BEN ASHAARI



Rasanya 49 hari aku kat Kelantan. 10 tahun kawin dengan wife , paling lama aku berada di Kelantan ialah 2 minggu. Tu pun boleh gi mana mana. 2 hari kat rumah pon dah rasa keras. Tapi PKP ni , tak de la pulak nak rasa bosan walaupun tak leh gi mana mana. Ditambah lagi  dengan bulan Ramadan. Semua orang tau , kalau bulan Ramadan di Kelantan memang akan meriah giler ! 

Tapi aku tak kisah la semua tu. Asalkan wife dan anak anak puas di rumah atuk nenek mereka , dah ! Banyak manfaat kali ni aku berada di Kelantan. Qhaliff dan Zahra dalam belajar agama dengan pakcik mereka yang juga seorang guru kelas agama di sekolah. Rezeki mereka. Alhamdulillah. 

Aku pulak.. hehehe.. Dari malas membasuh kereta , dah pandai basuh kereta. Hahaha.. Bukanlah aku malas dulu tapi bila aku basuh kereta , mesti berbelak ! Sia sia dan membazir air jer. Sebab tu aku malas basuh sendiri. Tapi ari tu , elok je cun aku basuh. 3 bijik kereta sekali jalan pulak tu. Laju haaa ! Hahahaha... Elok bersih jer.. 

Selain tu...terasa selamat skit kat sana. Maklumlah , zon hijau berbanding di rumah aku , Sepang.. zon merah ! Paling menguntungkan ialah pak mertua aku ada kedai runcit. Maka aku tak perlu nak beratur bagai laaa... 

Tapi orang kata.. camana best tempat orang , rumah sendiri jugak yang terbaik. Nak tak nak , kena balik juga ke Sepang. Wife kena masuk kerja. Sebelum balik rumah.. aku dok puas pikir.. nak hadiahkan apa pada mereka eh ??? 

Tiba tiba aku teringat sesuatu yang aku rasa memang kena pada masanya. Di kala Covid 19 ni , kita kena rajin bersihkan diri ! Nak kasi sanitizer ke ? Hurm.. tak yah la. Dok main dengan alkohol banyak sangat pun tak bagus.   Kena rajin bersihkan diri dengan sabun.

Sabun ? Hehehe.. Aku ada sabun kesukaan aku. Kenapa aku suka ? Sebab bahan dia. Pernah sabun ni 'selamat' kan aku dari gatal gatal dek kerana alergik pada stokin ! Bila aku bersihkan kaki dengan sabun tu , memang terus ok pastu.. Lega la sangat ! 

Sabun yang aku cakap ni , ramai dah guna. Cuma belum berada di billboard tepi jalan lagi jer.. hehehe... Sementara belum naik ke billboard , aku memang syorkan la. Kang dah naik, susah nak dapat sebab ramai beli. Hhehehe... 

Kelebihannya ialah.. kandungan dan bahan bahan yang digunakan ! 




Nah... aku beli terus 4 botol. Aku punya 2... satu untuk aku , satu lagi untuk anak anak.. Hee.. wife kongsi la ngan aku kan ! 


Tunggu apa lagi ? Hadiahkan pada orang tua atau kenalan kita sempena Aidilfitri ni. Walaupun kita tak dapat ziarah mereka , kita hadiah Azyma Care pada mereka sebagai tanda ingatan. Tiap kali diorang mandi guna Azyma , mereka akan ingat sapa yang berikan sabun tu pada dia. Kan ? Hehehe..

Sekarang ni ada harga pakej. Boleh tengok pakej yang ada  dan beli terus di www.azymacare.com


Pakej yang aku cadangkan... heeee..

Oh ya... tolong yer.. Kalau wife korang tanya buat apa dalam tandas tu lama lama.. Jangan sesekali jawab ' tengah mandi dengan Azyma ! '. Masak korang nanti ha.. Hahahaha.. Gurau jer.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Tergelak aku baca weh ! Memang aku dah jangka punya akan ada isu begini memandangkan HANYA LELAKI SAJA BOLEH MASUK INI GRUP ! Hahahaha... Dan menariknya, dalam group ni mereka berkongsi pengalaman , idea , teknik sesama ahli. Bagus la kan? 

Apakah syarat nak join group Suami Masak Apa Hari Ini yang mana ditubuhkan untuk menghabiskan masa ketika PKP ni ?

1.Group ini hanya untuk geng suami dan bakal suami sahaja. Isteri2 takleh sama sekali join group ni. Boleh join group masak memasak awesome yang lain kat FB ni ya😅

2. Suami dan bakal suami yang padu hanya upload gambar/video # airtangansuami sahaja dan bukan makanan yang dimasak oleh isteri tercinta atau dari Pakcik Google.

3. Suami dan bakal suami yang padu lagi hebat adalah suami yang share #resipicampakcampak masakan agar dapat dikongsi bersama. Hidup biar berjasa bro!

4. Suami dan bakal suami yang padu,hebat lagi mantap adalah suami yang sentiasa support each other. Takkan nak likes & komen pun payah bro.

5. Tidak dibenarkan mengiklankan sebarang jenis produk yang tidak berkaitan dengan makanan kecuali dengan kelulusan dari pihak Admin. Untuk yang berniaga makanan kami harap platform ini boleh digunakan sebaiknya untuk meringankan beban & menambah pendapatan di musim PKP ni. 

6. Be a gentleman. Mohon jaga bahasa, jangan biadab, jangan timbulkan provokasi dan ketidak selesaan kerana group ini adalah untuk kita bersama.

7. Setiap posting adalah tanggungjawab sendiri.Justeru jika post itu menimbulkan rasa tidak selesa dan menyumbang kepada perbalahan. Admin dan Mode berhak DELETE POST @ BLOCK AHLI yang timbulkan isu.

8. Pihak admin akan menilai setiap posting dan jika didapati tidak berkaitan dengan masakan atau dirasakan tidak bersesuaian kami berhak untuk menolak posting tersebut tanpa ragu-ragu.


Group ni ada 19 Admin termasuk Moderators. Ahlinya ? Dah lebih 80K ! Semua lelaki dari pelbagai latarbelakang profesion ! Malah chef chef terkenal juga ada dalam ni katanya. Huhuhuh..  Ini bukan group gelak gelak dan bahan orang tau. Bukan untuk happy happy punya tapi untuk bertukar fikiran dan pendapat malah mencipta idea resepi baru serta menajamkan lagi skill masing masing.. 

Bagi aku.. boleh la layan grup ni. Cuma aku takda la nak post apa apa sebab aku punya kemahiran lebih pada sidai kain jer.. Heheheh... 

Dan yang pasti.. takda posting melibatkan gay pun ! Tu fitnah semata mata. Dengki tak dapat join kot. Heheheee..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Arahan kena gi kerja dikeluarkan. Wife yang plan nak beraya terus di kampung , muka terus sendu ! Hahahaa.. Aku ? Tak kisah mana mana pun tapi aku risau dengan keadaan di rumah ! Lama sangat tinggal.. macam macam boleh 'pindah' masuk ke rumah tu ! Risau woii ! 

