Jangan buat celaka punya perangai atas jalanraya boleh ?

by - Khamis, Disember 13, 2018

Fobia ? Atau trauma ? Sejujurnya itulah yang aku perasaan aku memandu sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut. Perjalanan yang sepatutnya cuma beberapa jam , menjadi hampir 5 jam disebabkan corak pemanduan aku yang terlalu berhati hati ! Terlalu berhati hati pun boleh menyebabkan kemalangan ! Hurmm.... Ikut je peraturan yang ditetapkan..kan kan ? 

Gini haaa... segalanya berpunca dari kemalangan lepas. Sedikit kecuaian , menyebabkan orang lain susah. Yelah , aku jadi takut bila ada kereta belakang aku. Bila berhenti jer... mata aku automatik tengok belakang. Nak tengok sejauh mana kenderaan di belakang aku menjarakkan kenderaan mereka. 

Legaaa... Jauh jauh la gak. Lampu hijau.. semua bergerak. Masuk lebuhraya... Aku memandu lorong tengah. Tiba-tiba dibelakang aku ada trak ! Bapak dekat laaaa dia ikut aku. Celaka sungguh laa ! Kalau kereta depan break emergency , nescahaya aku confirm nahas punya. Aku cepat cepat larikan diri dari  trak celaka tu ! Kaki mengeletar...


Lebuhraya Utara Selatan ni memang menakutkan aku. Pernah kemalangan juga di Perak. Kena langgar belakang. Kereta dipandu seorang makcik langgar ! Jalan tengah jammed lak tu. Haishh... Tak pasal pasal kena gi balai. Wife ketika tu sedang mengait , abis terabur barang dia ! Nasib takda apa apa kecederaan. 

Tu belum lagi ada kereta yang mencelah kereta kita tanpa bagi signal ! Perghhh.... Tuhan sajalah yang tau perasaan aku ketika tu. Wife aku sendiri tak leh tidur sekarang ni bila aku memandu berbanding sebelum ni.. dia confirm lena dan yakin dengan aku. Tapi sejak kemalangan tu , dia tak berani biarkan aku memandu sendirian.. 

Satu je la aku pinta... ikutlah peraturan ketika memandu. Sepower mana kereta korang.. mungkin korang akan selamat andai berlaku kemalangan.. tapi orang lain belum tentu ! Jarakkan kenderaan. 

You May Also Like

5 comments

  1. Amalkan doa naik kenderaan, zikir dan doakan pemanduan kita, doakan pemandu yang ada di depan belakang kiri kanan dalam keadaan memandu berhemah..Allah dengar doa kita. Usah terlali pandang arah lain selain depan, gunakan jarak 4 saat atau 3 saat ..masa jammed..pastikan signel brek berfungsi. Mari berbaik sangka InshaAllah selamat pemanduan.

    BalasPadam
  2. Betul..kalau malam lagi la....bas,,lori berlumba-lumba..bertunda rapat sangat-sangat..memotong jangan cakap..tak menyaba-nyaba.Kita nak ubah lorong pun ambil masa juga tapi ada je pemandu lori,bas,kereta hon tak henti-henti..tak sabar..sedihnya laaa.

    BalasPadam
  3. Betul ben.. Ngeri driving kat memana pun sekarang, driver ganas ni merata2 ada.. Saspen.. Berdebar sentiasa.. Boleh bikin stress..

    BalasPadam
  4. gitu la,,,kita hati2 orang pulak main hentam je haihhh

    BalasPadam
  5. Memang kena extra hati² kat jalanraya sekarang ni, ramai driver yang kurang sivik.

    BalasPadam