BEN ASHAARI





Amalkan setiap hari, InshaAllah..banyak manfaatnya.





Banyak lagi testimoni pengguna setia serbuk halia yang aku jual ni. Boleh tengok kat Facebook  HaliaNoSatu dan Instagram , GingerNoSatu. Alhamdulillah , rasanya aku guna sejak Mac 2022 serbuk halia ni. Boleh baca pada entri ini.. Kes inilah mengubah kehidupan aku sekeluarga. Alhamdulillah. Bersyukur aku pada Allah dengan ujian dariNya. Jika tidak , sampai sekarang aku masih tak sedar sedar lagi akan kesilapan aku dalam menjaga kesihatan ni. Boleh baca entri KE HOSPITAL JUA AKU SEKELUARGA ! KE HOSPITAL JUA AKU SEKELUARGA !

Aku tak kata la serbuk halia bagus sangat. Mungkin ada yang tak serasi dan setakat ni, Alhamdulillah.. ramai dah beli serta guna dan kembali ulang beli. Siap buat stok atau hadiahkan pada ibu bapa mereka. Macam aku gak la.. Sendiri beli dan kasi pada mak aku. Dia serasi. Dia ada kencing manis dan masalah kolestrol. Umur dah 70 lebih  tapi dia tak nak makan ubat. Dah puas paksa. Tak nak dia. Nak tak nak, aku buat cara alami je la. Dia ok. Takda masalah. 

Kalau korang rajin google.. cari info pasal Halia ni. Macam macam boleh jumpa. Bukan sehari dua baru muncul atas dunia. Lagi pun 100% asli. Takda campuran apa apa bahan lain pun. 

 Khasiat Air Halia: Kenapa Ia Baik Untuk Kesihatan

1. Mencegah Loya dan Muntah. Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut

2. Membantu Mengurangkan Keradangan.

3. Membantu Menurunkan Paras Kolesterol. 

4. Membantu Menurunkan Berat Badan. 

5. Mengandungi Antioksidan.

6. Mengurangkan kesakitan haid

7. Menguatkan imuniti

8. Membantu penghadaman

9. Mencegah pertumbuhan sel kanser

10. Dapat melegakan selsema, batuk dan sakit tekak

11. Mengurangkan sakit kepala

12. Mencegah kuman dalam tubuh badan

13. Memastikan kitaran darah normal

14. Mencantikkan kulit wajah

15. Mengurangkan rasa sakit selepas bersenam 

16. Halia membantu mencegah demam biasa

17. Meredakan rasa kembung perut

18. Dapat membantu penghidap osteoarthritis

19 .Khasiat halia dapat bantu kurangkan sembelit

20. Kajian klinikal mendapati penggunaan
serbuk halia pada dos 3 g sehari selama 30 hari dapat turunkan gula dalam darah.

21. Boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan sel barah, khususnya barah ovari dan barah usus besar.

Berminat leh whtsp : https://halia1.wasap.my https://halia1.wasap.my/
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


 Seluruh ahli keluarga aku kena kecuali sang isteri jer. Rasa pedih di sekitar lidah. Rasanya bermula dengan Zahra. Pastu Aariz diikuti aku dan buat masa ni , Qhaliff. Zahra dan Aariz dah ok. Aku pun semakin sembuh. Qhaliff je yang manja skit. Terpaksa cuti hari ni sebab dia kata sakit sangat. Ya , memang akan sampai satu hari tu terasa pedih sangat. Tak demam pun. Hanya tang lidah tu jer. 

Ubat ? Setakat ni aku letak ubat ulser Bonjela dan Hurix tu jer. Sesekali minum air garam Celtic dan juga air cayenne pepper. Apakah ini satu virus ? Teringat ketika Qhaliff di training badminton. Coach badminton dia pun cakap dia sedang sakit ulser di dalam mulut. 

Musim jangkitan ulserkah sekarang ni ? Nak gi klinik hari ni jika keadaan Qhaliff tak surut. Buat masa ni aku suruh dia berehat dulu. Kalau gi sekolah , dia akan ada latihan badminton. Banyak pulak pengerakkan dia dan bercakap. Kasi pulih dulu. Dan risau gak boleh jangkit kawan kawan dia lak. 

Setakat ni , penyakit ni takda membawa ke demam. Alhamdulillah. Cuma hilang deria rasa. Air garam masuk pun tak rasa masin. Hahahah.. Manis ? Tak terasa lak sebab dua tiga pat lima hari ni , takda minum air manis.Gitulah...

Korang camana ? Ada dengar cerita pasal ni ? 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Bila bicara pasal ahli politik , kita sedia maklum puak puak ni memang tak boleh dipercayai langsung kata kata mereka. Tak kira la negara mana , parti mana , bangsa mana... kata kata mereka sekadar untuk menyedapkan telinga para pengundi mereka. Tapi nak salahkan mereka 100% pun tak boleh. Mereka bercakap mengikut apa kita nak dengar ! Itu realitinya. Mereka menipu demi mengapai impian mereka. Kerana kuasa ? Kerana wang ? 

Kesilapan kita ialah mempercayai mereka bulat bulat ! Bagi aku, nak percaya pun biarlah berpada pada. Dengar boleh.. percaya tu , tak yah la. Hari kata lain.. esok lain pula. Selagi mereka boleh pusing , mereka akan pusing. Asalkan ada yang mempercayai mereka.. mereka akan terus selamat. Hahaha.. realiti kan ? 

Masa  aku remaja, aku tak ambil pusing bab ni. Pedulik apa. Asalkan hidup aman , tenang dan ada duit. Bahagian politik ni aku serahkan kepada bapak aku je. Mengundi pun aku malas nak gi sebab tau dah sapa akan menang. 

Tapi zaman sekarang berbeza. Covid 19 membuka mata semua pihak. Baru boleh nampak secara terang terangan sapa yang boleh dipercayai dan sapa yang lebih banyak bercakap bohong. Semua parti berpeluang memerintah negara dalam tempoh beberapa tahun. Dan nampaklah perangai masing masing.

Nah... sekarang giliran pejuang reformasi pulak memerintah dan hasilnya selepas memegang kuasa ? Hahahaa... mampu gelak je la. Aku dah dengar dan baca ramai pengundi mereka menyesal memangkah mereka. Menyesal sangat sangat. Ingatkan bijak seperti yang disangka tapi rupanya... 