Dan pagi tadi , jam 3.. bertolak la dari Kelantan ke Sepang , Selangor. Aku yang tak suka bergerak waktu begini akur dengan kehendak wife. Dia tak nak berada dalam kereta bila matahari dah atas kepala. Perjalanan akan jadi 'lembab' dek kerana aku nanti akan mengantuk teramat sangat ! Kalau sebelum matahari naik , mata aku boleh tahan lagi. Hahaha.. Tau je dia. 

Perjalanan lancar. Di sekitar Kelantan , roadblock takda ketat sangat. Tapi bila masuk je Pahang.. pergh.. Memang kena tahan dan mintak surat. Siap tanya kerja mana walhal kat surat tu dah ada details. Hehehe.. Saja nak berbual la tu kot.. Heee..

Jam 8 pagi , dah masuk Kuala Lumpur. Begitu lancar. Cuma masa di Lebuh Raya Spine , hampir bertembung dengan babi hutan yang dok main kat tengah jalan. Nasib baik aku tak laju.. Hehehe.. Sempat la elak. 

Jantung berdegup dengan kencang. Apa laaa jadi dengan rumah aku tu ! Sesampai je kat rumah.. aku usha kereta dulu. Check bawah kereta. Kot la ada yang dah beranak pinak dalam enjin keta tu kan ? Huhu.. 

Depan pintu , penuh dengan daun daun kering. Adehh.. kuat benar angin ?  Tiba tiba.. aku terpandang di atas pintu. Alamak ???? Takkan kot ??? 



Aku terus panjat...  Sarang burung ? Ke sarang ular ???? Hahahah.. Nak google tak sempat dah ni. Huhuh.. Terus aku meraba .. bersihkan . Dan angkat sarang tu.. 

Telur burung !  Hurmm.. Nak biarkan atas tu , risau. Kang datang lak ular. Nak tak nak , aku pindahkan ke pokok berhampiran.  Terpaksa. Pastu aku bersihkan luaran. Baru masuk ke dalam. Huhuh... Nasib baik semua ok ! Jiran dah tolong tengokkan sebelum ni.



Terus aku bersihkan bahagian atas .. wife bahagian bawah ! Tandas , bilik... Fuh... kasi mop semua.. Dan settle , baru anak anak masuk.. 

Alhamdulillah... Segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Lega berada di rumah sendiri. Qhaliff pun macam seronok dapat tengok tv besar dia. Zahra , dapat main mainan dia yang banyak tu. Aariz ? Hahaha.. Seronok dapat main air. Dia ada bilik air feveret dia.. 

Aku ? Hahaha.. mesti laa mini gym aku tuuuu ! Rindu weh. Lama tak main chest !



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Wife dah diarahkan kembali bertugas. Dia ajak balik. Surat rasmi telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Hehehee... Kena pergi IPD Kota Bharu untuk dapatkan cop pengesahan dan kebenaran. Tarik nafas dalam dalam.  Kenapa ? Hehehe.. Dengar cerita ada yang subuh hari lagi pergi , tengahari baru dapat cop ! Gulp..

Maka pergilah aku dengan wife. Kena gi berdua sebab takut takda parking. Aku duduk dalam kereta jer. Gitulah perancangannya. Jam 11 pagi keluar la ke sana. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit dari rumah mertua aku. 

Sesampai je di sana.. aku dapati banyak kereta. Adoiii ! Nasib baik ada kereta keluar. Wife turun dan pergi beratur. Aku duduk dalam kereta. 10 minit dah rasa mengantuk dek kerana bahang panas. Mesej masuk. Wife antar

" Ramainya orang beratur. " 

" Hurm.." balas aku

 Setengah jam kemudian wife mesej lagi..

" Meh ganti beratur lak. Panas sangat ni.. " 

Aku pun turun dari kereta dan menuju ke arah dia..

Selfie dulu. Er, pakai mask pun terbalik. Biru tu patut di luar yer , kawan kawan. 

Aku dapati memang ramai dok beratur. Tiada penjarakan sosial . Ada yang tidak guna topeng penutup hidung mulut atau face mask.  Hurm.... Kenapa la diorang tak faham lagi akan arahan dan SOP ? Bukankah semua tu untuk keselamatan dia juga ? 

Kang pak polisi tegur , sentap lak. Sendiri mau ingat dah la ! 


Jam dah menunjukkan hampir jam 3 petang. Tiada pengerakkan lagi. Tiba tiba abang pulis datang. Pakat kerumun dia. Dengar 'taklimat' ringkas.  Katanya pejabat akan tutup jam 4 petang.  Tak semua akan dapat dilayan. 

Aku ajak wife balik.  Sia sia je datang ari ni tapi tak pe la.. Dah tau apa kena buat pada esok hari. Balik , singgah Secret Recipi dan juga farmasi. Borong face mask dan hand sanitizer. Takut nanti di KL , payah nak jumpa lak. Maklumlah , ramai dah pulang. 

Dan pagi tadi... lepas jer Subuh , terus gerak ke IPD Kota Bharu sekali lagi. Sanitizer tangan pastikan ada senantiasa yer.  Jom beratur !



Tu dia... orang yang beratur aih ! Pejabat jam 8 baru bukak. Tapi ni baru jam 7 pagi ! Gulp... Nak tak nak ... kena gak beratur jika nak balik awal. Ikutkan GERAK dah bagi jadual. Boleh balik pada 8hb nanti tapi wife nak balik lebih awal. 

Hurm.. Jam 8+. Ada berlaku pengerakkan.. Masuk ke dalam. Fuh lega.... Aku masuk ke dalam kereta dulu. Tunggu arahan dari wife. Tak lama kemudian, wife mesej.. Semua kena beratur kat bahagian dalam tu. Barisan dah berterabur ! Dari no 21 , dia dah jadi nombor tah berapa puluh. Pastu bergerak ke tempat semalam beratur. Makin kebelakang.. 

Tiba-tiba datang abam polis. Dia bagitau... 

" Kena download borang. Isi pastu hantar ke IPD. 8hb baru boleh balik". 

Aik ???? Itu untuk GERAK. Yang datang berjemaah ni , nak balik awal ! Camana tu ? Aku keluar dari barisan. Aku serahkan pada wife je la part ni.  Dia lebih arif dan sedia maklum. 

Aku masuk ke dalam kereta. Aku tengok ramai dah keluar dari situ dan masuk ke dalam kereta masing masing. Hampa. 

Tak lama kemudian wife mesej... Aku tersenyum. 

Alhamdulillah.. Selesai ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
"Abang , Zila dah kena pergi kerja Isnin ni ! " kata wife pada aku yang sedang layan Facebook di telefon pintar. 

Aku pandang dia. 

" Dah send info kat abang.." tambannya lagi. 

Terus aku buka Whatsapp dan baca.. 

Hurm.... 

Perkara pertama aku cari.. aktiviti sukan ! Hahahaha.. Boleh gi gym dah ke ? Hehehe.. Bukanlah aku nak pergi sangat tapi andai kata pusat gym dah dibuka, bermakna betul punya kelonggaran diberi wooo ! Risau gak sebab kes masih lagi dua digit dan dua hari ni , kembali naik ! 

Apakah yang menyebabkan kerajaan mengubah 'pendirian' ? Apakah Ketua Pengarah KKM bersetuju yang mana beliau adalah insan yang terang terang akan membangkang jika tidak bersependapat. Hehehe.. semua rakyat tau mengenainya. 

