Pelbagai perasaan tiba-tiba menjelma..

by - Isnin, Disember 24, 2018


Bayangkan.. anak kecil kita , yang kita jaga , asuh... sejak lahir dah besar dan akan memulakan zaman persekolahan mereka. Aduhhh... tiba tiba mata berair ! Kita nak mereka pergi tapi pada masa sama , tak nak sebab mereka akan 'tinggalkan' kita dan mula sibuk dengan dunia mereka. Uhukk..sedih tapi gembira. Mereka membesar dengan sihat. Alhamdulillah.



Hurm.. si adik akan mula ke tadika dan Qhaliff , tahun 1. Hurm... aku tau tapi bagi mereka yang jaga anak anak dari kecil tanpa pernah bagi pada pengasuh , pasti tahu camana rasa aku sekarang ni. Qhaliff , dah pandai pujuk diri. Dalam senyap senyap dia pun sering meluahkan rasa pada ibu dia. Nak main ngan daddy. Si Zahra pulak jenis manja dan sering dambakan kasih sayang. Cemburu bila si kecik , Aariz bermain dengan aku. Huhuh.. Selepas ni, diorang takkan rasa dah semua tu dan aku pulak yang akan 'mencemburui' mereka. Huhu.. 

Apakah sudah tiba untuk anak ke empat ? Hee..

You May Also Like

4 comments

  1. Saya faham perasaan tu. sebab saya pun merasai benda yang sama. huhu. Kejap jer kan masa berlalu, lepas ni diaorang masuk sekolah menengah,masuk asrama pulak.. aduus

    BalasPadam
  2. Semua parents akan rasa perasaan camni, nanti mereka dah lagi dewasa lagilah rasa sebak.

    BalasPadam
  3. Nanti....sekejap je dah nak berumahtangga pulak.

    BalasPadam
  4. Bolehlah tu diusulkan pada isteri untuk baby baru ben.. Anak2 memang cepat sangat membesar.

    BalasPadam