Nak tunggu sampai PRU akan datang ? Sementara tu ??? Subsidi diesel dah ditarik. Tunggu subsidi petrol lak. Jika ianya berlaku , pelan aku ialah mengurangkan pergerakkan seberapa banyak yang boleh. Antaranya , aku akan kurangkan gi gym.. bermakna keahlian gym bulanan aku tak bayar dah. Lebih pada walk in jer. Dan ini juga bermakna aku tak perlu dah nak beli whey protein. Kemudian makan di luar pun akan dikurangkan kepada sebulan sekali ? Yelah.. kos petrol dan harga jualan makanan pasti akan naik. Kalau tak naik pun , kuantiti jadi kurang. Kualiti jangan cerita laa..

Aktiviti sukan anak anak aku pun akan mula terpaksa difikirkan semula. Seperti silat dan badminton. Jarak ke lokasi adalah punca ! Ni baru aku seorang. Kalau korang ? Lain la kalau pendapatan bulanan tu besar dan banyak baki selepas ditolak hutang. Hehehe.. masyukkkk ! 

Apa nak kata.. nasi dah jadi bubur. Kepada Allah , kita berserah. Semoga Allah melindungi Malaysia dari tangan tangan yang merosakkan. Kepada generasi baru , jangan percayalah pada ahli politik ni. Ada yang bagus.. tapi mereka 'terpaksa' ikut kepala. Itu masalahnya. Jika melawan... hurm... 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku nak hidup tenang. Malas nak stress kan kepala otak dengan duniawi ni. Takkan terkejar punya. Cukuplah apa yang ada untuk aku dan keluarga. Makan apa yang ada. Pakai apa yang ada. Tak perlu beria nak ikut trend atau teknologi masa kini. Melainkan ianya satu keperluan yang digunakan seharian. 

Pernah satu ketika.. aku terkejar kejar dunia. Tidur jadi lambat. Kepala dok pikir camana nak tambah lagi pendapatan harian , mingguan dan juga bulanan. Tapi yang aku perasan , semakin aku mengejar , banyak pulak yang tercicir. 

Argh... cukuplah ! Bukan saja tercicir malah aku sendiri jadi tak sihat. Anak anak pun turut sama begitu. Aku perlu ubah. Mereka perlu ubah. Bukan apa.. bila kita hidup dalam stress ni, banyak keburukan yang datang. 

Nah... kita tengok sekarang ni  ramai mudah diserang sakit jantung. Stress ! Cuba tengok muka masing masing. Ketat jer ! Bangun je tidur.. kepala dah pikir duit. Duit , duit dan duit. Cari duit bukan untuk makan minum tapi nak hidup selesa ! Kehidupan selesa camana yang kita nak sebenarnya ? Akhirnya.. kita berhutang ! Beli itu ini.. berhutang. Kena la bekerja untuk membayar hutang. Padahal benda benda yang dibeli tu , tak penting pun. Sendiri cari pasal. 

Aku... sering tertanya kenapa payah sangat nak turunkan berat badan. Payah sangat nak hilangkan lemak lemak di bahagian tertentu. Penjagaan makanan dah. Senaman dah. Hari hari ! Tapi masih gagal nak hilangkan lemak di perut. Berat badan dapat diturunkan. 

Rupa-rupanya, aku stress! Stress dengan pelbagai benda bodoh ! Benda yang tak sepatutnya aku fikirkan.. benda yang tak sepatutnya aku layan , aku gi layan. Aku gi semakkan semua benda benda ni dalam kepala aku. Bukanlah tak penting.. tapi sepatutnya aku kena lebih cool dalam menyelesaikan masalah masalah remeh ni. Jangan biarkan lama dalam kepala. 




Bila berjaya atasi masalah kortisol ni , inshaAllah.. lemak lemak perut pun akan mudah dibakar. Sistem dalam badan berjalan dengan baik. Yer... mental kita ni penting. Jika dia jem , segalanya akan kucar kacir. Takkan nak bedal ubat doktor kot ? Berharap pada ubat doktor , satu kesilapan. Kena ubah.. 

Dekatkan diri pada Allah. Berserah pada dia. Tawakal. Berdoa... Jangan risau... rezeki kita dariNya. Percaya.. beriman  ! 

Jaga kesihatan.. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
3 tahun dulu , setiap kali aku ke pasaraya.. aku mesti akan geleng kepala lepas tengok resit. Mau dekat RM400 sekali beli barang. Aduh... Penat otak pikir apasal mahal sangat barang zaman sekarang ni ? Bila balik rumah.. angkut barang letak kat dapur , macam macam ada. Penuh segala mak nenek peti yang di dapur tu. Ada sampai tak tau nak letak mana pun ada. Dan anak anak mula mengunyah sanbil tengok tv.

Dan sejujurnya , kerap aku ke klinik bawa anak anak dek kerana demam , batuk berkahak dan selsema. Standby duit ubat ubatan lak. Samada beli ubat di farmasi atau pun klinik. Risau kalau dibiarkan sebab si anak dara aku tu pernah masuk wad dek kerana jangkitan kuman di paru parunya. Bermula dari selsema kemudian batuk berterusan. 

Sejak itulah aku ambil berat jika mereka sakit. Sepatutnya aku kena fikir bagaimana nak mencegah mereka dari jatuh sakit dengan menguatkan sistem imun mereka ! Bukan cari ubat jika mereka sakit.  Mencegah itu lebih baik dari mengubati. 

Alhamdulillah.. kesedaran mengenai pemakanan sihat hadir. Aku mengubah diet pemakanan sekeluarga. Aku dan isteri kena tunjuk contoh terlebih dahulu. Anak anak memang payah kerana mereka dalam fasa ketagihan ! Aku dan isteri dalam fasa tidak sihat ! Nah... mereka dah nampak contoh.

Sekarang kalau ke pasar atau pasaraya , termenung nak beli apa. Tengok makanan atas rak sana sini dalam kategori 'tidak sihat'. Aduh... Akhirnya fokus pada makanan sebenar je dulu seperti ayam , ikan , telur ayam , sayur sayuran dan buah buahan. Amik pun stok untuk seminggu makan je dulu. Pastu baru tengok kategori makanan lain. Yang akan aku ambil ialah walnut , almond dan juga yogurt greek. Ni memang wajib la. Almond dan walnut ni , confirm leh sampai sebulan. Manakala yogurt greek ni, dulu aku je makan tapi sekarang... sekeluarga makan ! Hahaha.. memang tak cukup dah kalau beli satu bekas tu jer. 

