Dompet aku tercicir di tempat letak kereta Alamanda Putrajaya !

by - Rabu, November 01, 2017

Gambar pinjam dari Facebook Alamanda Shopping Centre

Mampu geleng kepala.. Tak sangka boleh tercicir walhal aku tak keluar dari kereta pon ! Haih... tak pasal pasal aku.. hurm.. menyesal ! Entahlah.. ikut sangat perasaan. Tapi yelah , erm... tak pe la. Tak perlu nak tuding jari kat sapa sapa. Yang penting , segalanya selamat. Anak bini semua ok. Tu yang paling penting. 
Ceritanya gini... petang tadi , wife bagitau aku yang Parkson ada buat jualan murah botol susu budak. Wife cakap la dia nak gi Alamanda malam nanti untuk beli botol susu tu. Botol budak budak ni pon dah nak expired... 6 bulan usia gitu. 
Aku kata mana aci... budak budak ni pon nak keluar umah. Boring duk umah.... terutama si Aariz tu. Dah pandai berjalan... nak berjalan je dia ! Wife pon setuju je la. Maka diangkutlah semua ke Alamanda tapi di Alamanda , wife je turun. Yang lain, mereput dalam kereta di tempat letak kereta  Hahahaha.. Nasib baik orang tak ramai sebab 'gaji' dah kering. Heee..
10 minit berlalu... masing masing buat perangai. Yang besar bergaduh.. yang kecik dok geledah kereta.. main lampu , hon , viper.. stering ! Dompet aku yang letak kat dashboard ( keluarkan sebab wife nak amik kad ) , dia nak main gak ! Grr... 
Aku amik dompet aku dan letak kat tempat sebelah aku yakni pintu kereta.. Kan ada tempat letak barang kat situ... Nak elak dari Aariz main la kononnya. Dan Aariz yang mula meronta dan mengamuk, mula la datang buat onar kat tempat duduk aku. Terus aku bukak tingkap ! Kasi dia keluarkan kepala untuk 'bersenam' suara. 
Tak lama kemudian wife kembali. Selesai dah dia membeli belah.. Huhuhu.. Beli botol jer pon. Duit takda nak shopping.. Hahaha... Simpan nak shopping kat Jepun nanti. Lalalalaaa.. Dan kereta dihidupkan. Destinasi , stesen Petronas. Nak isi petrol Ron 95. Ron 97 tak mampu. Mahal sangat ! Huhuh.. kena sedar diri. 
Dan di stesen Petronas , aku turun untuk isi petrol Ron 95. Ron 97 tak mampu. Mahal sangat ! Maaf , aku saja ulang part ni. Saja nak kasi tau kat pemimpin kita yang rakyat dia masih ramai tak berkemampuan tapi tak layak dapat BRIM ! 
Aku cari dompet aku. Ah , sudahhhh ! Mana pulakkkk ni !! Aku tak turun pon tadi. Takkan kot ?? Aku geledah kereta. Takda ! Aku pandang Aariz. Hurmmm.... Muka dia , wat dek je ! Aku nak tanya pon buang masa. Dia tau sebut EE-BUUUUU jer.. Kang tanya dia jawab EEE-BUUU , tak pasal pasal ibu dia yang bersalah ! 
Tetiba tiba aku teringat.... aku bukak tingkap tadi ! Aariz ni suka buang barang. Dia yang berada kat seat aku tadi , mesti ada jumpa dompet aku ! Aku mula naik angin. Geram !  Wife ajak patah balik ke Alamanda. Aku tak yakin dah ada kat situ ! Giler kauuu... kat tempat terbuka... parking kot ! Ada je kereta dok datang parking situ. Mesti la ada orang jumpa punya. 
Wife suruh gi gak. Mana tau ada rezeki. Hurmm.. aku tak yakin. Dalam kepala aku , dah terfikir camana nak lepas gi Jepun nanti. Yelah , dalam tu ada kad kredit , lesen , Mykad , ATM kad dan no telefon awek awek lama gambar wife masa cun muda dulu. Heee... 
Malas nak bertekak. Aku pandu semula ke Alamanda. Rasanya dalam setengah jam dah kot.  Sepanjang perjalanan , aku geleng kepala jer. Tak pasal pasal anak anak kena marah. Haihhhh. Redha je la. Peratusan ada tu cumalah 1% jer. Baki tu , confirm ghaib dah... 
Sampai di tingkat 4.. aku tergamam ! 