Dari PKP ke PKP-Bersyarat !

Namun aku tahu kenapa semua ini berlaku. Keadaan ekonomi negara dan dunia di kedudukan 'membimbangkan'. Sebulan 'off' membuatkan negara rugi berbilion ringgit ! Ini bukan sebab duit ! Ini melibatkan juga kemanusiaan. Jika negara kerugian , rakyatnya juga terkesan ! Maka setiap pihak memainkan peranan masing masing. Demi negara.. demi masa depan rakyat ! 

Di Twitter , aku terbaca mengenai beberapa hotel di Malaysia memberhentikan operasinya. Malah ada sebuah hotel terkemuka pon dah beritahu akan 'buang' pekerja. Itu belum lagi syarikat syarikat kecil yang mana aku dapat tahu dah mula potong gaji dan juga buang pekerja. Mereka tiada pilihan dah ! 

Ditambah lagi dengan isu Hire Purchase membuatkan kerajaan semakin garu kepala. Rakyat dah mula runsing. " Nak kena bayar interest la pulak ! Mana nak cari duit ? Kerja takda... Tak boleh nak gi kerja. Sapa nak bayar gaji ? " Nah.. di sini penjawat awam akan terkait. Ada yang mula tak puashati dah bersuara mintak potong gaji penjawat awam juga ! Baru adil katanya. Hehehe.. 

Sejujurnya aku pun turut terkesan. Ada beberapa bayaran job belum diterima. Syarikat tak boleh nak bayar sebab pejabat tutup. Kerja dari rumah pun agak payah juga. Nak tak nak , kena tunggu pejabat buka untuk buat bayaran.  Maka aku telan air liur la ! Nasib baik aku dah bersedia dari awal lagi. Keluar duit simpanan yang memang aku sediakan untuk kes kes gini. Alhamdulillah. Tapi tak la leh tahan lama.  BPN pun aku tak layak terima. Huhuh.. 

Atas alasan alasan inilah maka PERINTAH KAWALAN PENGERAKKAN BERSYARAT bakal dilaksanakan pada 4hb Mei nanti. Dan seperti yang dijangka , ramai tidak bersetuju dek kerana risau bakal berlaku gelombang ke 3 !

Bukan sebab nak raya Aidilfitri !


Cegah Gelombang Ke 3 

Aku terus mencari maklumat mengenai PKP- B ni. Hurm... banyak juga yang bakal beroperasi nanti. Cuma aku masih belum dapat jawapan , apakah aku dah boleh bertolak balik ke Sepang dari Kelantan ni ? Ramai turut senasib dengan aku ni. Dan aku perlu ke balai polis untuk mendapatkan jawapannya. Jika tiada maklumat mengenai pengerakkan , maka terpaksa mintak surat kebenaran dari polis untuk bergerak pulang. 

Langkah langkah pencegahan akan dibuat oleh kami sekeluarga. Pastikan ada stok topeng muka dan hand sanitizer. Ini untuk wife yang bakal kembali ke pejabat. Aku tak perlukan sangat dan tak rasa akan abiskan masa di luar walaupun dah boleh keluar ! 

Demi mencegah Gelombang ke 3 seperti yang sedang berlaku di beberapa negara ketika ini, Ketua Pengarah KKM dah 'sound'.. Jika ada satu kes Covid 19 , seluruh kawasan tu akan dikenakan PKPD ! Pergh... terus tutup ! Nah... bermakna semua orang yang berniaga atau bekerja di tempat tu kena patuhi SOP atau Garis Panduan yang diberikan oleh KKM. 

Peranan kita pulak yang reti dengar cakap ni ialah kena tegas dengan mereka yang pekak serta buta hati ni ! Pihak PDRM kena lebih tegas kali ni terutama pada yang bangang bangang ni ! Jangan disebabkan diorang , maka semua terpaksa kembali ke dalam rumah dan kali ni confirm untuk jangka masa yang cukup lama ! 






Bantu memulihkan ekonomi negara 


Kita sebagai rakyat Malaysia , kena utamakan barangan buatan tempatan demi merangsang kembali ekonomi negara. Paling utama ialah penggunaan petrol kereta. Kena sokong produk negara kita sendiri weh ! Maka sila guna Petronas berbanding jenama lain. Hehehe.. Terpaksa tau ! Bukan suka suka. 

Jangan lupa beli AZYMA CARE juga yer. Ni bagus untuk bersihkan diri dari segala kotoran. Penting woo ! Produk tempatan yang suci dan juga halal untuk diguna oleh sekeluarga. Hehehe.. Kandungan terdiri dari tanah liat dan juga bunga bungaan. 




Layari laman sesawang rasmi www.azymacare.com atau FB Azyma Care HQ atau hubungi WhatsApp 0197760647 (Cik Azy)




Akhir kata... nasihat aku ialah..

JANGANLAH KELUAR RUMAH JIKA TAKDA HAL PENTING dan JIKA NAK KELUAR PUN , TAK PERLULAH NAK USUNG SATU KELUARGA. VIRUS MASIH DI LUAR SANA MENANTI MANGSA ! PASTIKAN KITA BUKANLAH MANGSA YANG MEREKA NANTIKAN ! 






Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Kecoh semalam ! Aku terkejut gak. Tapi akhirnya tarik nafas lega ! Letih nak fikir u turn atau tidak tapi yang pasti aku amik je moratorium tu.  Kenapa ? Sebab dalam tempoh 6 bulan ni , ekonomi dunia sedikit tenat. Dan aku yang cari makan kais pagi makan pagi ni, pastinya nak kena standby banyak tunai di tangan. Dalam 6 bulan yang diberikan tu , kena cari job yang lebih kukuh dan pastikan banyak simpanan. Selepas tu , bayar je la balik seperti biasa termasuk juga faedahnya. Apa boleh buat kan ? 

Nasib baik aku di Kelantan ! 

Alhamdulillah.. sepanjang tempoh PKP ni , aku sekeluarga di Kelantan. Ayah mertua yang meniaga kedai runcit senantiasa tidak putus bekalan makanan di rumah metua aku ni. Anak anak pun dapat makan apa diorang nak. Dan makanan online di sini pun banyak ada jual ... Hee..

Paling penting , ketika di sini.. dapat jimat banyak duit. Kongsi kongsi beli  barang dapur dan juga penggunaan air cond. Kalau kat umah aku tu , mau dua aircond on sentiasa ! Huhuh..Pentingnya penjimatan kewangan ni adalah untuk persediaan 6 bulan mendatang. 

Covid 19 ni tak tau lagi akan selesai bila. Dan apa yang kerajaan dan bank lakukan tu adalah patut kita sambut dengan baik dan tak perlulah nak maki hamun mereka. Bayangkan jika mereka tak buat dan di kala ini , ramai yang kehilangan punca pendapatan. Kena potong gaji dan sebagainya. Camana nak bayar duit kereta ??? 