Untuk sarapan pagi, sebelum ni diorang akan makan roti putih , air coklat dan bekalkan roti krim ke sekolah.  Tapi sekarang , tidak lagi. Telur rebus sebiji wajib setiap pagi. Almond dan walnut , memang aku paksa suh makan. Tak banyak pun.. Dalam 3 biji je gitu. Pastu baru kasi yogurt greek. Tu pun kalau ada dalam peti ais. 

Pastu minum air halia secawan. Kekadang aku campurkan dengan tumeric , madu , cayenne pepper , lemon dan juga cuka epal. Bagus untuk tingkat sistem imun mereka. Ya... kita fokus pada kesihatan perut mereka. Dan ternyata berbaloi. Perut Qhaliff yang selama ni nampak membuncit, dah kelihatan leper jer. Tenaga dia pun makin bertambah ketika berlatih badminton.

Alhamdulillah.... selain itu.. dengan izin Allah , mereka juga dah jarang sangat nak jatuh sakit. Aku pun gitu. Wife je kelmarin kena selsema teruk. Tu pun sehari jer. Biasanya mau dekat seminggu gak dok sok sek sok sek ! Demam tidak , batuk pun tidak. Kalau tak , memang pakej dan sekurang kurangnya akan cuti 1-2 hari. Tu pun belum tentu sembuh. 

Ubah gaya hidup... banyak manfaatnya ! 

Yogurt greek dicampur dengan pisang dan dark chocolate.


Cut gula, ultra process food , fast food ... untuk seminggu. Tengoklah kesan pada anak anak.

Oh ya... ni makanan untuk otak anak anak kita lak. 

Bagi yang berhajat nak anak anak melanjutkan pelajaran selepas tamat sekolah rendah dan nak masuk SBP atau MRSM , nak tips kecermalangan ? Ramai dah berjaya hasil kelas kelas yang mereka hadir. Ternyata berbaloi dan ramai ibu bapa berpuas hati. Rezeki mereka. Alhamdulillah.. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Disiplinkan si sulung , yang lain akan turut serta ! Benarkah begitu ? Hurm.. berkat doa sang isteri untuk mengubah aku , menampakkan hasil. Ya... benar. Dan sesungguhnya itulah yang aku pohon kepada Allah ketika aku bujang dulu. Kurniakanlah pada aku seorang isteri yang mampu mengubah kehidupan jahil aku ini. 

Alhamdulillah... dan sesungguhnya aku berazam untuk mendidik anak anak aku sebaik mungkin. Berikan yang terbaik semampu aku. Selagi aku terdaya. Ajari mereka menjauhi yang buruk serta berdosa dan perbaikkan berbuat kebaikan kerana Allah. Jangan sesekali lakukan untuk manusia kerana manusia akan mudah terlupa tapi tidak Allah. 

Cara untuk mendidik anak sulung ni , sebenarnya tak susah. Kita kena tunjukkan pada mereka. Jika sang ayah boleh lakukan , dia akan tercabar juga. Kenapa ayah boleh tapi tidak dia ? Dia yang merasakan dirinya sudah besar dan mampu lakukan apa yang ayah dia buat , pasti akan punya satu semangat untuk mencabar diri sendiri. 

Mulakan dengan solat berjemaah. Kemudian ajak ke masjid. Mulakan dengan Maghrib Isyak. Dia akan hadir satu perasaan seronok bila bersolat beramai ramai ni. Bila sudah biasa, tambah dengan subuh berjemaah di masjid dengan si sulung. Ajak juga hero hero yang lain jika ada. Cuba disiplinkan seminggu. Kemudian teruskan sebulan dan dia akan terasa satu kelainan. Mengantuk camana pun , dia akan berusaha bangun. 

Maaflah.. aku bukan nak bagitau aku baik dan keluarga aku bagus. Aku sekadar berkongsi cara yang mana aku sendiri pun sedang betulkan lagi. Anak sulung aku dah pun berumur 12 tahun dan sekarang cara dia pun dah berbeza. Tak boleh nak marah marah terutama depan adik adik dia. Dia terasa malu dan paling dia akan terasa hati bila kita memuji adik adik dia depan dia. Dia terasa tercabar.

Contohnya bila iqamah di surau. Bila adiknya yang melaungkan dan aku berkata suara si Aariz jelas, aku perasan.. setiap kali dia iqamah , dia akan pandang aku dan menantikan kata kata aku. Dan biasanya aku akan kasi bintang pada dia. Dia akan tanya apakah kelemahannya dan berusaha untuk perbaiki. Bila ke masjid, bilal akan iqamah , aku suruh dia dengan baik baik , cara dan lantunannya. Dia ubah... dan akhirnya dia tersenyum bila aku anggukkan kepala. 

Si sulung dahagakan pujian atau sebenarnya kasih sayang. Dia tercabar kerana kehadiran adik adiknya. Terasa diketepikan. Alhamdulillah... setiap hari akan keluar  Google memori gambar gambar 10 tahun dulu. Dan aku tunjukkan pada dia betapa dia sebenarnya lebih beruntung dari adik adiknya. Mewah kehidupan dia dulu. 

Paling sukar ialah bila berlaku pertikaian sesama mereka. Siapa yang kita nak menangkan ? Hurmm.. masa ni la kita kena gunakan segala pengalaman yang ada. Masing masing nak menang dan tunggu untuk dimenangkan. Jika salah perhitungan , salah seorang akan sentap dan mengasingkan diri. Pastu terasa seperti tidak disayangi. 

Fuh... kita kena banyak bersabar. Jangan asyik berpegang pada orang tua dulu dulu. Tak sama dah keadaan sekarang. Budak budak sekarang , cepat matang. Aku dibaya Qhaliff dulu pun sibuk dok bermain siang malam dengan kawan kawan. Dia ? Balik sekolah saja dah mula ada tugasan di dalam rumah. 

Apa apa pun.. kita sebagai mak ayah, kena banyak bersabar dan kalau boleh.. berikan kasih sayang dengan seadilnya. 

Jadikan satu kewajiban bersubuh di masjid untuk pastikan si sulung berdisiplin sebagai permulaan.









Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku memang dah lama tak benarkan ada roti atas meja makan rumah aku. Kalau dulu, roti putih termasuklah roti berkrim ni wajib ada dan dibawa ke sekolah sebagai bekalan makanan. Kenapa aku tak kasi dah ? Korang boleh baca di  BERHENTI bagi roti pada anak anak ini. 