Ok.. aku sambung cerita ni lepas balik Jepun eh.. 

Hahaha.. marah laa tuu ! Hahahaha.. kalau drama petang petang , ok je korang tunggu.. Cerita aku ni , tunggu seminggu pun tak leh eh ? Hahaha.. Ok.. sambung... sampai tingkat 4 , aku nampak sesuatu atas lantai... dompet dalam keadaan terbuka. Aku tak kisah la bab duit. Yang aku kisah cumalah kad kad dalam tu. Aku tak da masa dah nak gi buat yang baru ! Hurmmm.. 
Aku berhenti kat tempat tadi aku parking. Yer , memang dompet aku. Terus aku amik dan tengok. Benda pertama aku cari ialah gambar wife.. Eceh , konon ! Hahahaha.. Syyy... dia baca blog aku ni. Kena up skit ! Nanti dapat duit tambahan gi Jepun. Hahahahha.. 
Aku bukak tempat letak duit. Hurmmmm... Duit takda dah. Cuma tinggal duit  Dollar New Zealand ari tu jer.  Tak pe la.. Takda rezeki.  Aku senyum je kat wife . " Duit semua takda dah.. ". Bagitau aku. Redha je la.. Janji dokumen penting ada. Kalau jumpa kat mamat warga PATI , mau gak ada Ben Ashaari klon nanti ! Tak ke naya !! 
Wife senyum.. " Bang , bukan ke dalam dompet abang tu memang takda duit ! ". 
" Eh , yeke ? Bukan ke ada RM100 tadi ? ". Jawab aku. 
Senyum je dia.. Fuh , nasib baik ! Sememangnya plan nak keluar duit banyak tadi sebab nak g tukar Yen esok.. huhuhu.. 
Ini namanya rezeki. Alhamdulillah. 

You May Also Like

13 comments

  1. alhamdulillah..nasib baik tak hilang terus..untung ada wife yang paksa patah balik.. #naluriperempuanselalubetul

    BalasPadam
  2. Alhamdulillahhhh,masih ada rezki...

    BalasPadam
  3. Adeh lucu pun ada. Syukur semuanya ada dan terjumpa balik walletnya. Rezeki abg ben.

    BalasPadam
  4. x dinafikan...

    naluri perempuan ada kalanya betul.


    dan adakalanye emosi jel lebih

    kikiki jgn marah naaa

    BalasPadam
  5. Alahmdillah..tak apa duit boleh dicari..Semoga lepas ni tak berlaku lagi. Bersyukur dokumen lain masih ada..Baik jg orng yg nampak setakat ambil duit.

    BalasPadam
  6. hahaha...ingat betul2 duit dah kena kebas...hihihi...alhamdulillah..nasib dapat balik dompet..

    BalasPadam
  7. wow! panjang entry kali ni. jarang nampak entry ben panjang2.hehe

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, kalau hilang jenuh nak naik turun opis JPN lah polis lah nak buat report bagai

    BalasPadam
  9. Alhamdulillaahhhh, mujur dapat balik dompet tu, adehai, memang cuak kalau dah tercicir macam tu, peratusan nak dapat balik memang susah, huhuhuhu...tapi part last tu kelakar, sian aben, duit mmg xde rupanya dalam dompet. heeeee..

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah syukur, nasib wife kuat nak patah balik.

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah syukur, nasib wife kuat nak patah balik.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah masih ada rezeki.
    Macam en. hb saya, hilang di tempat kerja. Terpaksa buat semua hal berkaitan dokumen yang hilang tu.. :(

    BalasPadam