FB : Berbaloikah add/accept orang-orang yang tak dikenal ?

by - Rabu, Mac 03, 2010

Aku lontarkan soalan ini di dua tempat iaitu Facebook sendiri dan GENGBLOGGER.COM ..Keputusan yang diperolehi adalah seimbang ..Blogger kurang yakin dengan mengaccept orang-orang yang tak dikenali ini manakala rakan rakan di Facebook pula merasakan berbaloi mengadd atau mengaccept orang - orang yang tidak dikenali.

Kenapa aku kemukakan persoalan ini ? Aku terlihat status salah seorang rakan aku di Facebook yang meminta pendapat rakan-rakannya mengenai mengaccept orang-orang yang tidak dikenalinya.

Antara alasan mereka yang menerima rakan rakan yang tidak dikenali mereka ini ialah :

  • " xlangsung,cz i make a lots of fwen fb..new friendship.."
  • " lau add yg kita knl ja busan lak arr... ya arr dh knl... add arr yg blm knl... blh arr kenal2... hehehe~ "
  • " tak kenal ben pun tp add jugak! "
  • " yuppp btl 2... x knl pun ngan ben... tp add kan... tp x rugi pun add... happening g da arr... :)) "
  • " x seronok langsung...mcm x berkembang je....duk men tang tu jugak...huhu!!~~ "
  • " rugi ooo..bek kite cr kwn sramainy yg mungkin lor..;) "
  • " x sronok!! cmtu baik x payah wat fb...sedar @ tdk kwn2 yg kita ada skg ni asalnya knl dr bnde alah ni "
  • " nk katakan org yg kita kenal tu tak lah ramai sgt.. yg tak kenal lg ramai.. tu yg wat meriah.. "
  • " s0 x semestinya add or accept yg mane kitew kenal jerp. melalui SN kita akan dapat kenalan baru kan. new friendship :-)
    tapi masing2 ada persepsi n prinsip. kita harus h0rmati.
    yg penting kita harus guna sebaiknya n jangan salahguna :D "
Manakala ramai yang berfikir 4-5 kali termasuk melakukan penyiasat ala ala James Bond terlebih dahulu memastikan orang yang bakal di accept tu 'waras' atau wujud ...Antara alasan mereka ialah :

  • " tak seronok pun...org yg tak dikenali pun ramai kan...cuma diorang tu mcm batu. ntah wujud ntahkan tidak. "
  • " hmm..if aku la..ssh ckit nk approve org yg ak x knal..cuz da penah accept org yg x kenal n then ajak sembang mende2 lucah..yuckss..ak sgt jijik ok org cmtu..so ak tapis je skunk ni..lau org tu btol2 nk jd frens org tu akn kasi msg..or lau x kasi msg ak akan assume dye juz maen tekan2 je :) "
Ok..jawapan mereka ini berdasarkan pengalaman masing-masing..Baguslah berhati-hati kerana mereka yang berhati hati ini menganggap rangkaian sosial ini adalah sesuatu yg peribadi..

Bagaimana pula dengan aku ? Bagi aku , rangkaian sosial ni adalah satu platform untuk menambahkan lagi kenalan di serata dunia lebih lebih lagi dalam Malaysia..Kalau aku nak add sekadar yang aku kenal , ada baiknya aku bukak group sendiri..tertutup..semua kenalan aku tu letak je dalam tu...so boleh cerita apa saja..

Peribadi ? Ermm..bagi aku rangkaian sosial ini tidak boleh dikategorikan khas untuk peribadi.Cuba bayangkan , staff2 yang bekerja di FACEBOOK ni boleh access mana mana acc sesuka hati mereka kerana mereka yang mengawalnya.Kalau kita letak gambar gambar yang tak sepatutnya seperti wanita Islam yang bertudung tetapi didalam tu letak gambar yang tak bertudung atau yang agak seksi ..Tak ke mereka boleh tengok gitu gitu je ? Kena ingat bahawa FACEBOOK ini adalah milik orang YAHUDI ..kalau orang YAHUDI kenapa ? Aku syorkan baca entri aku berkaitan dengan orang YAHUDI ni sebelum melemparkan persoalan tu pada aku ..
Tidak sepatutnya jadikan FB sesuatu yang peribadi..TIDAK SAMA SEKALI SELAMAT !

Atau bayangkan FACEBOOK anda di hack...terbocor password ...camana ? Kita ni manusia...kadang kadang leka atau lalai...Ok..terpulang la ek pasal peribadi tu..

Ramai yang add tapi diam ...Aku rasa cara nak bagi mereka mereka yang diam ni bersuara ialah dengan meletakkan status status menarik dan mencabar...contoh persoalan persoalan menguji minda yang mana akan menimbulkan interaktif empunya dan rakan rakan yang lain..

Aku sendiri...dah lebih 5 ribu kawan aku ada . Adakah aku kenal semua ? Aku rasa ramai dah aku kenal ..Malah ada juga yang secara diam diam minta pandangan atau nasihat..Aku sendiri senantiasa menarik perhatian mereka dengan status status yang 'hot' ...Ada juga yang diam tapi bila tiba masanya mereka bersuara ...Mereka kata mereka lebih suka melihat dan membaca ..Melihat pendapat rakan rakan lain membuatkan mereka terhibur..

Memang betul , delete jer yang mengarut ngarut ni..Skang ni pun byk gak acc FB yang buat bisnis mengarut..Yang benar benar bisnis ok la ..ni yang cepat nak jutawan ni...yang ni patut je rejek...

Bulan ni saja , aku membawa masuk 3 orang rakan FB yang aku tak kenali langsung malah dulu ada yang ala ala sombong gitu , bekerja di sini...maksud aku sekali ngan aku la..Dulu tengok je rupee...baca je status..baca je komen...Bila ada info menarik , maka akan diupdatekan di status , maka beribu orang akan membacanya lalu tersebar dari mulut ke mulut...

Kelebihan lain ...setiap hari kita akan update status .....tuliskan yang baik baik...contoh cam satu doa...mereka baca ...sapa dapat pahala ? Bagi salam pun cukup la...Mudah benar dapat pahala...tapi mudah juga dapat dosa jika disalahguna...

Apa pun bagi aku , FB membawa seribu makna pada aku...Kerana FB aku jugak , blog aku meriah yang mana majoritinya pembacanya dulu adalah dikalangan rakan rakan FB..kalau tak kerana FB , aku tak rasa blog aku 'hidup' ..

Bagaimana aku kawal FB aku ? Setiap kali aku update status , jika ada yang komen mengarut atau cuba memprovoke orang lain , aku terus delete...tak payah buang masa..Ramai dah aku delete...Satu lagi , kalau nak add tu , aku syorkan add yang suka membaca ....Jgn tengok rupa...

FACEBOOK milik YAHUDI ...Tapi jika bijak gunakan , Islam boleh berkembang dengan begitu cantiknya dan merapatkan lagi silatuhrahhim ...Jgn singkatkan pemikiran ...Kalau sekadar nak add kawan kawan office , sekolah , buat je group ...sebab tu FACEBOOK ada GROUP dan FAN PAGES...

Pendapat aku jer ...GUA DAH PUAS PK WEHH.

You May Also Like

2 comments

  1. Fuhh...5000!!, byk tu ben....nasib baik aku tak femes macam koo... Pak tua boleh menarik nafas legaa...

    BalasPadam
  2. em....kena pikir nak accept org yang tak kenal..lebih2x lagi yang pendiam...kalau nak senang inbox mesej sahaja....

    semoga org tu ada ilmiah nak kongsi...tapi tamo yang bisnes2x.....MLM....tak suka3x...

    BalasPadam