Dah tu nak kasi makan apa ? Laa... punya la banyak makanan ada atas dunia ni... tak tau nak kasi makan apa ? Kemonlahh ! Hahahah.. buku resepi ada. Tak pon google jer. Kalau dah malas sangat , tengok video video di Tik Tok. Ramai dah ajar tu. 

Kalau masih malas macam aku ni , nah.. guna cara paling mudah. Almond , walnut dan telur jer. Rebus ketiga tiga ni ketika bangun solat subuh. Pastu buang kulit almond dan telur tu dan sajikan pada anak anak.

Air nak kasi apa ? Boleh kasi air dark coklat atau koko. Pastikan 100% asli yer. Ada yang 80% atau kurang dari tu. Yang tu , korang kena periksa dulu kandungan tambahan dia apa. Jangan lak tinggi gula ya. Kalau dah tinggi gula , baik kasi je air manis yang biasa. 

Oh ya, kalau dapat susu lembu atau kambing yang segar dari ladang , memang sedap la kalau dicampur dengan dark coklat atau koko ni.  Pun boleh dicampur dengan yogurt asli atau yogurt greek. Kasi sesudu dua pagi pagi. Mengandungi probiotik yang bagus untuk usus anak anak kita. Usus sihat , inshaAllah anak anak sihat. Penting jaga usus ni. Enjin utama sistem tubuh badan kita. 


Boleh beli di SINI 

Bagus makan pagi atau snack di malam hari jika kelaparan. 

Campurkan je ketika merebus telur. Pastu buang kulitnya.

Mudah je kalau guna pemanas air elektrik

Pasti korang pun dah sedia maklum kebaikan telur ni pada anak anak kita kan ? Boleh je nak makan beberapa biji pun. Tak perlu nak buang kuning dia. Kolestrol ? Banyakkan lagi mencari fakta terkini ya. Jangan bergantung pada fakta lama jer. Dah berubah pun. 

Almond merupakan jenis buah kering yang kaya akan mineral, vitamin, serat, dan protein. Antara kebaikan almond ialah dapat memperkuat tulang dan gigi anak di mana kandungan fosfor yang terdapat di dalam kacang almond dapat memperkuat tulang dan gigi merek dan seterusnya melindungi kerosakan gigi di kemudian hari.

Almond turut mengandung logam alkali yang berfungsi untuk meningkatkan kekebalan tubuh anak. Kacang almond pun juga memiliki sifat antioksidan mampu mencegah anak terserang berbagai penyakit.

Dengan adanya kandungan serat di dalam almond , ianya dapat membantu mengurangai risiko dari terkena kanser dan juga sembelit. Kandungan serat yang tinggi dapat bantu melancarkan sistem pencernaan dan pergerakan usus anak.

Almond juga memiliki kandungan vitamin E yang cukup tinggi , protein, dan potasium yang mampu memelihara kesihatan jantung. Selain itu, almond adalah sumber tenaga yang baik dan sihat untuk anak anak kita. Banyak lagi khasiatnya kalau korang rajin google. Amalkan setiap hari ! 

Gabungan almond ialah walnut ! Apakah kebaikan walnut ni pada anak anak kita ? Walnut dianggap kacang prehistoric. Senior dalam kalangan kacang lain. Untuk pengetahuan kita termasuk aku juga laa.. Pokok walnut ni boleh hidup sehingga 400 tahun dan walnut hanya dituai sekali sahaja dalam setahun.

Walnut ni dikenali sebagai makanan untuk otak. Perasan tak rupa dia camana ? Penelitian seorang penyelidik dari Sekolah perubatan Universiti California, Los Angeles (UCLA), Amerika Syarikat (AS) mendapati dengan hanya makan segenggam kacang walnut itu boleh meningkatkan kemampuan pemikiran dan prestasi otak. 

Kacang walnut juga boleh melambatkan proses penuaan otak dan ia sangat baik untuk mengurangkan risiko menghidap Alzheimer dan demensia yang melemahkan fungsi otak serta ingatan.


 Haa... Maka sebab itulah ianya bagus untuk anak anak kita dan juga kita. Apakah khasiat walnut ni selagi makanan untuk otak : 
  • Kaya Omega-3
  • Metabolism Booster
  • Mengurangkan keradangan
  • Baik Untuk Tulang
  • Baik Untuk OTAK
  • Baik Untuk Kesuburan
  • Mesra Usus & Rambut
  • Rendahkan Kolesterol Dalam Darah
  • Anti-Kanser
  • Sokong Penuaan Sihat
  • Mengalakkan usus sihat
Walnut ni geng supernuts. seperti Pistachio, almond , hazelnut, kuaci, flaxseeds. Walnut ada jumlah lemak poli tak tepu, mineral serta vitamin tinggi dan juga padat fiber dan antioksida.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku rabun jauh. Pakej silau. Tiap kali pakai cermin mata , aku rasa macam orang tua jer. Hahaha.. Yelah , kanta aku tebal weh. Kalau orang tengok dari belakang , boleh nampak ketara kita ni dah level setengah buta ! 

Ada pernah aku tengok kawan aku punya kanta cermin mata.. perghhh , bapak tebal ! Dia kata kalau bukak cermin mata , memang tak nampak apa pun. Kabur jer. Kiranya dia memang bergantung habis pada cermin mata. 

Macam ni lah cermin mata aku dulu !

Aku , pakai cermin mata sejak usia 7 tahun lagi. Bukan sebab keturunan tapi sebab suka baca dalam gelap pastu guna lampu suluh. Salah sendiri la.. Hee.. cermin mata aku dulu memang berkanta tebal. Buruk je rupa. Walaupun nampak macam Clark Kent , tapi itulah... buruk ! Hahahaha..

Alhamdulillah... teknologi pembikinan kanta cermin mata semakin maju. Banyak pilihan dah sekarang ni. Segalanya bergantung pada kehendak dan bajet kita. Macam aku sekarang ni, ada 3 jenis cermin mata dah. Aku pakai ketika bersenam , memandu dan bersiar siar. Pastikan dalam setiap keadaan , kacak itu pasti ! Gituuuuu ! Hee..


Nampak sama tapi berbeza. 

Fesyen terkini. Ringan, sedap dan tahan lasak.

Tak perlu risau panas.

Semua cermin mata aku buat di satu tempat jer. Senang. Diorang pun dah tau apa yang aku nak. Aku serik dah nak ke tempat tempat yang nampak gempak pastu kena sembelih kaw kaw. Walaupun jauh dari rumah aku, yang penting aku berpuashati. Siap cepat dan jika ada masalah , mereka akan bantu. Contohnya jika power tu tak kena ngan mata aku.. mereka akan selesaikan. 