Mereka yang tak berjimat tu... hehehe... nasib la ! Sepatutnya ketika ada duit lebih tu.. bijak bijak menyimpan. Dan tak perlu shopping kaw kaw pun. Beli yang penting jer.. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Kena keluar ari ni. Kali terakhir aku keluar , dua minggu lepas. Aku hanya keluar bila ada hal besar jer. Kalau saja saja nak merayau tu , memang tak la.. Kali ni aku keluar , nak cari asid untuk lubang tandas tersekat. Kira dah tahap nazak la ni. Hehehe.. Asid tu memang bagus ! Dah penah pakai kat rumah aku tu.. Sekali buh jer.. clear laluan lubang tu. 

Maka... aku pun gerak la tengahari. Kasi clear dulu jalan raya dan ternyata memang clear area Kok Lanas ni.. Heee... Alhamdulillah. Terasa lain macam keluar time gini. Ditambah lagi dengan cuaca yang mendung.. Sebak dan rasa nak menangis je.. Eh , macam Ustaz Ebit Liew lak aku... Hee.. 

Destinasi... pasaraya yang terdekat jer. Malas nak gi jauh jauh. Selain nak cari asid tu, aku nak cari seluar untuk pakai malam. Pakai kain pelikat asik 'belanja' orang rumah jer.. Heehehe.. Jemu lak dia tengok. Hahahaha.. Sebelum ni payah nak belanja dia... Hahaha.. 

Parking jauh dari pasaraya. Saja nak berjalan jauh. Hahahah... Terasa macam baru keluar dari penjara gitu.. 

Dan di dalam pasaraya tu... ada bahagian pakaian dan barangan hardware dibuka. Alhamdulillah.. Dapat la cari baju seluar sekejap. Tak kisah la apa jenama pun dah sesungguhnya barulah aku tau.. seluar cap ayam ni pun kualiti setanding dengan jenama terkenal ! Hahahaha.. Aku pun amik la sehelai dulu. Malas nak try. Tapi tiba tiba ternampak seluar jenama Cheetah ! Cantik design dia. Harga mahal sedikit jer.. dalam RM49-59 jer.. Erk , selama ni aku beli Adidas atau Puma harga RM100++ . Adoiyai... ruginya ! Terus aku rembat dua pasang. Alang alang dah jumpa , kan ? 

Pastu cari mainan Aariz ... buku latihan untuk Zahra. Seronok dapat jalan jalan. 



Siap beli... Abis dalam RM150++ jer. Mahal tang seluar dua helai tu. Sampai rumah , wife tanya..

" Takda beli makanan apa ke ? "

Aku jawab..

" Dah suruh beli asid je kan ? Tak suruh pun beli makanan.. " 

Rasanya memang lelaki ni lurus perangainya bila bab membeli barang ni kan ? Hahahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Ketiga tiga barang lejen ni , aku boleh dapati dengan mudah di kedai runcit milik ayah mertua aku di Kelantan. Sejak aku kawin 10 tahun dulu , 3 barang ni memang senantiasa aku pastikan ada stok. Bermula dengan Minyak Mestika ni...

Minyak Mestika ni memang dah diakui antara minyak gosok yang terbaik. Dan berzaman digunakan. Mak aku.. arwah nenek pun ada haa guna ! Katanya bagus ketika badan lenguh atau digigit serangga. Aku kerap guna ketika di Kelantan ni. Sebelum tidur dan selepas digigit nyamuk ! Hehehe.. Kena gigit pijat pun ya gak. Yang ni paling risau sebab dok gosok je pastu melarat bengkak dia. Bila disapu dengan minyak ni, gatal tu hilang. 

Harga pun ok je ni. Kat Lazada mahal sedikit. Kalau check di Facebook, harga dia lebih ok. Nak lagi murah , gi cari kat kedai kedai runcit yang lejen. 


Bedak ni aku kenal masa Qhaliff baru lahir. Mak mertua aku gunakan untuk hilangkan ruam merah di celah celah punggung dan leher. Setiap kali aku balik Kelantan , mak aku pasti kirim 5-6 botol punya. Sejak berumur ni , kulit dia kerap mudah sensitif. Tak tau la apa masalahnya. Mungkin air kurang bersih atau pemakanan ? Tapi lepas disapu dengan bedak ni , gatal tu hilang.. Kalau tidak , perghh.. satu malam boleh tak tidur ! 


Bedak sejuk. Hehehehe.. Yang ni , aku tak yah perkenalkan la kat korang kan ? Sah sah korang mesti tau punya. Generasi aku yakni mereka yang lahir antara tahun 70-90an mesti kenal punya. Dulu aku dok gelak je tengok mak aku pakai. Tapi selepas aku mencubanya, terasa best lak. Nak lagi best bila aku buat 'topeng muka' menggunakan bedak sejuk ni.. hehehe... 


Nah... yang ni tak lejen lagi tapi bakal ! Aku dah guna dah hampir setahun. Kalau dapat mandi guna Azyma Care ni , memang puashati giler la. Aku mula jatuh cinta dengan Azyma ni ketika masalah alergik pada kulit kaki aku. Aku dah pernah cerita kat korang dalam blog dulu. Sat aku cari balik kisah tu. 

Haa, jumpa ! Nah... baca kat entri Diserang alergik kulit. Memang tak sangka la. Sebelum memang berparut la kaki aku dek kerana dok mengaru jer ! Tapi bila sapu dengan Azyma , gatal tu hilang ! Alhamdulillah. 

Sekarangn ni , ada promosi sempena PKP. Sangat bagus untuk digantikan dengan sanitizer. Bukan apa.. kalau dok guna sanizter selalu sangat pun tak bagus. Ada kesan sampingan.. Tau ke tak ? Meh aku kabo skit kat korang apa kesan sampingan guna sanitizer ni.. 

1.  Lemahkan sistem imun badan
Menurut penelitian yang dilakukan oleh pakar, “triclosan” yang lazimnya terkandung dalam hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh (imune system). Ini kerana, fungsi sistem imunisasi adalah untuk melindungi tubuh dari terkena sebarang penyakit.

Penelitian lain turut menemukan, kanak-kanak atau remaja yang terdedah terhadap “triclosan” ini akan mudah dijangkiti demam serta mudah alergi.

2. Tubuh tak tahan dengan antibiotik berlebihan
Kita semua tahu bahawa antibiotik sangat berkesan dalam membunuh bakteria, tapi jika ia digunakan secara berlebihan akan membunuh bakteria yang baik juga.

Kesihatan anda pasti lebih berisiko terganggu andai bakteria baik turut dibunuh dan ini akan menggalakkan bakteria jahat untuk bermaharajalela.

3. Ganggu kestabilan hormon
Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat menyatakan, kandungan “triclosan” boleh menyebabkan gangguan hormon sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak elok dan bakteria tersebut bertindak mengubah cara kerja organ dalaman tubuh badan kita.

4. Terdedah kepada bahan kimia
Jika anda mempunyai hand sanitizer yang berbau wangi, kemungkinan besar produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia beracun. Pewangi sintetik (buatan manusia) ternyata mengandungi ftalat. Ia akan menggangu endokrin tubuh!

Bukan itu saja, kandungan paraben dalam sesetengah produk hand sanitizer juga sangat berisiko untuk menggangu kesihatan biarpun fungsinya dalam produk kosmetik adalah untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah produk tersebut.

