Aku memang serius orangnya , di luar sana !

by - Jumaat, Disember 28, 2018

Sememangnya , pengalaman hidup membuatkan aku mengubah perangai aku. Dulu , aku bukanlah seorang yang serius orangnya. Namun pengalaman pengalaman hidup yang begitu mencabar mengubah ciri ciri yang ada pada aku. 

Bukan fake atau berpura pura. Di dalam media sosial , status status lucu yang kadang kadang timbul itulah perangai yang jarang orang tak tau. Begitu juga dengan kata kata romantis. Hahahaha. Dulu aku gemar bermadah pujangga. Sewaktu zaman MySpace dan Friendster. Tapi di Facebook ni, aku dapati golongan disekeliling aku ni lain sedikit. Masing masing dalam keadaan seperti stres dan tertekan. Nak letak ayat madah pujangga , mungkin akan menambah lagi stress mereka. Hahahaha..

Yer.. aku serius orangnya di luar.. untuk pertama kali atau baru nak kenal aku. Dan sejujurnya , aku buat begitu untuk elakkan orang rapat dengan aku. Hee.. aku ni , keras di luar di dalam lembut jer. Sebab tu aku 'terpaksa' pura pura serius. 

Yeke ? Haahahaa.. Orang kata muka aku ni tegang je nampak kan ? Sememangnya aku buat gitu untuk elakkan orang yang suka mintak duit ni datang kepada aku. Sebab apa ? Bila mereka datang mintak duit , aku akan bagi tanpa banyak cerita walaupun aku tau... ada yang menipu ! Dan aku terpaksa buat gitu untuk elakkan orang pijak kepala aku ditambah lagi , aku mengepalai sebuah komuniti blogger yang terdiri dari bukan calang calang bloggernya ! Huhu.. 



Yang mana aku sebenarnya ? Hahahaa.. Jangan rapat dengan aku. Sememangnya aku ada satu bakat yang mana wife aku sendiri takut pada aku.. Heee. Dia cukup takut kalau orang baru berkenalan dengan aku , bersembang lama. Sekelip mata aku mampu korek pelbagai cerita. Hahaaha..

Seriuskah aku ? Yer... aku serius bila aku serius. Dan bila 'bergurau' , korang mesti tak nak balik rumah punya. Hahahahaa...

You May Also Like

4 comments

  1. Memang dr dulu tengok A.Ben seorang yang serius. Masa terjumpa dkt Alamanda pun takut nak tegur. Hehehe

    BalasPadam
  2. nak tegur takut kene buku lima.. haha

    BalasPadam
  3. Serius yang ada sense of humor nya jugk. Hehehee!

    BalasPadam