Harga ? Serius memang berbaloi. Aku tak leh nak kata murah atau mahal. Segalanya bergantung pada kita punya power juga. Kena check pastu pilih lens camana. Kalau ada bajet , bagitaulah berapa kita punya bajet. Mereka boleh tolong. Dan jika ada rabun dekat , maka boleh satukan je dalam satu cermin mata. Tak perlu nak pakai dua cermin mata macam orang dulu dulu. Jangan lupa , tukar gelap sekali.

Kalau nak nampak gempak , carilah kanta yang bertona warna. Dari gelap ke terang gitu. Mereka boleh buat. Pilih je warna apa kita nak. Best guna jika berbasikal atau berbrisk walk di pagi hari atau ketika hujan. 

Dapatkan di Eyes Vision Group , Sungei Wang.

 


Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Lama dah aku teringin ke sini. Walaupun seingat aku , aku pernah dapat tawaran buat review kat sini tapi aku tak nak gi sebab faktor jarak. Dan sebenarnya , aku takut nak menghala ke Karak ni. Banyak sangat tengok filem hantu kot masa kecil kecil dulu. Dah besar ni , tak minat tengok citer hantu. Hahaha.. 

Akhirnya aku ke sini bersama keluarga. Tu pun atas urusan kerja. Kalau bukan kerja, rasanya resort ni bukanlah pilihan aku untuk pergi bercuti ! Bukan sebab jauh.. tapi tak nak redah kesesakkan lalu lintas ketika musim cuti. 

Tapi dek kerana Aariz nak sangat duk hotel.. katanya lama tak gi hotel , aku pun setuju la gi ke sini. Aku pun teringin nak tahu gak camana keadaan tempat ni setelah baru baru ni , kami lalu depan pintu ketika pulang dari Kelantan. Nampak macam best ! 

Jumaat... lepas solat Jumaat tiba. Perjalanan dari Sepang , ke Bentong mengikut Jalan Gombak Lama dan masuk ke jalan Bukit Tinggi. Dalam sejam lebih gak la. Alhamdulillah, ketika aku lalu tu , jalan belum jammed. Selepas aku tiba tu la dikatakan jalan mula jammed dek kerana lori rosak .

Check in. Beg beg aku diangkat oleh staff perermpuan muda. Terkejut gak la aku. Mana staff lelaki ? Bukan ringan kot beg beg aku ni. Cuma di sini berlaku sesuatu yang membuatkan aku angkat kening. Cam ? What ???? Gitulah... tapi aku biar je la. Redha jer. 

Bila masuk bilik... aku check bilik air dan sekali lagi terkejut. Adeh... mampu geleng kepala je la. Anggap tu je la rezeki aku. Manakala katil , permandangan ok la walaupun serabut dengan pembinaan ECRL berhampiran resort. 

Manakala di luar resort , ada kolam air panas yang dibuka secara umum. Ramai gak datang mandi sini. Kalau nak mandi di dalam resort , kena bayar. Pengunjung hotel , tak perlu bayar. Kira bayar walk in untuk orang luar.



3 hari 2 malam di sini. Sarapan pagi , aku tak turun makan. Wife kata pilihan tak banyak. Ok ok jer. Tapi bagi aku yang order ala carte , masakan panas dia sedap ! Harga standard hotel gitu. Heee.. Kongsi kongsi la makan anak anak. Order banyak nanti , tak abis lak. 

Esok hari.. ada program. Makan tengahari macam sarapan pagi. Pilihan tak banyak tapi sedap.. bagi tekak aku. Disebabkan makanan tak banyak pilihan , maka aku berulang kali dok ambil ikan dan sayur. Haahaha... Omega 3 percuma. Begitu juga makan malam. Sedap tapi pilihan tak banyak. Ok la bagi aku. Tak membazir. Cuma kaki makan mungkin frust la kot. Aku , tak kisah selagi ada protein dan fiber. 




Nah.. ni part paling anak anak seronok. Kolam mandi air panas memang best la. Tempat aku berendam ni memang panas sungguh. Cuma dasar kolam perlu kerap dibersihkan. Airnya bersih jer. Sedap je rasa kehangatannya walaupun di malam hari. Tutup kolam jam 1 pagi. Bilik air... takda masalah. Air pun laju. 

Oh ya.. untuk ke kedai makan , agak jauh gak la nak  travel tu. Makan je la di dalam resort. Heee... Kalau rajin nak turun ke Genting Sempah , silakan. Aku tak rajin. Makan je apa yang ada di depan mata. 

Tuala untuk turun ke kolam tak disediakan. Bawaklah tuala dari bilik memasing ya. Heee...Oh ya , tempat letak kereta banyak. Kebersihan , tip top. Kemudian untuk beriadah.. hurm...Itulah je kot. Bab sambutan dari staff , atau keramahan kaki  tangan tu , perlu diperbaiki. 

Itu je la kot. Kalau ditanya aku apakah aku akan kembali ke sini ? Jawapan aku ialah.. 80%. Apa pun , aku berpuashati. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Bangun awal pagi. Pastu ke gym. Aku dan anak anak. Sementara cuti sekolah ni, inilah rutin harian aku bersama mereka. Nak bawa gi bercuti ke luar negara , duit tak banyak lagi. Nak berjalan dalam negara, baru je pulang dari Kelantan. Alhamdulillah.. masing masing gembira. 

Pagi, makan telur rebus. Ada yang tak nak makan lagi. Katanya balik gym nanti baru makan. Oklah.. aku pun gitu gak. Tunggu benar benar lapar , baru makan. Tapi sebelum tu , aku minum air gabungan halia yang aku buat sendiri. Tujuannya untuk pastikan asid di dalam perut , tenang. Heeee..Dan bila nak makan nanti , pastikan yang masuk dulu adalah protein. Jangan sesekali masukkan karbohidrat. Itulah tips yang aku pelajari dan ianya berkesan untuk elakkan aku dari kena asid refluks dan juga pedih ulu hati yang selama ni , menghantui aku dan isteri. 

Malam , bawa Qhaliff gi latihan badminton. Sebelum gi tu , dia makan telur goreng dan nasi. Dan biasanya nasi dia akan letak sesenduk jer. Sikit tapi telur goreng tu, 3 biji. Digoreng dengan minyak kelapa sawit. 2 jam lebih dia berlatih.. aku sendiri pun latih dia buat fitness. Memang nampak lembik dah dia. 