5. Risiko keracunan alkohol
Untuk pengetahuan anda, sumber elemen bahan aktif dalam cairan hand sanitizer adalah dari jenis antibakteria beralkohol yang bertindak untuk membunuh kuman. 

Menurut 1 kes yang berlaku di California, seorang remaja terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara keracunan alkohol yang dipercayai terkandung dalam hand sanitizer.

Kesimpulannya, anda perlu berhati-hati dalam menggunakan hand sanitizer. Penulis sarankan, lebih baik anda mencuci tangan menggunakan sabun kerana ia lebih dipercayai bersih dan tidak akan menjejaskan kesihatan anda.

Sumber: Wanista

Dan aku lak.. kalau salah guna sabun pun bermasalah gak. Tangan akan kering. Ada sekali tu abis tapak tangan aku mengecut dek kerana guna sabun mandian yang tak pernah aku guna. Saja try. Brand popular lak tu ! Terus aku tak guna. 

Sebab tu bila Azyma Care buat promosi ni aku terus cepat cepat amik. Ada di laman web Azyma Care , info lanjut. Aku beli 4 botol. Maklumlah , duduk di rumah mertua ni.. ko jangan pentingkan diri sendiri ! Hehehehe.. Kena beli sekali untuk diorang. Dan diorang pun memang guna sejak pertama kali aku kasi kat diorang cuba. Memang suka la.. Barang baekkk gitu ! 





Order sekarang dan jimat ! Selagi ada stok ni ! Haa, ada je ramai order sekarang ni dek kerana Covid 19. Ingat , kena selalu bersihkan diri dan barang belian kita. Takkan nak sanitize je kan ? Haaa.. lebih lagi barangan makanan mentah. Risau keracunan gak tu !

Ok.. sila ke web rasmi www.azymacare.com atau FB Azyma Care Hq atau hubungi WhatsApp 0197760647 (Cik Azy).
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Banyak cerita best sebenarnya. Tapi kalau nak sesuatu yang bercirikan aksi , 3 cerita ni memang menarik untuk ditonton. Semua lakonan mantap dari pelakon yang dah memang terkenal. Haaa.. Aku tak minat nak tengok cerita cerita berkaitan dengan virus. Cukuplah dengan ada yang di depan mata ni. Hahahaha.. 



Escape From Pretoria. Baru aku layan semalam. Download dari Telegram jer. Siap ada sarikata Bahasa Melayu yang mantap . Ok , cerita ni asalnya aku tak berapa minat nak tengok dek kerana pelakonnya yang dah sinonim dengan cerita yang kita ketahui bestnya. Tapi aku kasi peluang la.. Hahaha.. Apa apa pun , kena kasi peluang la kan ? Tu pun selepas ada review kata cerita ni best dan berdasarkan kisah benar ! 

Dan memang best ! Ceritanya bagaimana dua sahabat baik ni yang berjuang menentang polisi kerajaan dan ditangkap lalu dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian mereka rancang nak lari dari penjara yang tak pernah ada rekod lagi banduan dapat melarikan diri dari situ ! Nah... pelan perancangan tu nampak mudah dan macam mengarut. Takda nak gali tanah dan sebagainya. Macam tak percaya lak cara dia nak larikan diri ! Tu pasal aku tonton sampai abis sebab cara dia melarikan diri tu menarik sangat ! 


War lak cerita Hindustan. Lakonan  Hritik Roshan. Hurmm.. Terus terang aku tak minat ! Hahahaa. Seperti biasa la... Pada awalnya aku tak minat nak tonton. Tapi aku tertonton transformasi sebelum dan selepas melalui workout yang dilakukan oleh Hritik yang dikhaskan untuk filem War ni. Perghhh.. Gempak giler la ! 

Power kan ? Serrrr... Jeles tengok weh ! 

Cerita ni pasal pembalasan dendam... pasal kecintaan pada negara dan segalanya berubah ! Plot twist memang dah jadi sinonim dalam film atau drama masa skg ni. Tapi plot twist dalam War ni memang tak terduga sama sekali la. Bukan sekali je dia kasi twist ! Hahahah.. Tak sangka laaa. Maka disebabkan tu , aku tonton sampai abis. Cuma skip bab menyanyi dan menari tu la. Hehehehe.. Potong stim tul.  Boleh didownload di Telegram juga. Siap subtitle.

Extraction lakonan si Thor ni.. Dan pengarah dia... Tu ada dalam poster tu.. Mesti dah leh tau camana gempak aksinya kan ? Dan memang padat dengan aksi. Kiranya layak main kat filem dah cerita ni tapi hanya ada di Netflix dan chanel chanel cetak rompak.. Hehehe.. 


Cerita dia simple tapi memang layan sangat la. Dia dan rakan rakannya diupah oleh ketua pengedar dadah untuk menyelamatkan anaknya yang diculik. Aksi kali ni di Dhaka. Maka boleh tengok la camana keadaan kat sana camana bagi yang tak pernah sampai sana lagi. Hehehehe..  Plot twist pun ada. Dari awal lagi dah bikin mood hilang tapi nak tak nak , kena layan sebab nak tengok apa kes yang bikin hero kena tembak dan macam nak mati tu .. Persoalannya , apakah dia mati ? Budak tu sah sah la hidup kan ? Hehehehe... 

Ok.. 3 cerita yang boleh dilayan untuk 2-3 hari ni. 






Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Panas lak Malaysia kebelakangan ni. Rasanya Covid 19 pun takut nak singgah kat diorang yang tengah mendidih kepanasan dek amarah yang amat sangat terhadap dua isu besar ni. Korang panas tak ? Yang mana satu ? Heee... Dua dua ? Atau satu je ? 

Aku tak nak kupas sangat dua dua isu ni sebab aku tak terlibat sangat dengan kedua dua isu ni tapi aku memahami sangat sebab aku juga rakyat Malaysia terutamanya sekali bila melibatkan masa depan negara. 

Ok..mula mula pasal Rohingya. Sejujurnya bagi aku la kan.. aku mula menyampah bila warga asing mula bermaharajalela di pusat bandar Kuala Lumpur. Bayangkan Sinar Kota atau area Mydin tu.. ala , dekat Jalan Silang tu laa.. aku tak tau apa nama atau bangunan di situ sekarang tapi kali terakhir aku lalu.. aku geleng kepala ! Menakutkan ! Bayangkan perempuan warga tempatan camana punya rasa takut bila berada kat kawasan situ ?

Gambar dari Libur pada tahun 2019

Tahu kan Jalan Silang tu adalah umpama kawasan tengah Kuala Lumpur. Sekarang , aku tak tau la. Tapi pastinya bukan KLCC sebab KLCC pun , hujung minggu atau cuti umum akan dipenuhi juga oleh puak puak gini ! Itu baru Kuala Lumpur. Di negeri negeri lain , pun ada cerita mereka tersendiri. Dah macam macam cerita viral di media sosial.

Alhamdulillah.. Covid 19 bukan saja 'kasi bersih' segala penyakit manusia tetapi mereka yang pendatang ni pun boleh dibersihkan sama sekali. Dan pastinya , selepas ini , pengkhianat yang membawa masuk mereka ni secara haram jika dapat ditangkap, dijatuhkan hukuman seberat beratnya.  

