saham dah tak laku...Tapi nasib baik la tak berlagak sangat orangnya..Kira ok lagi la..

Apa yang aku nak sampaikan ialah , kita ni tak tau berapa lama kat atas nun...bila bila je boleh
jatuh tersungkur !!! Masa kat atas tu janganlah sombong ..Sekejap je Allah boleh tarik balik tauuuuu ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Awal giler aku bangun pagi tadi..dalam kul 5.30 pagi..terus mandi....bersiap ...solat subuh...dalam kul 6.10 tu , aku terus keluar g keje...Memandangkan wife aku cuti ari ni sebab dia nak studi maka aku bolehlah bawak keta sampai ke Cheras yakni umah mak aku...

Belum sampai 5 minit aku keluar dari umah aku tu , wife aku call ! ..Adoi...baru je kuar ni takkan dah rindu kot ?? Getus hati aku...aku nak cepat takut jalan sesak nanti..aku tak suka nak bersesak sesak gini..sebab tu aku nak parking je kat lrt cheras..pastu naik je lrt...padahal boleh je drive terus ke opis...hehehe

Wife aku tanya kat aku..." abang dah solat subuh ke ? " ....

" Laaa..dah la...dah kul berapa ni ? Nape ? " Aku tanya dia balik...

" Bang...baru je azan subuh ! Camana abang leh solat sebelum waktu ??? " Wife aku cakap kata aku..

" Erk..ye ke ??? " Aku terpinga pinga..

" Patah balik....solat dulu baru kuar " ..wife aku suh ...Aku jawab tak pe ..aku g solat kat opis..sempat ni..baru kul 620...

Seperti pelesit aku drive pagi tadi...sampai kat lrt cheras..dalam 630...naik lrt sampai kat opis dalam kul 650...hahaha..go ben go...terus aku g surau kat PWTC tu..hehehe..clear..tkde orang..hahahah....terus tunaikan kewajiban...

BEN BEN..APA LAAA NAK JADI NGAN KO NEHH..
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Khutbah Jumaat yang aku dengar tengahari tadi , benar benar menghilangkan ngantuk aku.Biasanya aku pasti tersengguk sengguk dibawah khemah biru yang didirikan khas setiap hari Jumaat di Masjid Indonesia yang asalnya hanyalah sebuah dewan bola keranjang dan dibelakannya sebuah surau...Digabungkan kedua duanya maka dapatlah jemaah bersolat Jumaat disitu.

Cuaca panas membuatkan tengahari tadi membahang dan kebiasaannya aku pasti mengantuk disebalik cermin mata hitam aku..Terpaksa pakai sebab terlalu silau..Aku kan rabun..kena la pakai untuk elakkan kerosakkan lebih teruk pada mata aku tu..

Bila khutbah mula dibacakan , aku dapat tangkap butirannya sedikit pada asalnya...Berkisarkan tentang sifat sifat Rasulullah S.A.W ..Aku rasa tajuk hari ini adalah kerana kedatangan Maulidur Rasul yang tidak lama lagi..

Pada mulanya aku dengar dengan ala ala kadar saja tapi apa yang membuatkan aku tersedar dari lamunan aku tu bila masuk bab perasaan cinta Rasulullah terhadap isterinya , Aisyah R.A ..
Membuatkan aku tersentak sebentar...Betapa agungnya cinta baginda terhadap isterinya..

Secara ringkasnya begini ...Dikisahkan baginda berpuasa dua hari berturut turut ( pada yang tak tau puasa Nabi ada khasnya...hanya untuk baginda S.A.W yang mana baginda akan berpuasa tanpa berbuka...) Sampailah sahabat Nabi perasan terdapat perubahan pada muka Rasulullah S.A.W ..Lalu sahabat nabi bertanya kepada baginda , kenapakah mukanya jadi begitu ? Pucat dan kelihatan tidak bermaya..Baginda menerangkan pada sahabatnya yang mana baginda sedang berpuasa dua hari berturut turut..Terkejut mendengarnya sahabat baginda memberikan roti pada baginda untuk bekalan semasa berbuka nanti...