Abis latihan.. pulang. Dia mintak telur rebus. Aku tengok jam. Dan lewat malam. Aku tanya dia.. apakah dia kelaparan ? Dia kata tak sangat pun. Aku kata kalau tak makan , ok tak ? Dia kata ok jer. Aku senyum. Aku kasi dia air putih ditambah dengan garam Celtic. Tujuannya adalah untuk mengantikan mineral mineral yang hilang. 

Dan tidur... Begitulah kami sekeluarga. Malam, memang jarang sangat dah nak makan. Kalau makan pun, sebelum jam 8 malam. Dan pagi hari , wife akan siapkan makanan untuk tengahari. Makan pagi , telur rebus itu wajib ada. Masing masing akan makan sebiji atau dua. Aku akan sediakan air halia atau air probiotik menggunakan serbuk arabic gum.

Tiada lagi roti , biskut , susu mahupun makanan berkotak di atas meja makan. Air manis lagi la tak da dalam rumah aku ni. Kalau ada pun , dah bertahun atas almari di dapur tu. Air gas hasil beli pizza satu tika dulu. Sekarang pizza pun dah jarang makan. Kalau nak makan sangat , gi restoran pak arab jer. 

Ayam , ikan , sayur.. adalah masakan yang wajib isteri aku buat dalam seminggu. Dan bila makan berat ni, anak anak makan nasi sekali jer. Pastu ratah lauk atau makan telur jer. Buah-buahan tu, seperti epal , anggur , mangga , nenas , buah naga , pisang.. memang akan ada la kat dapur. Tapi bukanlah semua. Gilir gilir la. Dan sekarang masing masing suka yogurt plain. Kosong..tanpa perisa dan gula. Kalau nak sedap , tambahlah dengan almond. 

Gitulah.. Apakah aku tak kasi anak anak aku makan makanan lain ? Aku kasi jer tapi sebelum nak makan tu, aku suruh mereka tengok label dan aku tanya dulu.. Apakah makanan tu berkhasiat untuk mereka ? Apkah khasiat yang ada dalam makanan tu ? 

Mesti korang kata aku ni teruk kan ? Yer.. diorang dah saksikan sendiri bagaimana mak diorang sakit dan terpaksa ke hospital lewat malam dan mereka menunggu di dalam kereta sementara menanti mak mereka siap di rawat... di tengah malam ! Dan mereka pernah lihat ayah mereka berbalut pada sendi sendi akibat sakit sendi dan juga tak mampu berlari kerana sakit lutut ! Nak duduk pun tak boleh. Solat terpaksa guna kerusi ! Anxiety , kembung perut. Darah tinggi ! Dan Zahra sendiri pun pernah masuk wad dek kerana batuk tak berhenti sehingga dapat jangkitan kuman dalam paru paru. Qhaliff dan Aariz , asal gi sekolah jer.. mesti akan dapat selsema dan batuk ! 

Alhamdulillah , dengan izin Allah.. segala perubahan yang aku dan isteri buat ni, membuahkan hasil. Nampaklah masing masing sihat. Badan pun tak membuncit dengan makanan. Dan takda lagi pembaziran. Kalau dulu, masuk je pasaraya.. mau dekat RM300-400 abis. Sekarang ni, adakalanya bawah RM100 atau lebih skit jer. Dan mereka kenyang pun makan. Takda kebuluran hingga menampakkan tulang rangka ! 





Apakah pilihan makanan yang ada selain tu ? Allahuakhbar.. banyak jer ada. Beli je bahan mentah dan buku resepi kan ada. Fokus pada protein, fiber dan lemak sihat. InshaAllah , akan kenyang jer. Ingat.. perut kita bukan perlu dikenyangkan senantiasa. Makanlah sekadar untuk hidup. 

Aduh.. rugilah ! Tolak nikmat dunia.. Kan ? Apakah nikmat dunia hanya pada makanan ? Bagaimana pula dengan nikmat kesihatan ? Menikmati makanan sedap sekali sekala , itulah nikmat dunia. Tapi tak leh dibandingkan dengan nikmat kesihatan. Aku ke mana mana tanpa perlu bawa ubat dah sekarang ni berbanding sebelum ni... paling tidak pun panadol atau pain killer !!! 

Nak makan sedap.. pastikan ianya adalah makanan sebenar. Bukan makanan olahan yang tinggi dengan gula dan juga karbohidrat. 





 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments




Alhamdulillah.. Sebenarnya , aku tak beberapa gemar nak memandu jauh kebelakangan ni. Semakin ramai pemandu di atas jalan raya , terlupa dah cara memandu dan penguatkuasaan semakin lemah ! Denda pula yang dikenakan , tak berubah ubah dari dulu. Ada yang bayar.. ada yang tidak.. ada yang tunggu potongan harga. Hahahaa...adoilah. 

Aku baru je pulang dari Kelantan. Masa ke sana , perjalanan cantik. Tiada kesesakkan tapi yang tak seronoknya ialah spesis spesis terpaling nak cepat sampai ni. Diorang akan memotong tak kira la di atas mana sekali pun.  Kita ni dah ikut had laju yang ditetapkan. 

Perlahan ? Ada sebabnya di sesetengah jalan tu kita kena ikut had laju. Bukan saja saja diorang buat. Teringat kemalangan yang berlaku pada aku. Aku memandu perlahan tapi laluan tu memang kena perlahan lagi ! Di selekoh, atau jalan bengkang bengkok , dengan cuaca lembab atau terlalu kering juga bahaya ! Kereta yang aku selalu servis ni , tiba tiba hilang arah hidup ! Dan aku terbabas ! Masalah teknikal. Nahhh.. sapa sangka kan ? Nasib baik aku sorang. Kalau sekeluarga ? Berlaku pun dah tak jauh dari rumah aku. 

Macam macam kemungkinan boleh ada lagi. Contohnya , anjing atau monyet tiba tiba melintas jalan. Kalau siang , boleh la kita nampak. Malam ? Pernah berlaku juga... di selekoh.. ada binatang lintas depan aku. Aku tak tau la apa binatang tapi bersaiz seperti kucing ! Kalau aku brek habis , memang akan terbabas punya. Dan Alhamdulillah , aku memandu memang perlahan jer. Selekoh. 

Contoh lain... cuaca panas membuatkan mereka yang memandu jauh akan cepat mengantuk. Keletihan mata. Nak berhenti , tempat takda. Nak tak nak kena memandu sehingga jumpa tempat berhenti untuk berehat. Perit juga tu. Peranan co-pilot penting ketika ni. Kena ajak berbual cerita cerita best. Contoh isu poligami dan kawan opis yang cun dan kacak. Automatik cerah mata. 

