Aku perlukan trip selama sebulan demi anak anak tercinta !

by - Selasa, November 14, 2017

Di Jepun..sambil berdiri di dalam keretapi menuju ke Shinjuku...aku dan rakan rakan berbual mengenai masa depan anak anak dunia masakini. Di Jepun dan di Malaysia , masalah terhadap gajet ni dah hampir sama ! Satu topik yang sangat membuka minda dan memberi kesedaran walaupun dah berkali kali disedarkan ! 
Masalah ketagihan gajet pada anak anak kecik ni di Jepun sangatlah membimbangkan. Tu belum masuk cerita anak murid kurang ajar dengan cikgu... sama seperti di Malaysia ! Masalah demi masalah ditimbulkan dalam perbincangan. Cara untuk menyelesaikan , bukanlah mudah.

Segalanya bermula dari rumah. Yer , dari rumah ! Dan masyarakat sekeliling jangan la pulak jenis mudah menjeling ! Terutama bila di restoran. Si anak kecil buat bising atau duduk tak diam ! Si parents tak nak kasi gajet untuk diamkan mereka. Tapi bila tengok orang sekeliling mula menjeling... ada yang mengalah. Kasi je handphone. Terus diam. Kena jeling lagi ! Adoiiii !! Dah tu , ko nak suh buat apa ? Bangun dan balik ? Apakah restoran tu untuk mereka yang tiada anak atau anak dah besar je ke? Tu sebab aku kata.. masyarakat juga kena mainkan peranan. Senyum je la. Sila memahami skit!

Teringat anak anak di tinggalkan di rumah. Siangnya mereka dengan mak aku. Zahra mudah boring dan tablet akan dicarinya. Hurmm... Aku mesej wife. Tanya dia, apakah dia tinggalkan tablet di rumah mak ? Dia  jawab.. dia tak bawak pun gi umah mak aku ! Huhuh.. Dia dan aku berbeza. Dia memang takkan kasi anak anak main gajet ! Lega. Satu perjanjian di buat. Tiada handphone ketika makan dan bila bersama anak anak. 
6 hari aku di Jepun... aku balik rumah. Aku tengok Qhaliff dan Zahra. Aku nak tau apa yang mereka mintak pada aku dulu. Biasanya handphone tapi kali ni... krik krik... Lepas letak beg di rumah , terus gi makan di Putrajaya. Dan aku menanti juga.. biasa di restoran , Qhaliff akan mintak tapi kali ni.. takda dah ! Muka memang boring tapi dia tau , dia takkan dapat kalau mintak pon. Zahra , memang dah tak mintak. 
Di rumah.. aku sorok semua tablet dan handphone aku yang lain. Biarlah mereka punggah permainan di dalam stor tu dari dok pegang dan layan youtube atau main game di hp ! Belum masanya lagi. Hurmm.. 
Baik menangis sekarang.. jangan kemudian hari ! Sebab tu aku kena merantau selama sebulan. Baru diorang lupa terus pada gajet ! Seminggu pun dah nak lupa.. kan kan ? Hahahaha.. Gi mana eh ? Pusing Eropah lak la.. kan kan ?

You May Also Like

7 comments

  1. saya pun kalau boleh tak nak bagi anak main gadjet, tapi mak pak sedara dorang kadang bagi je. last2 saya pun terikut. tapi dah makin berkurang dah kemahuan anak dekat gadjet sebab bagi main mainan sepanjang masa, cuma dia nat tengok video main mainan dkat utube jer. selain daripada tu tengok tv

    BalasPadam
  2. Senyum je la. Sila memahami skit!
    Kalau juju nampak parents praktik mcm ni juju tunjuk thumbsup dpn diorg tanda menyokong. Bagus perubahan anak2 ben...seminggu je hilang rasa nak gadget. Abg Qi kalau dgn juju mmg x pernah mintak gadget sbb mmg juju x bagi. Cuma nampak walid je. Hmmm kena ikat kontrak ngan walid la ni nampaknya haha...perkongsian hebat. Juju share.

    BalasPadam
  3. Bagi diorang main permainan puzzle. Main sama2 diorang Aben. Cer test... Mesti suka main ngan Aben...

    BalasPadam
  4. bab kat kedai tu mmg betul sangat... kadang terpaksa bg hp utk dorang aman. Kalau tak.. berlari lah.. menjerit lah.. memanjat... kang tak pasal mommy jadi tarzan. bukak omar hana diam dia.... uhuhuh

    BalasPadam
  5. memang dilema kadang. tp risau kowt depa kang tak ada kemahiran lain

    BalasPadam
  6. Saya memang tak akan kasi anak² tab atau handphone kalau dioarang mintak, saya lebih rela tengok rumah bersepah dengan mainan dari anak² menghadap gajet. Tapi kadang babahnya yang bagi jugak, hehehee!

    BalasPadam
  7. samalah tak bagi gajet pun..cuma kadang2 je..tapi bila mintak dia bagi dan tutup sendiri

    BalasPadam