Dijadikan cerita , Rasulullah S.A.W membawa roti tersebut balik ke rumah untuk makan bersama sama dengan isterinya , Aisyah R.A ..Sesampai di rumah , baginda S.A.W melihat isterinya sedang nyenyak tidur...Rasulullah S.A.W meletakkan roti tersebut di sisi isterinya sambil menunggu isterinya sedar dari tidur...Sampai ke tengah malam , Aisya R.A masih belum jaga dari tidurnya lalu Rasulullah S.A.W membuat solat sunat sampai ke subuh ...Aisya R.A masih belum jaga dari tidurnya..

Masuk waktu subuh , Rasulullah S.A.W pergi la ke masjid untuk bersolat subuh berjemaah..Sesudah solat , sahabat baginda tadi tu , menegur baginda S.A.W ..kenapa masih tiada perubahan pada baginda ...Baginda menjawab , dia masih belum makan roti yang diberikan semalam kerana ingin makan bersama sama dengan isterinya.Dimana ingin sekali baginda disuapkan roti tersebut ke dalam mulutnya dengan rasa cinta dan kasih sayang...( hurmmm...)

Selepas itu baginda pulang ke rumahnya...Rasulullah S.A.W melihat isterinya , Aisyah R.A sudah terjaga dari tidurnya malah telah bersiap siap mencantikkan dirinya ..Aisya R.A terkejut melihat keadaan Rasulullah S.A.W yang kelihatan sangat tidak bermaya dengan muka yang pucat lesi..Rasulullah S.A.W menerangkan yang dia ingin sangat menjamu selera roti yang diberikan oleh sahabatnya itu bersamanya..

Mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W , Aisyah R.A menangis dan meminta ampun ..Beliau mengatakan yang beliau isteri derhaka pada suaminya ...Sambil memegang kaki baginda S.A.W , Aisyah R.A terus terusan meminta ampun ...Rasulullah S.A.W kehairanan lalu bertanya kenapa dia meminta ampun sedemikan rupa..

Aisya R.A menjelaskan roti yang diletakkan disisinya itu telah dia sedekahkan kepada jirannya yang kebetulan 2 hari tidak makan ! Mendengar penjelasan tersebut Rasulullah S.A.W , terus memeluk isterinya lalu berkata dialah ahli syurga dan syurga akan bersinar dengan kehadirannya...Lalu baginda berkata pada isterinya , biarlah dia berpuasa sehari lagi ...

Ermm...lebih kurang begitulah...kalau ada terlebih kurang tu , aku mintak maaf la ek..sebab speaker dengan aku jauh..puas pasang tinga...hehehe..tapi cam tu lebih kurang..so korang pk pk la..

Bab kawin 4 , ramai lelaki nak ikut...Bab sifat nabi sebegini , berapa ramai lelaki sanggup ?
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Mudahnya nak cari pahala dalam dunia blog ni...Nak cari dosa lagi la mudah kan..tp tak semudah cari pahala...Selain menurunkan ilmu ilmu dunia , aku tengok ramai blogger di GB berkongsi bab ilmu agama juga..hehe...Alhamdulillah...sambil berlari makan aiskim ek..baguih baguih..

Aku tamo kata blog aku bagus tapi alangkah cantiknya dalam blog kita ada ciri ciri keIslaman...baru la ada beza ngan blog orang kafir...kan besh gitu...baru la orang kafir tau betapa blog orang melayu di malaysia ni walaupun bz berblogging tapi tak lupa agamannya..Ye tak ? ..

Apa apa pun , terpulang la..blog korang...aku bukan menegur..paksa pun tak ..habaq je...Lepas bahagian aku..kan kan...
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes