KOMUNE , jika anda ingin menyendiri atau bersama teman teman !

by - Jumaat, November 03, 2017

Stress ! Bila bekerja dari rumah ni, kadang kadang bila datang job job penting dan ASAP.. memang akan mula mengelabah ! Dalam rumah ni , jangan mimpi la nak dapat buat kerja terutama siang. Si kecil hinggalah ke si besar mengekor jer ke mana saja !

Ada kawan bagi cadangan.. gi je mana mana cafe..lepak situ pastu buat la kerja. Gile kauuu ! Nak lepak kat cafe pastu wat kerja ! Mana boleh... kalau ada awek duduk depan aku , abis laa ! Aku akan main mata punyalah ! Hahahaa.. Tak pun , aku kena ngorat. Ni biasa berlaku la... Nak wat camana , kata hero malaya. Hahaha.. Ok ok..gurau jer ! Tapi serius , aku tak suka wat kerja kat cafe terbuka. Situ tempat lepak. Nak wat kerja, aku kena tempat yang susananya damai.. tenang.. rileks... takda gangguan !

Tiba tiba teringat.. Komune ! Ahaaaa.. Komune yang terletak di bangunan UOA Corporate Tower,  Bangsar South. Satu ruang pejabat seluas 18,000 sqft yang dilengkapi dengan pelbagai bilik khas , mesyuarat , main game , bilik persendirian , ruang pejabat dan dilengkapi dengan internet dan... korang tengok sendiri la kat gambar di bawah ni.. 


 Cantik tempat ni. Bersih , selesa dan yang penting... kerja boleh siap ! Perbincangan bersama client pon boleh dibuat di sini. Kiranya memang gempak la ! Tak da la nak meeting kat kedai mamak. Tau la kita ni kerja sendirian jer. Takda pejabat dan sebagainya.. kena meeting kat kedai mamak jer ! Huhuh..

Aku dah tengok sendiri tempat ni. Timbul la pelbagai idea di benak aku ni.. Antaranya nak buat bengkel blogger di sini.. InshaAllah .










Cantik kan ? Ni baru skit je korang tengok. Kalau korang ke sini , confirm idea bercambah serta merta ! Hahahaha.. terus nak duduk dan update blog. Kena pulak , internet memang dah laju giler. Memang update setiap 5 minit gitu ! Eh , tu aku dulu... 8 tahun lepas la. Sekarang tak mampu dah buat gitu.

Ok... berbalik pada Komune ni. Camana nak sewa ? Berapa harga ? Harian atau bulanan ? Apa lagi kelebihan ? Korang boleh contact mereka dan tanya sendiri. Mana tau pandai bodek , dapat la diskaun.. skit ! Hahahaa..

Ok... untuk maklumat serta pertanyaan.. sila ke : 

*Khas utk pembaca blog ni ...  free 5 Day Free trial, promo code "BENASHAARI" dan sila email ke hello@komunecowork.com with (NAME, EMAIL, MOBILE )

You May Also Like

22 comments

  1. Nak pilih bwa teman atau anak2 ..ruangan besar luas baru hebat . lawa ni..

    BalasPadam
  2. Cantiknya tempatnya dan nmpk selesa sgt..

    BalasPadam
  3. Wahhh.. nampak selesa sangat tu! Terbaikk!

    BalasPadam
  4. wow menarik,sesuai sangat utk mereka yang tiada ruang kerja dekat rmh.

    BalasPadam
  5. wow menarik,sesuai sangat utk mereka yang tiada ruang kerja dekat rmh.

    BalasPadam
  6. Tenang tgk tempat ni.. tersusun.. yang penting internet high speed tu..memang boleh update blog 3,4 kali juga ni..

    BalasPadam
  7. Lama cari tempat yang boleh buat discussion di luar selain daripada perpustakaan awam.. Dekat pon dekat boleh dipertimbangkan nanti untuk perbincangan projek NGO kami. Tq Ben for sharing

    BalasPadam
  8. Uish..lawanya. Camni punya tempat memang syoklah duduk lama2 pun. Komfem lancar apa2 urusan kalau buat kat sini.

    BalasPadam
  9. Bestnya kalau meeting kat situ.. Confirm banyak idea mantap keluar..

    BalasPadam
  10. Kalau macam ni kah suasananya.. Memang sel sel otak berhubung dengan pantas.. idea mesti mengalir je mcm air...

    BalasPadam
  11. Besnya. Nk pegi sana lepak dari pagi sampai malam pun ok. Siap tmpt caj tu. Bgs2

    BalasPadam
  12. Aduh duh duh.. Tempat ni kalau dah penat leh rest rest gitu. Tapi nak buat bengkel bila tu...

    BalasPadam
  13. Wahhh memang cantik dan esklusif tempat dia, lepak dengan family pun best ni.

    BalasPadam
  14. Tempatnya selesa, luas, tiada gangguan, kemudahan pun banyak. Nak rekomen kepada kawan-kawan lah

    BalasPadam
  15. kalau untuk bengkel pun sesuai...memang cantiklah tempatnya.

    BalasPadam
  16. Boleh suggest untuk event opis kat sini jugak nnt. mcm google office la.. style

    BalasPadam