Berkenaan Ustaz Ebit Liew... Hurm..Sejujurnya aku amat kagum dengan kesungguhan beliau. Tak kira la apa sekali pun isunya , dia memang cepat mengambil tindakan. Bagus la kan ? Cuma semalam beliau ada meluahkan rasa yang mana dia akan melakukan kerja amal dari rumahnya saja dek kerana terdapat aduan polis terhadapnya. Menurut berita tu la... Tapi hari ni.... 


Pastinya akan ada yang kurang puashati. Maklumlah , NGO ada banyak di negara ni tapi kenapa dia je dapat pelepasan ? Heee.... 

Kalau tanya pendapat aku la kan... Nak buat amal ni bagus.. tapi kita kena faham gak la.. Nak masuk tempat orang, kena cari tuan tanah dulu. Kena tanya cerita sebenar. Takut takut nanti , dikatakan tuan tanah tak beri bantuan dan sebagainya. 

Kalau korang rajin membaca komen komen netizen yang peka dengan isu sosial di Facebook ni, bila ada kes kes kemiskinan , terus jari tu di tuding kepada Lembaga Zakat atau Pusat Zakat ! Tak buat kerja ke ? Makan gaji buta ke ? Dan yang kedua.... akan ada mulut mulut bersuara... lebih baik bagi zakat terus pada fakir fakir ni... Dah pulak macam tu ! Hurmm... 

Sebaiknya la pendapat aku... mereka yang nak berurusan melibatkan kebajikan masyarakat ni.. pastikan terlebih dahulu dapatkan keizinan.  Untuk elak isu isu yang macam ari tu la. Dan untuk pengetahuan korang , team aku , Kelab Blogger Ben Ashaari pun ada memberikan sumbangan pada Ustaz Ebit Liew dan juga NGO NGO lain. Yer , kami pastikan mereka berdaftar. Yang tak berdaftar ni banyak gak tapi ada kes kes menipu berlaku. Tu satu hal lagi ! Hurmm.. 

Yer.. aku tau.. masalah birokrasi ! Susah nak dapat bantuan. Banyak songeh. Kena isi borang sana sini. Adoi ! Tapi tahukah korang ? Bila dah isi borang tu.. jika dia layak dapat, maka dia akan dapat pelbagai bantuan yang sesuai untuknya. Jika ada anak yang masih sekolah , mungkin dapat bantuan persekolahan ... bantuan raya dan sebagainya. Bukanlah sekali tu je dapat bantuan ! Kan ? Mula mula jer... untuk pastikan dia benar benar layak.  Karenah politik ? Dapatkan bukti.. kasi viral ! Nah... baru sedap bantai kan ? 

Kita Jaga Kita ! Besar maksudnya tu... 

Ok... . Meh baca coretan yang viral di FB ni .. Apa pendapat korang ? 



PKP : BUAT BAIK BERPADA PADA

1.Sehari dua ini,netizen berbincang hangat tentang ustaz terkenal yang aktif menjalankan aktiviti mengagihkan bantuan kepada frontliners dan golongan yang memerlukan.

2.Apa yang dilakukan oleh beliau tanpa diragui adalah sesuatu yang baik dan mulia.Namun ada aspek tertentu yang wajar diperhalusi agar tidak menimbulkan fitnah dan pertikaian di kalangan masyarakat awam yang sedang berjuang dengan cara masing-masing bagi memastikan rantaian Covid 19 berjaya diputuskan secara total di negara kita.

3.Pertikaian hangat mula tercetus apabila kunjungan beliau untuk membantu satu keluarga di Kedah yg dikatakan terbiar susah sekian lama menyebabkan netizen mengecam dan mengkritik agensi berkaitan yg dituduh sebagai "tak buat kerja" dan seumpamanya. Malah penduduk sekitar dan qaryah masjid turut menjadi bahan kecaman netizen.

4.Wakil agensi berkenaan telah tampil membuat penjelasan membetulkan persepsi bahawa keluarga berkenaan tidak pernah dibantu. Keluarga berkenaan rupanya memang penerima bantuan sejak sekian malah rumah baru juga telah ditawarkan namun ditolak atas alasan tersendiri.Pihak penduduk dan qaryah masjid juga turut membuat penjelasan tentang bantuan yg telah dihulurkan sebelumnya. Malangnya tak semua penjelasan ini berjaya sampai kepada netizen dan kecaman serta fitnah masih terus berlaku.

5. Pada masa yang sama, terdapat juga netizen yang mengecam ustaz berkenaan yg dikatakan gila glamour, riak dan seumpamanya. Ia ditambah pula dengan dakwaan yang dilemparkan oleh seorang lagi ustaz yang mempertikaikan sumbangan orang ramai yang dikutip sama ada digunakan pada jalan yang betul atau diselewengkan untuk kemewahan diri.

6. Satu lagi isu yang timbul dan menjadi pertikaian adalah bagaimana ustaz ini dilihat bebas ke sana ke mari memberi bantuan sehingga merentas negeri di saat NGO lain tidak dibenarkan menyampaikan bantuan secara terus kepada kumpulan sasar sebaliknya menyampaikan bantuan tersebut menerusi JKM. Arahan ini sangat jelas disebut dalam sidang media di fasa awal PKP oleh Menteri Kanan Keselamatan yang mewakili MKN.

7. Jadi siapakah yang memberi kebenaran kepada beliau untuk bergerak sedemikian? Adakah berlaku salah guna kuasa atau layanan istimewa dalam isu ini. Jika ianya memang dibolehkan, apakah faktor yang membolehkannya dan bolehkah NGO lain juga memohon untuk berbuat demikian? Jelas sekali ini boleh menimbulkan keraguan dan fitnah pula kepada pihak keselamatan kita di kalangan masyarakat.

8. Bagi saya ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari daripada insiden ini bagi mengelakkan ianya berulang. Perkara paling pokok yang harus kita pegang adalah, "Usaha yang baik dan mulia jika tidak dilakukan dengan strategi yang betul dan disusun dengan teliti tetap boleh menimbulkan fitnah yang dahsyat serta menenggelamkan tujuan asal usaha tersebut."

9.Dalam kes ini, sekurang-sekurang ada 2 fitnah yang timbul secara langsung daripada usaha bantuan yang digerakkan.Pertama fitnah terhadap agensi berkaitan dan penduduk sekitar yang dikatakan tidak membantu keluarga yang dibantu.Kedua fitnah terhadap pasukan keselamatan tentang tanggapan "pilih kasih" atau penyelewengan terhadap kebenaran pergerakan membabitkan NGO dalam tempoh PKP ini.

10. Alangkah baiknya jika Ustaz berkenaan membuat sedikit semakan dengan agensi berkaitan atau pemimpin setempat sebelum bertindak.Inilah sebenarnya antara SOP yang dibuat oleh agensi seperti lembaga zakat demi memastikan kes yang diterima memang genuine sekaligus dapat mengenalpasti bantuan yang sesuai. Adat kita orang Melayu juga amat mementingkan soal "memberi salam" apabila masuk ke wilayah lain. Ia bukan sahaja sebagai tanda hormat tetapi juga memastikan kita tidak tersilap langkah dalam bertindak dalam wilayah yang baru dijejaki.

