JIBAM... karya Ujang yang popular di zaman muda aku , sedang ditayangkan di pawagam.. dengarnya tak dapat sambutan ? Mengapa ini berlaku ? Apakah tak sebest bukunya ? Mengapa ini semua terjadi ? Eceehhh... hehehe.
Aku tak tonton lagi filem Jibam ni walaupun aku ni antara peminat tegar majalah Ujang , satu tika dulu. Kalaulah dulu dikeluarkan , aku rasa tak jadi masalah kot. Tapi Jibam 'dah sejuk'. Dan perlu tahu,selera penonton masa kini ialah filem filem yang ada kesan khas.
Kalau di Malaysia , cerita cerita yang 'pecah panggung' filem aksi jalanan , cerita hantu yg ada pelakon pujaan mereka dalam tu.. Lain dari tu ? Hurmmm... Filem cam Jibam ni , dari dulu laa... memang payah nak dapat dijual ! Banyak lagi filem filem bagus untuk ditonton tak dapat sambutan. Kenapa ? Jawapannya... takda hero top dalam tu.
Jibam dikhabarkan meneruskan tayangan untuk 6 hari lagi. Ikutkan dah ditarik tayangannya sebab takda sambutan. Hurmmm... Sian. Filem gini bagi aku la kan.. sebaiknya buat telefilem lagi berbaloi. Terpaksa ! Inilah citarasa penonton di Malaysia ! Cerita kemasyarakatan , tak yah laa.. memang payah !
Bukan tak sokong ! Maaf ! Aku sokong apa saja filem tempatan tapi kena tau.. kena paham.. nak tonton filem di panggung wayang , harga tiket bukan murah dah ! Mahal woi ! Parking lagi. Pop corn lagi. Air lagi. Yelah , makanan luar tak leh bawak masuk. Cam aku la kan.. kekadang tercekik bila ketawa lebih ! Haaaa... hahaa.. camana tu ? Air mineral pun mahal yer ! Jadi camana ? Pastu , ada beberapa kes , aku bagi la sokongan tonton filem melayu. Aduhh.. baru 10 minit , dah mengantuk! Acaner tu ? Rugi jer...
Maka untuk elakkan kerugian , terpaksa pilih filem filem yang kita tau.. memang best cam Star Wars , yang sedang di tayangkan atau beberapa filem omputeh yang lain. Filem Malaysia ? Tunggu je la kat Astro. Nanti tonton beramai ramai bersama keluarga.
Saranan aku ? Camana nak ubah selera penonton di negara kita ? Mudah jer.. Turunkan harga tiket untuk filem tempatan.. naikkan untuk filem luar. Kemudian , promosi perlu dihebatkan lagi. Jangan la sekadar menumpang populariti yang lepas. Cam Jibam ni , peminat dia dah berusia kot ? Tak tau la kot ada drama Jibam kat tv.. aku lama tak tonton drama kat tv.. hee.. Dapatkan kembali keyakinan penonton ! Tak mustahil tapi perlukan banyak kerjasama dari pelbagai pihak.
Ok.. nak gi layan Star Wars. Maaf yer, aku layan Star Wars dari usia 10 tahun. Hehehehe.. Jibam , camana lak ? Hurmmm... Terus terang , lama dah aku tak tengok filem melayu ni. Ari tu tertengok sebab dipaksa adik beradik... lakonan Aaron Aziz... Mengecewakan !
Boleh baca review filem Jibam dari rakan blogger #KBBA9 , Razzwey ! Dia kasi 10/10 !! : Puashati Dengan Jibam !