Tapi yang cukup bahaya sekarang ni ialah spesis yang memotong berbuah buah kereta ! Akhirnya akan bersemuka dengan kenderaan bertentangan ! Sapa nak beralah masa ni ? Dia pula nak celah masuk , takda ruang atau kesuntukan masa ! Nahh... camana tu ? Bayangkan jika kereta dalam kelajuan sekitar 100-120 kmj ! Kalau nak brek tu , ambik masa gak nak perlahan. 

Setiap hari kita baca kes kes kemalangan maut. Tapi peliknya masih ramai macam takda kesedaran. Salah siapakah ? Aku salahkan kerajaan yang tak reti nak bertegas dalam isu ni. Apakah tunggu anak anak vvip kena langgar baru nak kaji ? Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


"Bang, tolong buatkan air.." pinta si wife sambil bersiap utk ke pejabat.

Alhamdulillah.. dia dah abis period. Sebelum ni jika dia dtg period , mesti akan takda mood. Sengugut , migrain... dan mesti akan cuti pada hari pertama.  Tapi sejak aku buatkan air halia.. dengan izin Allah , simptom simptom tu dah takda.  

Sekarang dia suka minum air yang aku buat ni. Ni air utk aku gi gym biasanya. Bagus utk meningkatkan metabolisme badan. Maklumlah , bila dah usia 30an ni , metabolisme menurun. Jadi utk membakar lemak , memang payah. 

Bila dia tgk aku berjaya hilangkan boroi.. dia pun nak gak ikut. Dan ternyata , banyak perubahan. Malah ketagihan dia terhadap kafein pun dah takda. Dulu wajib kena kopi hari hari. Air ni , anak anak aku pun aku kasi minum. Bagus utk boost sistem imun mereka. Tingkatkan pertahanan diri dari serangan virus.

Dan gabungan air ni sangat bagus dijadikan air preworkout ketika di gym. Aku dah bertahun berhenti minum air bergula serta berkafein tinggi sebagai preworkout yang kononnya memberikan tenaga tambahan walhal... dalam diam merosakkan perut ! Serius... untuk jangka panjang , kesannya akan nampak. Jangan cakap la kat aku minum secara sederhana.. bila kau dah mula minum gula dan kafein, siaplah ! Memang akan ketagihan. 

Apakah manfaat bahan bahan yang aku ambil ni ketika workout ? Hurm... 


Cayenne Pepper :  Cayenne kaya dengan mineral seperti folat, mangan, kalium, tembaga, zat besi, magnesium, selenium, fosfor, dan zinc. Mineral-mineral inilah yang penting untuk menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan. Selain  itu cayenne pepper juga mengandungi vitamin dan tinggi antioksidan, 

Tumeric ditambah lada hitam : Menurut blog Neuroversiti Neuroversiti , kunyit atau tumeric ni ada lebih 50 jenis antioksidan lain selain Curcumin. Suplemen Curcumin bantu tingkatkan endurance performance. Peserta juga rasa kurang tegang pada otot otot. 

Berupaya bantu masalah disebabkan keradangan. Sindrom metabolik, arthritis, anxiety dan kolesterol tinggi (hyperlipidemia).  Bagi yang aktif secara fizikal atau bersukan ,  Curcumin bantu legakan muscle soreness terutama pada otot bahagian kaki. Otot juga kurang terdedah kepada risiko cedera. 

Selain itu , Curcumin juga beri kesan positif kepada kesihatan mental. Stress dan anxiety dikurangkan.

Apple Cider Vineger : Hanya perlu letak sesudu je cuka epal ni. Antara manfaatnya ialah... 
  • Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
  • Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
  • Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
  • Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
  • Memperbaiki masalah sistem kencing.
  • Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing
Halia : Kajian telah menganggarkan bahawa pengambilan halia setiap hari boleh mengurangkan sakit otot semasa senaman sebanyak 25% selain membantu pembakaran lemak. 

Dikatakan jenama Fairchild lebih bagus dari Bragg kerana cara pembuatan cuka ni. Ini kali pertama aku nak cuba jenama ni...


Cara bancuhan : Untuk cuka epal cider tu , amil je satu sudu camca besar. Pastu masukkan serbuk halia , serbuk tumeric Nadiiku dan cayenne pepper. Suku sudu teh saja yer ! Jangan banyak banyak terutamanya cayenne pepper. Kang pedih lak tekak tu. Pastu perah setengah bahagian lemon. Buang biji tu yer. Jangan telan. Nanti pokok tumbuh dalam perut. Dan nak lagi sedap , tambah satu sudu madu tualang. Yummy !! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku bukanlah jaga kesihatan sebab takut mati. Tujuan aku jaga kesihatan ni adalah kerana ianya amanah buat kita. Bila tubuh badan sihat , nak beribat pun senang. Bila kita jatuh sakit , masa tu la teringin nak pergi solat berjemaah kat masjid la , nak berjogging la.. nak gi bersenam kat gym la. Tapi bila dah sihat , terlupa terus janji janji murni tu. Heeeee.. kan kan ?

Alhamdulillah... satu persatu aku belajar bab kesihatan terutama perut ni. Perut ni adalah punca segala penyakit jika kita tak jaga. Terbaru pasal hormon kortisol. Dulu aku tak paham sangat la menatang hormon kortisol ni. Tapi bila aku sedari yang masalah semua ni berpunca dari kepayahan nak hilangkan lemak perut dan juga masalah lemak visceral ni , barulah aku memahami semuanya saling berkait. 

Walaupun aku dah berjaya kurangkan berat badan , hilangkan keboroian perut dan juga masalah kesihatan lain tapi di bahagian bawah perut masih ada sedikit lemak lemak degil. Yang tu , aku takda la nak risau sangat tapi lemak di dalam organ itulah yang merisaukan aku. Apakah puncanya selain dari pemakanan yang aku dulu dulu ? Yelah.. aku baru je berubah gaya hidup. Takkan nak terus hilang kan ? Tapi part ni.. aku tak perasan ! 

Ya... STRESS ! Ramai anggap stress ni sekadar melibatkan tempat kerja jer. Tapi kalau aku perhatikan diri aku sendiri la... aku mudah cepat stress ! Benda kecil pun aku cepat nak stress. Dengan anak anak pun , aku mudah stress jika mereka buat hal. Padahal menda kecik je pun. Wife aku tenang je uruskan. Aku ? Adehh... serabut jadinya. 

