Takkan seteruk tu kot rakyat Malaysia ?

by - Isnin, November 07, 2011

 

Terbaca di satu luahan pendapat di salah satu akhbar online membuatkan aku macam , hurmmm .. teruk sangatkah rakyat Malaysia ni ?

Ok , aku petik sedikit tulisannya..

 

Namun begitu apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah gelagat sebahagian besar penonton di tempat duduk utama yang memperlihatkan sisi buruk mereka kepada bukan sahaja para tetamu luar yang turut hadir menyaksikan perlumbaan tersebut tetapi juga kepada anggota-anggota pasukan yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Lebih kurang sejam selepas skrin besar di hadapan tempat duduk utama menyiarkan kenyataan ringkas bahawa perlumbaan dibatalkan, para penonton telah bertindak membaling apa sahaja yang ada di tangan mereka - botol air mineral, payung, air kotak dan juga bungkusan makanan di atas trek sambil melaung-laungkan kata-kata maki ke arah anggota-anggota pasukan yang bertanding.

Gelagat mereka ini telah mencetuskan kehairanan kepada para anggota pasukan yang berada di paddock kerana keputusan untuk menghentikan perlumbaan adalah keputusan pihak penganjur dan pemegang lesen perlumbaan. “

Boleh baca lanjut di MSTAR  .

 

 

Betul ke seteruk gitu ? Tapi bila aku imbas kembali pertandingan-pertandingan yang pernah dibuat di Malaysia , mungkin ada kebenarannya .. Atas alasan utama mereka bersikap begitu adalah kerana $$ .. kan ?

Tapi jumlah ni kecik je sebenarnya .. Tak ramai gitu namun mmg gitulah lumrahnya , disebabkan nila setitik inilah abis semua terkena sekali .. Nak kata apa dah kan ?

Namun begitu , imej negara tercalar akibat perbuatan segelintir ini .. Hurm.. Nak bagi naik , bukan mudah .. Nak bagi jatuh , perghhh.. senang giler !!

You May Also Like

7 comments

  1. siapa yang tengok siaran langsung tahu la. haha

    BalasPadam
  2. itulah orang kita sekarang...sikit2 naka buat hal, suka sangat ikut sesetengah perangai orang barat

    BalasPadam
  3. kerana nila setitik habis susu sebelaga..huhuhu

    BalasPadam
  4. People just do without thinking first. Dah tercalar

    BalasPadam
  5. walaupun x semua memang ada yang bersikap macam beruk yang buruk

    BalasPadam
  6. tulah
    ade gak senior pegi tgk lawan moto tu ari tu
    mang ye kate ramai yg mogok ha
    huhuhu...

    BalasPadam
  7. walaupun mereka telah membayar harga yang mahal tapi kena rasional sikit .. pihak pengajur bukan suka-suka nak batalkan perlumbaan ....

    macam kes perlumba yang meninggal di tack tuh memang patut perlumbaan di hentikan..

    sepatutnya tak perlu buat sebegitu ianya akan memalukan nama negara walaupun yang terlibat dalam hal sebegitu hanya segelintir sahaja

    BalasPadam