Tak sangka.. dengan jawatan kecil tak berpangkat dan berSocso mahupun ada EPF ni , aku dan rakan rakan dapat memberikan sumbangan pada masyarakat dan negara.
Bermula dengan Aman Palestin , kemudian dengan Lembaga Zakat Selangor disusuli dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ! Walaupun peranan amatlah kecil namun aku dan rakan rakan membuktikan kami bukanlah sekadar blogger bercerita kosong di depan komputer ! Kami bukanlah keyboard warrior ! Bukan juga tin kosong !
Yang aku tak sangka, jodoh aku dengan AADK. Aku pernah menerima tawaran sebagai Penolong Pegawai AADK satu tika dulu tapi terpaksa menolak atas faktor faktor tertentu. Walaupun tidak dapat berkhidmat bersama mereka , namun aku ada ‘bau bau bacang’ dengan mereka juga akhirnya.. hehehee.. Alhamdulillah. Sapa sangka kan ?
InshaAllah.. selepas ni , ada satu lagi jabatan kerajaan berminat nak bekerjasama dengan kami , #KBBA9.