12.Hari ini saya ada terbaca di fb ustaz berkenaan yang menjelaskan bahawa beliau telah dipanggil ke Bukit Aman dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan ativiti sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Ini bermakna aktiviti bantuan selepas ini hanya boleh dibuat dengan SOP yang sama sepertimana dikenakan ke atas NGO lain oleh MKN. Saya kira ini adalah langkah terbaik untuk meredakan keadaan dan menzahirkan prinsip Rule of Law sebagaimana yang sepatutnya.

13. Ustaz berkenaan tak perlu berasa kecewa kerana beliau masih boleh berbakti dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan walaupun tanpa menyerahakan bantuan sendiri kepada kumpulan sasar. Beliau boleh mencontohi rakan-rakan NGO lain yang tetap istiqamah menggerakkan usaha bantuan walaupun ianya disampaikan oleh pihak JKM kepada kumpulan sasar.

14. Saya juga ingin menyeru kepada ahli keluarga para VIP atau ahli-ahli politik untuk turut sama menghormati PKP yang dijalankan. Jagalah air muka ayah atau ibu anda mahupun anak-anak buah anda yang pening kepala memerah idea menjustifikasi perbuatan anda.Kita harus ingat PKP takkan berkesan tanpa kerjasama semua pihak baik dari "kayangan sehinggalah ke bumi".

15.Insiden ini juga mengingatkan saya kepada pepatah melayu, "Buat Baik Berpada Pada, Buat Jahat Jangan Sekali"..Cuma insiden ini memberi sisi baru kepada tafsiran frasa "Buat Baik Berpada Pada". Selalunya kita menafsir ia sebagai kita jangan terlalu baik sampai orang lain memijak kepala kita. Namun dalam kes ini, kita boleh tafsirkan sebagai kita jangan terlalu baik sehingga menimbulkan kesusahan kepada orang lain tanpa kita sedari.

16.Marilah kita berdoa agar kita dapat memenangi peperangan menentang Covid 19 ini dengan segera. Kita perlu bersatu bukan sahaja pada kefahaman tetapi juga pada tindakan.

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH

Razin Mestica
1 Ramadhan 1441 





Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Wow ! Si Paul Vu  buka mata aku tul la ! Mudah benar nak kehilangan barangan berharga rupanya. Tak sangka sama sekali dalam beberapa saat jer rupanya ! Nah.. dalam video ni dia menunjukkan betapa beg travel kita tu rupanya mudah untuk dibuka dengan sebatang pen jer ! 

Tak perlu pen canggih pun. Dan boleh menutup kembali seolah olah tak pernah dibuka sama sekali. Perghh.. Giler ! 

Pakai la kunci sebesar gajah sekali pun.. Kelemahan rupanya terletak pada zip tu sendiri ! Nah... apakah beg travel yang sesuai untuk digunakan selepas ini ? Er, takkan nak travel pakai beg macam di bawah ni kot ? Er....hilanglah seri kan ? Hehehehe... 


Tak kisah la apa pun beg travel korang nak guna.. yang penting ialah , pastikan tiada barangan berharga diletakkan di dalam beg tu ! Maksud aku... sila usung bersama ke mana saja. Kalau tak.. memang akan tepuk dahi la jawabnya. Diorang yang kaki tibai ni , memang dah cukup power dah ! Leh bau kat mana ada barangan berharga... huhuh.. 

Selamat berkembara... Er, bila eh ? Heheh... dua tahun lagi la kot ? Kasi settle Covid 19 ni dulu.. huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Siapa sangka... kali ni umat Islam di dunia menyambut Ramadan dengan keadaan yang cukup berbeza. Sangat berbeza. Sesungguhnya , aku amat bersyukur sama sekali. Tiada lagi pembaziran dah kali ni walaupun masih ada. Cuma bilangannya kecil je la.. Hee..

Maksud aku pembaziran dari segi makanan ketika Ramadan berbanding bulan bulan lain. Bayangkan, tahun lepas saja pembaziran makanan ketika Ramadan meningkat 15-20 peratus berbanding pada bulan bulan biasa ! Aduh...sedih bila membacanya. 

Artikal tahun 2019.. 



Melihatkan makanan yang tak abis tak kira la di rumah sendiri , mahupun di bazar bazar Ramadan termasuk juga restoran yang menyediakan buffet Ramadan , aku terasa sayu.  Sedih makanan yang tak abis tu dibuang begitu saja. Ada peniaga sedekahkan saki baki yang tak abis tu , Alhamdulillah.. 

Aku ada join satu grup di Facebook. Grup ni banyak menyedarkan aku. Andai kata berlaku kekacauan di dunia , apakah yang perlu ada sebagai persediaan ! Nah... majoriti menjawab melibatkan makanan dan keselamatan ! Makanan asas disimpan untuk elakkan dari krisis makanan yang mana kita dapat lihat di beberapa negara lain yang sedang mereka hadapi. Kita bertuah sebab kerajaan dah buat sediaan. Tapi andai kata Covid 19 ni tak berakhir dalam tahun ni dan berlarutan ke tahun hadapan... bekalan makanan pastinya menjadi satu isu besar ! 

Alhamdulillah.. Ramadan kali ni makan je apa yang ada. Nak ikut tekak pun, letih gak kan ? Yang penting,.. isi Ramadan tu sampai kali ni dengan lebih bermakna.. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bila aku baca tajuk ni , aku tersenyum dah. Tu baru baca tajuk. Bila baca isi.. aku cam.. hurm.. Aku makin tersenyum.. Antara kata katanya yang aku petik..

“Menteri dan timbalan menteri menerima potongan gaji. Sesetengah menteri besar dan anggota mereka juga berbuat demikian. Itu bagus.  Tetapi sebilangan pegawai tinggi kerajaan masih mendapat gaji penuh, termasuk ahli Parlimen dan Adun. Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas patut menerima potongan gaji,”. Sambung baca di SINI

Aku tahu.. dia nak mereka yang berstatus pegawai je dipotong. Tapi apakah jaminan mereka yang berstatus bukan pegawai terlepas dari dipotong ? Aku tahu.. penjawat awam tak kisah pon dipotong , kan? Sebab mereka tahu mereka adalah sebahagian daripada kerajaan dan perlu berkorban. Tapi bila cadangan itu datangnya dari.. hurm... memang kena la nak oiiii ! 

Apa yang bakal berlaku dek kerana kesilapan beri pendapat tu ? Dengar cerita penjawat awam bakal buat buat tak nampak pasaraya Mydin buat seketika ni ! Nah.... Apa akan jadi ? Perghh.... cari pasal weh ! Jangan dijolok sarang tebuan !! Nak kena paham... Gaji penjawat awam ni bukanlah besar pon. Mereka bekerja dengan kerajaan dek kerana jaminan jangka panjang. Jika ada yang nak sentuh gaji mereka , memang cari pasal la !  Yang ada pun tak cukup.. Malah siap buat kerja kerja tambahan bagi menampung kehidupan. 

Dan hari ni .. keluar kenyataan terbaru dari bos Mydin.. 

" Merujuk kepada kenyataan saya di portal FMT pada hari ini, saya ingin menjelaskan bahawa ianya melihat kepada situasi semasa dan ia merupakan pandangan peribadi dan cadangan yang dibuat atas dasar seorang usahawan dan pemerhati ekonomi melihatkan ekonomi Malaysia yang semakin meruncing. 

