Tulis & Menang ariffshah.com

by - Khamis, Mac 04, 2010

Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com



Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda?


Aku nak cerita tentang blog aku...BEN ASHAARI ...Kenapa aku nak cerita tentang blog aku ? Ini kerana aku je yang arif tentang blog aku..Orang lain takkan arif kan..Aku pun takkan nak cerita kenapa aku suka blog orang disebabkan aku pun takde masa nak g mentelaah blog orang lain sebab aku sendiri banyak habiskan masa dengan menulis entri entri apa saja yang aku terlintas di benak aku ni ..

Pertama ..aku nak cerita tentang layout..Kenapa aku guna layout gini ? Gelap..suram...Aku nak Sebab aku nak tekankan pada penulisan dan juga gambar ..Kalau layout cantik , tulisan tak menarik maka tak best gak kan ? Kalau layout cantik , penulisan cantik , maka lagi cantik kan ? Betul ? Betul tu betul tapi aku suka lagi mereka / pembaca masuk ke blog aku kerana penulisan aku..bukan kerana layout aku...Layout aku , aku suka simple..letak je apa saja maklumat di sebelah kanan...Mudah..Mereka masuk , baca dan keluar..Mereka tak perlu habiskan banyak masa dengan menelaah perkara perkara kecik ...Widget widget menarik akan membuatkan perhatian pada penulisan aku akan terpesong seketika.Lagi pun widget widget tu bukanlah aku yang buat...Orang lain gak kan ? Jadi , aku nak mereka masuk kerana cerita aku ..

Kedua ...penulisan ...Dalam ni aku ceritakan segala macam benda..Dari buruk sampai la ke teladan..Dari dunia sampai la ke akhirat...Maksud aku , aku tak nak cerita tentang duniawi je ...sambil menulis sambil berdakwah..Sambil menulis sambil mencari pahala..Tak semestinya dengan menulis cerita agama aku akan dapat pahala ...Tidak bukan ? Pengalaman hidup aku yang dah melebihi 30 tahun perlu dikongsi bersama sama adik adik yang baru meningkat usia atau yang baru nak mengenal dunia..Ada baiknya mereka ini disedarkan sebelum terlambat..

Dalam blog aku ada juga cerita cerita sedih ...yang mana boleh membuatkan mereka berfikir...dan juga cerita cerita yang membolehkan mereka ketawa...mereka ketawa , mereka gembira , aku pun dapat pahala kan ? Ada juga cerita aku tu seolah mengarut tapi sebenarnya ada maksud tersirat...

Ketiga...motivasi ...ni penting..aku kerap mengupdate cerita cerita aku bersenam di gym....Dari aku 'berisi' sampai ke slim dan kembali ke berisi..Petua petua ...Juga kisah suka duka yang sememangnya boleh memberikan kesedaran pada pembaca ...

Yang terakhir...kenapa aku rasa blog aku ni istimewa ...APA SAJA AKU RASA ...AKU KONGSI BERSAMA SAMA SEMUAAAAA ORANG DI DALAM DUNIA INTERNET INI !!!!



Saya tau kontest ini dari BEN ASHAARI BLOG group .

You May Also Like

6 comments

  1. waaa!!description yang amat hebat..

    BalasPadam
  2. Tapi kan, apa Ben tulis tu ada kebenarannya...Paling senang "saya" lah, ingat saya senang2 ke nak melangok blog org (kecuali yg sealiran) baca cerita tah hapa2 pastu seksi2 kan jari nak bagi komen...pleasee lah beb!!...Tapi penulisan Ben ada "sesuatu"... Nak tau kena lah baca dengan teliti, kalau baca ibarat angin lalu, hmmm koo nampak bayang2 jee lahh...waaa kembang lagi nampak..hahahaha...

    BalasPadam
  3. hahaha.tq tq...kembang dah selalu..tunggu nak kempis je ni...

    BalasPadam
  4. aku dah cuba gak..tp beliau lom approve,,,entah jadi ke tidak cubaan aku

    http://fndrocka.wordpress.com/2010/03/18/tulis-menang-ariffshah-com-monolog-sebuah-blog/

    BalasPadam
  5. tolong tambah link denaihati ok =) http://ariffshah.com/update-contest-tulis-menang-hadiah-wang-tunai-bertambah/

    BalasPadam
  6. voting dah start. kat sini http://orange4k.com/201004/vote-untuk-penyertaan-popular-tulis-dan-menang/

    BalasPadam