Aku hanya mampu tengok saja..

by - Khamis, November 09, 2017

Fuh.. berita kenaikan harga petrol membuatkan aku geleng kepala di sini.. di Fukushima , Jepun. Baru aku rancang nak bershopping di Tokyo nanti. Ada beberapa barang yang aku nak beli di sana nanti. Antaranya ialah cermin mata gelap , headphone wifi ,  baju anak anak dan beberapa barang lagi. 
Tapi bila aku sampai Tokyo hari ni , aku kembali berfikir... walaupun barang dah di tangan.. aku memikirkan masa depan. Aduhh.... GST sememangnya membuatkan harga barang naik apatah lagi barang barang keperluan harian ! Menteri mana tah kata harga barang turun ! Memang bijaksana sungguh ! 
Dan di Malaysia, aku dan wife dah buat keputusan. Kereta kena guna satu je kembali. Tak boleh guna dua. Terpaksa guna dua sebenarnya sebab aku pun ada 'kerja' nak kena buat. Nak bergerak ke sana sini, bukan la mudah di KL tu. Kalau nak guna pengangkutan awam , kalau murah tu..ok la gak ! Tapi kalau hampir sama dengan kos petrol , baik guna kereta je kan ? Hurm.. tak perlu keluar awal dan menunggu. Pandu terus jer. Terpaksa ! Aku nak cepat sebab ada anak kat umah lagi. Buat kerja , pastu balik terus. 
Kembali ke Tokyo.. Aku masuk shopping mall... tengok barang, murah ! Nak beli... pikir jutaan kali.  Nak belikan kat wife tapi rasa macam.. hurmm... Bagitau dia , dia kata jangan. Mahal sangat ! Walhal jauh murah dari KL. 
Tak pe la. tahan je la nafsu. Kepentingan keluarga lebih penting sekarang. Aku pun tengah fikir kembali untuk tutup insuran aku. Kos terlalu tinggi. Tahun ni pon dah rasa derita. Tunggu tahun depan. Hurmm... Aku tak tau la tang mana dikatakan ekonomi berkembang... 
Nak komplen lebih , nanti ada insan kata SYUKURLAHHHH... Yer , bukan aku tak syukur.. Tapi kalau begini la keadaan kita.. asyik dok tarik subsidi.. naik harga itu ini, bayangkan nasib anak anak kita. Jangan hairan la nanti ada rakyat Malaysia naik tongkang ke Jepun untuk jadi pemetik buah epal.. Aku la tu..
Mesti ada orang kata.. Bagus la ada GST. Suh rakyat berjimat cermat ! Hahahahah.. Nak suruh rakyat berjimat cermat sampai nak makan pon kena berkira ? Kena makan di rumah jer ? Abis kat kedai tu , sapa nak makan ? Pelancong asing dan pendatang tanpa haram mahupun orang kaya ? Ingat semua orang kaya nak makan sangat kat kedai tepi jalan tu ? Hurmmm.. 
Entah laa... malas nak pikir. Yang aku tau.. duit yang aku bawak ke sini , kena bawak balik Malaysia. Tak leh membazir dah.... kena fikir anak anak... kena fikir tahun depan.  Kalau GST pulang kembali ke rakyat.. aku tak kisah.. tapi pikir la sendiri..
Yang banyak bunyi tu.. cer gi New Zealand... tengok ke mana hasil cukai mereka pergi. 

You May Also Like

8 comments

  1. sakit hati kan ...tapi what to do ....kerja sampai matilah kita ni semua gamaknya ....

    BalasPadam
  2. dpat pergi pun dah syukur sngt BA... saya pun dh brapa thn tutup insurans... hehe... dh tak mampu nak bergantung pada janji manusia dgn ada insurans ni, tak mampu nak bayar dh... sy belajar la bergantung pada Allah Ya Somad sepenuhnya....

    BalasPadam
  3. Luarbiasa..syukur dapat pijak bumi Tokyo..

    BalasPadam
  4. tak tahu dah nak mencarut ape lagi..makin teruk adalah..sedih je rasa..

    BalasPadam
  5. Bangga sangat dengan pencapaian bro Ben ni as a blogger.. Terbaik!

    BalasPadam
  6. Betul tu, sekarang ni nak membeli belah sesuka hati memang fikir 10 kali. Kena lebih utamakan keperluan harian dan sekolah anak².

    BalasPadam
  7. Time tengah serabut² makan epal pun ok kan..hilang stress..huhuhu

    BalasPadam
  8. Tak tau nak kata apa dah.. Kalau bersuara pun, suara kita umpama angin lalu ja..

    BalasPadam