Selain itu , tidur yang tidak mencukupi juga menjadi punca kepada masalah stress ni. Tidur awal dah tapi nak dapat deep sleep tu payah sungguh la. Macam macam gangguan. Kekadang alarm telefon la. Dengkuran... atau mimpi kejar hantu la. Adeh.. 




 Satu lagi masalah stress aku ialah suka sangat ambil tahu isu semasa pastu sibuk nak tinggalkan komen. Hahahahha.. Adoilah. Kalau tak tinggalkan komen , sibuk nak up status juga. Amboi.. terpaling politik ni ! Hahaaa.. tapi aku kena ambil tahu juga sebab apa yang berlaku dalam negara ni , turut melibatkan aku , keluarga, anak cucu dan juga rakyat jelata. Takkan nak diam je kan ? Takkan nak tunggu negara ni kena tawan baru nak melawan ? Terlebat dah bro ! 

Sikit skit dah la kan. Jangan over. Nanti stress ! Gitulah.. kan kan ?  Apa lagi yang boleh bikin kita stress ? Duit ? Tu yang kaya raya pun stress.. Hari hari pikir camana nak kaya lagi atau nak terus berkuasa. 

Haa.. yang ni aku buat tapi aku tak sedari. Bersenam melampaui batas. Bersenam tu ok dah tapi kita kena banyakkan berehat juga. Bila tak berehat , bila badan kita nak buat pemulihan ? Otot otot tak sempat nak rehat , kita pakai semula. Lama kelamaan , jadilah isu seperti yang dikatakan oleh doktor doktor di bawah ni. Korang dengar sendiri dan fahamkan.. 

Itu pasallah , lemak susah nak hilang dan kesudahannya , dapat diabetis ! Jenuhhhh.. Bukan sebab gula tapi sebab stress ! 

Tonton video Dr. Onn Akbar Ali Tonton video Dr. Onn Akbar Ali 

Tonton video Dr Sandra Raman Tonton video Dr Sandra Raman 

Jom.. aku nekad , pasni aku nak kurangkan tengok media sosial dan juga banyakkan senyum. Ketat sungguh muka aku kebelakangan ni. Agaknya dah kurang ketawa dah kot aku ni ? Dulu mudah je nak ketawa dan senyum. Sampaikan awek tengok pun , jatuh cinta. Aummmm ! 

Selain dari tu , kita kena jaga hati kita. Senantiasa berprasangka baik. Dan bila kita berbual dengan kawan kawan , jangan kita simpan masalah mereka bersama kita. Dengar , selesaikan dan lepaskan pergi. Jangan bawa pulang bersama kita. 

Moga dengan pemahaman aku ni , mungkin pasni aku lebih... hensem ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Gambar di atas , gambar aku satu tika dulu. Dengan berat lebih 90kg , aku beranggapan aku sihat jer dan perut buncit disebabkan masalah angin. Selagi aku bersenam , selagi tu aku ok... ! Kononnya la. Rupa rupanya tanggapan aku tu salah sama sekali. 

Gaya hidup masa muda dulu menjadi punca. Stress , tak cukup tidur dan makan makanan tak sihat adalah punca utama ! Bayangkan dari umur 10 tahun hinggalah ke umur 45 tahun.. macam ni ! Benarlah kata orang tua dulu dulu.. Nanti kamu masuk usia 40 an , macam macam penyakit datang ! 

Walaupun aku dah berulangkali cerita pasal ni tapi aku 'terlepas pandang' bab visceral fat ni yakni lemak lemak yang menyaluti organ dalaman utama kita seperti hati dan jantung ! Apakah kesilapan yang aku lakukan ? Aku tak minum alkohol ! Aku tak ambil dah gula putih. Aku tak makan dah makanan segera ! Kenapa ? 

Antara punca yang menyebabkan bacaan visteral fat aku melepasi sempadan.. ialah stress dan diikuti makan makanan yang bergoreng.Buah-buahan tinggi gula juga sebahagian dari penyebab. Bukan nak kata buah tak bagus yaaa.. buah bagus tapi buat mereka yang ada masalah macam ni , sebaiknya berpantang dulu makan buah buahan untuk seketika sehinggalah badan menjadi normal. 

Apakah penyakit berbahaya yang berpotensi kita hadapi ? Tiga serangkai ! Diabetis , tekanan darah tinggi dan kolestrol. Hurmm... Alhamdulillah , aku sering kali periksa tekanan darah dan ianya di dalam lingkungan normal. Cuma diabetis dan kolestrol je jarang buat. Nanti kena buat. 



 

Bagaimana nak hilangkan lemak lemak degil pada perut terutama pada visceral fat ?

Apakah diet yang aku buat selama ni tidak berkesan ? Berkesan sama sekali. Ianya dalam peringkat menurun. Bukan boleh turun mendadak. Aku dah bela berpuluh tahun , pastu nak hilangkan sekelip mata? Apatah lagi tanpa guna sebarang ubat ubatan hospital. Aku cuma tukar gaya hidup dan amalkan minuman herba setiap hari. Dan ianya membantu meningkat metabolisma seterusnya membakar lemak lemak degil. 

Seperti yang aku ketahui melalui tontonan video dan juga bacaan , untuk hilangkan masalah masalah lemak ni bermula dari kawalan stress termasuklah over workout , disiplin tidur dan juga pemakanan. Nak makan apa untuk membantu membakar lemak lemak degil ni ? Makanan yang tinggi dengan omega 3 seperti minyak zaitun sangat membantu. Selain tu boleh juga amalkan 10 jenis rempah ni. Yer , aku amalkan juga beberapa darinya.. Tapi kalau sekadar amal tak jaga makan , tak guna juga ya ! 

10 jenis rempah boleh membantu mengalakkan pembakaran lemak seterusnya menurunkan berat badan ialah : 
  1. Halia
  2. Ginseng
  3. Halba
  4. Oregano
  5. Kunyit
  6. Lada hitam 
  7. Kayu Manis
  8. Jintan Putih
  9. Pelaga
  10. Cili 
Dan jangan lupa... bersenam ! Kalau takda masa sekali pun , gi la berjalan jalan sekitar taman rumah kita dalam 30 minit ke sejam. Banyak manfaatnya terutama di pagi hari. Aku , nak cuba buat water fasting untuk 72 jam ! Sapa nak join ? Minum air jer boleh.. no makan makan.. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes