Kenapa 3011 ? Hehe.. mesti laa tarikh harijadi aku kan .. hehe .. takkan harijadi jiran aku lak .. hehe .. Aku pernah jumpa BEN 3011 . Tak silap aku lori kot pakai.. Aiyooo ..
30 April ni , JPJ akan buka tempahan untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang bermula dari WWW kepada orang ramai. Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha , tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu
- nombor bernilai utama : minimum RM10 ribu
- nombor menarik : minimun RM2 ribu
- nombor popular : minimum RM300
- nombor semasa : minimum RM300
Takat ni harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100.
Bagi mereka yang berminat nak dapatkan nombor pendaftaran yg mereka minat , sila ikut produser yg ditetapkan oleh JPJ. Isi borang dan bayar duit deposit yer . Bukan dengan air liur ehh ..
Borang tempahan , boleh dimuaturun di www.jpj.gov.my .