 Yang dimaksudkan dengan gaji atas 3 ribu adalah hanya contoh cadangan kepada kerajaan agar penjimatan dpt dilakukan dan ia sudah dilakukan oleh menteri- menteri termasuk PM kita sendiri. Tidaklah bermaksud utk campur tangan dalam urusan kerajaan sama sekali namun ia sekadar cadangan dan menggunakan pengalaman MYDIN sendiri yang sudah melakukan pemotongan gaji termasuk gaji saya sendiri 100%. 

 Saya amat memahami kepayahan golongan B40 & M40. Jika kerajaan boleh berjimat bermakna lebih byk bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional dapat disalurkan kepada golongan sasaran. Berat Sama Dipikul, Ringan sama Dijinjing. 

 MYDIN tidak pernah berhenti menyokong peranan dan kesungguhan semua penjawat awam dalam memastikan urusan pentadbiran negara lancar terutamanya frontliners dan langkah utk bersama-sama dengan kerajaan dalam episod sukar ini. Kita Jaga Kita. 

 Ameer Ali Mydin "

Dalam keadaan sekarang ni , sebaiknya KITA JAGA KITA dah la.. Rakyat tengah hangin dengan isu Rohingya gak ni. Ko lak suruh potong gaji. Mendapat la ! Hahahaaa... 

Aku BPN pon tak layak.  Ni nak suh potong gaji. Eh , aku bukan penjawat awam ! Hehehe.. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Ramadan akan tiba. Aku seperti setiap tahun sebelum ni memang dah bersedia untuk hadapinya walaupun kali ni cabarannya berbeza !  Bukan aku je.. korang pun kan ? Heheheh... Tapi aku tetap dengan cara aku. Sahur aku , dan buka puasa akan dimulakan dengan susu kambing. Aku tak nak makan banyak sebab nak benar benar rehatkan tubuh badan aku ni.  Kalau aku tak isi dengan susu kambing , aku akan berselera seperti ikan pirahna ! Heheheh.. Bedal abis abisan apa yang ada atas meja tu.

Bukan sado pilihanku tapi sihat jadi keutamaan


Ok... Apa yang aku amik ketika sahur , mudah jer ! Aku gabungkan Susu Lazz Kambing Asli atau Stawberi dengan whey protein aku. Sejujurnya , aku dah muak dok telan whey protein gitu saja. Nasib baik ada Lazz. Maka rasanya lebih sedap dan berselera. Bayangkan.. whey protein tu dah bekalkan tenaga dan protein. Ditambah lagi dengan Lazz Susu Kambing yang siap dengan khasiatnya tersendiri !  Maka bertambah lagi khasiat untuk tubuh badan aku yang mana dah berusia ni.. Heheh.. Kena bekalkan banyak khasiat untuk elakkan masalah seperti reput tulang  akibat kurang kalsium dan kekurangan protein.

Tak susah pun nak bancuh. Tak perlu air panas. Air suam je dah cukup.  2 scoop whey protein dan 2 sudu susu kambing. Shake jer.. 10 kali gitu ! Dah siap. Boleh telan dah terus. Hehehehe.. Ini plan aku ketika bersahur dan berbuka. Aku dah try dua tiga ari ni. Memang tahan lapar la.



Satu lagi.. ni aku ready untuk lepas solat Terawih. Lazz Cafe Kurma.  Perghhh... Memang power la kalau dicicah dengan roti. Tak boleh berenti selagi tak abis. Huhuhuh... Maka aku dapat elakkan nasi di bulan Ramadan ni. Al maklumlah , plan aku nak dapatkan badan yang lean. Hehehe.. Letih dah berlemak sangat. 


Kena ngan maggie pun sodap ! 

Oh ya.. untuk anak anak aku lak , terutama Zahra yang masih gemar minum susu. Aku dah belikan dia Lazz Susu Kambing Strawberi. Memang dia suka laaa ! Usung ke sana sini. Tak kasi sapa sapa usik. Dia je boleh minum. Tak pasal pasal aku kena order lain untuk Aariz dan Qhaliff.. Tapi memang rasa dia sedap ! Tak manis sangat pun.


Nak order , tak susah pun... Whatsapp je. Nanti agen terdekat akan mesej korang dan buatkan penghantaran. Dapatkan yang berkualiti untuk ahli keluarga kita. Bila lagi nak support produk kita sendiri kan ? Heeee... 


Hantar pesanan Whatsapp ' Nama dan Lokasi' korang ke Talian Rasmi Lazz Careline..

Careline 1 : 018-2777 290
Careline 2 : 016 2449 722 

Jangan lupa Follow : Lazz Susu Kambing HQ 

Selamat Berpuasa dan jangan lupa , minum Susu Lazz Kambing setiap kali sahur dan berbuka ! Jaga perut tu tau ! 




Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Teringat waktu sekolah menengah dulu.. ketika Perdana Menteri ketika itu , Tun Dr. Mahathir Muhammad membuat satu perancangan jangka panjang untuk negara kita.. semua macam WOW ! Apakah ketika tu nanti , negara akan maju seperti dalam cerita omputeh yang ada kereta terbang dan bangunan canggih tu ? Cikgu lukisan suh gambarkan. Cikgu Bahasa Melayu bagi tajuk.. Wawasan 2020.. sila gambarkan ! 

Tak sabar menanti 2020 ! Angka yang gempak. Dan bermula pada tahun 1991 tu , bergerakkan setahun ke setahun.  Dan panjang umur aku ! Siap dah berkeluarga gitu. Hehee.. ingatkan dulu tak laku. Maklumlah , tak hensem. Hahahaha...  Sapa sangka , kan ? Makin meningkat umur , makin kacak. Eceh..

Okk.. lari tajuk lak. Nah ... sekarang aku di tahun 2020. Kereta Proton Saga edisi pertama masih ada di atas jalan raya. Dan bukan lagi kereta nasional. Dah milik orang luar. Hehehe.. Bangunan pencakar langit masih lagi KLCC tapi akan siap satu lagi bangunan yang gempak. Cuma tak tau bila nak siap. Kereta terbang ? Garu kepala je la.. 

Tahun 2020 menjelang. Manusia semakin alpa. Bebas. Siap ada yang mencabar Tuhan. Ada yang keluar agama.. maksiat..zina macam dah jadi kewajiban. Satu tahun yang cukup mengerunkan sebenarnya. 

Dan akhirnya... muncullah satu wabah penyakit yang mana pernah muncul 100 tahun dahulu.  Bukan setakat wabah penyakit je tapi ekonomi dunia turut terkesan juga ! Ramai kehilangan kerja. Yang hilang nyawa akibat virus Covid 19 pun bukanlah jumlah yang kecil . Malaysia juga turut terkesan ! 


Yang pastinya.. peradaban manusia akan berubah selepas ini ! Untuk kembali seperti sediakala, akan ambil sekurang kurangnya lebih 5 tahun. Itu pun jika ada vaksin . Jika tidak ? Hurmm.... 


Sambil merenung anak anak aku yang masih kecil.. Tertanya apakah nasib mereka nanti ? 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes