Berubah perangai selepas demam..

by - Khamis, November 02, 2017

Aariz.. dah masuk setahun lebih usia. Demam ari tu , memang kelam kabut jap aku dan wife dibuatnya. Mana mana budak dalam usia setahun ni kalau demam , memang melekat ngan mak dia. Ngan bapak tak de la pulak. Aku tak tau la anak orang lain tapi Qhaliff dan Zahra , masa usia setahun dulu gitu gak la.. 
Selepas demam dia reda , ternyata banyak berubah dah dia. Tak susah dah nak bela dia. Dia boleh buat hal dia sendiri. Boleh bermain sendiri dan paling best , dia pandai meronta dah bila didukung. Dia tau camana nak lepaskan diri. 
Aduhhhh.. part meronta tu tak leh tahannn.. Dia suka 'buang' badan dia. Kalau tak pegang betul betul , memang leh haru laaa dibuatnya ! 
Paling menarik.. dia dah pandai pangil EEE-BU ! Heeeheheeee DEDI lom lagi. Tapi bagus la.. bila dia nangis , dia terus sebut EEEEEE-BUUUUU. Maka DEDI leh rilek layan tv. Hahahaha.. 


Sekejap je masa berlalu. Tahu tahu , semua dah besar. Nak 'terbitkan' sorang lagi , dok pikir panjang. Dengan masalah ekonomi tak menentu gini.. serba serbi mahal , nak berbaby kecil memang kena duduk bincang. Huhuh... 
Tapi yang penting... kita besarkan anak anak dulu yang ada depan mata. Jaga betul betul. Zaman mereka terlalu mencabar. Kesian mereka.. Info kiri kanan ada... cuma antara baik atau tidak jer. Cam Aariz ni.. dia dah pandai lindung hak dia ! Hurmm.. garang sungguh. Sapa ajar pon tak tau. Nak kata dari gentik aku , tak la.. Aku jenis lembut orangnya.. hahahaha...
Rindu diorang bila aku gi Jepun nanti.. Hurm..

You May Also Like

5 comments

  1. Alahai , kejap je times fly..
    Mestila abang Ben rindu derang.. hari2 de depan mata aja...

    BalasPadam
  2. budak2 kalau demam memang perlukan perhatian lebih..

    BalasPadam
  3. hahaha pandai aariz...baik je demam dh pandai bawa diri ye...sure daddy dia rindu pi jepun nanti...

    BalasPadam