BEN ASHAARI




Kalau dulu , seronok ambil gambar makanan yang kelihatan menarik susun aturnya bila makan di hotel. Tak kira la samada jemputan atau menginap dengan duit sendiri , adalah wajib untuk merasai sarapan pagi atau tengahari mereka. Kalau dua dua ni sedap , maka kena rasa makan malam pula. 

Tapi sekarang , nak post gambar makanan yang menyelerakan pun dah terasa bersalah di hati. Aku tahu.. ramai kawan kawan aku dalam berkira kira nak makan sedap sedap ni. Ada duit untuk makan pun dah satu kenikmatan. Asalkan anak anak dapat makan. Kalau dapat makan sedap , itu bonus ! Alhamdulillah..

Sesungguhnya.. apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Walaupun sekadar makanan biasa tapi pastinya yang ibu dan ayah kita hidangkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Takkan mereka nak hidangkan sampah untuk anak anaknya. InshaAllah.. selagi mereka terdaya , akan diusahakan anak anak tidak kelaparan. 

Di IBIS hari tu, memang makanan yang dijamukan pada pelanggan mereka sedap sedap belaka. Kuih muih pun sedap. Kek.. dan makanan berat seperti nasi ayam , mee goreng , lauk pauk.. sangat membuka selera. Kamera aku dihalakan pada makanan tu tapi tak sampai hati nak post gambar ke media sosial. Sian nanti kawan kawan yang tengok. Ramai terliur. 

 

Tak pe la. Kita doakan kawan kawan kita yang sedang dalam kesempitan kewangan tu, dipermudahkan urusan mereka dan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat lagi halal. Dua ni penting.. Biar berkat dan halal. Orang sekarang , ramai dah tak kisah bahagian ni. Asalkan ada duit.. dah ! Berkat atau tidak.. halal atau haram , belakang kira. Janji poket terisi. 

Dan.. percayalah... apa yang berlaku ni, ada hikmahnya. Orang yang berduit , nak makan pun takda selera. Mereka tengok makanan pun dah tak tau nak makan apa. Walhal , duit banyak. Sebab tu kita tengok.. orang kaya kaya ni.. makan mereka sedikit jer. Bukanlah memilih makanan sihat pun tapi selera nak makan tu dah berkurangan... Hee.. kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Lama tak gi berehat. Asyik sibuk dengan rutin harian. Nak gi bercuti , wife sibuk. Anak anak lak dengan sekolahnya. Bila cuti sekolah , balik Kelantan.. kampung wife. Kampung aku ? Dekat jer.. hari hari boleh balik. Heee.. 

Bila wife kasi tau dia ada tugasan luar tapi tak perlu travel jauh, aku dan anak anak seronok. Hahahaa.. Dulu.. naik muntah bila ada jemputan review hotel. Boleh dikatakan setiap minggu. Sampai terpaksa tolak. Bukan apa... bukan tak best tapi review hotel ni penat sebenarnya. Banyak task dan tugasan. Dari pagi hingga malam. Pastu nak kena update dalam blog dan media sosial. Seronok tu seronok.. tapi tu laa.. memenatkan sedikit. 

Kali ni.. aku tak perlu nak tulis review. Aku nak cerita terus apa yang aku rasa dan nampak. Bila wife kata dia kena gi IBIS Kuala Lumpur , aku cam.. IBIS jer ?? Dalam kepala aku.. IBIS ni cam hotel level motel gitu la.. Heeee.. 

Jangan tengok dari luaran kata orang dulu dulu ! 

Wife check in dulu. Dia kata best ! Di luar jangkaan sama sekali. Bila dia kata gitu.. aku teruja la. Pastikan anak anak berbaloi ponteng sekolah. Hee.. dah abis exam. Boleh la berehat fizikal dan mental. Diorang pun sian gak. Lama tak gi bercuti. Aariz mintak mandi kolam sebelum hari lahir dia. Ok la.. kasi tunai sekali gus.

Dari Sepang ke IBIS Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan Kampung Baru ni , tak jauh mana pun. Cuma kalau siang hari tu, memang akan sedikit sesak la. Aku gerak malam. Jadi tak beberapa jammed la. 

Sampai.. Tempat letak kereta , dalam bangunan. Takda masalah. Cuma kena hati hati la masa naik tingkat. Agak sempit. Lif dari tempat letak kereta , tak jauh. Turun ke lobi. Depan hotel , suasana meriah. Ada tempat makan berhampiran kalau tak nak makan dalam hotel. Kedai runcit dan ATM juga ada. 


Naik bilik... masuk lif kena guna kad kunci. Lif selesa. Sampai bilik.. Mengagumkan bilik ! Luas dan selesa. Aircond sejuk. Bilik air kemas dan bersih. Internet , open. Tak payah nak masuk kata laluan bagai dan takda la nak lag bagai walaupun ramai orang guna. 

View aku.. hutan batu. Hahaha.. Yelah , dah dalam bandar kan ! Alhamdulillah. Segala dipermudahkan Allah. Tidur.. 



Pagi.. wife ajak turun sarapan. Katanya berbaloi makan pagi , tengahari dan malam di sini. Sangat memuaskan hati. Aku cam.. yeke ? Aku rasa lama dah aku gi hotel dan makanan mereka ala ala cut cost jer. Nak berjimat cermat. Hehehehe.. 

Jam 8 pagi. Turun sekeluarga. Agak terkejut juga aku. Ramainya orang ! Aku cam.. biar betul ? Hari biasa je ni. Kalau hujung minggu , camana la agaknya. Wife kata proses check in pun mudah sangat kat sini. Tak perlu tunggu lama. Dia sendiri kagum. 

Cari meja besar.. Dan aku mula merayau tengok makanan. Serius weh !! Biar betul. Ni sarapan pagi je kot ! Giler laaa.. macam juadah berbuka puasa di bulan Ramadan. Banyak pilihan tu ! Giler aahhh.. Aku baru plan nak buat IF ! Hahahaha.. tergugat terus. 


Mula mula aku sayur dan buah. Fiber dulu masuk. Pastu telur rebus dan telur dadar. Baru cari karbohidrat sedikit. Hahahaha.. Bila ada telur , sah sah la meratah telur. Tak sangka dengan harga sarapan pagi dia yang bawah RM40 ni , pasti akan puashati sangat. 

Wife kata.. ni baru sarapan pagi. Kang tengahari lagi sedap sedap dan banyak pilihan. Aku cam... Ok.. nanti nak cuba. Heeee.. 

Pas makan 4-5 round.. aku bawak anak anak naik ke kolam renang. Tingkat 31. Ada spa dan gym juga. Gym dia biiasa je la. Boleh la untuk peluh peluh gitu.. Nak berotot kekar tu tak mungkin la. Heheee.. Ok la dari takda. Kolam renang.. kecik tapi seksi ! Haaa.. Kaki bergambar suka la kot.. 


Makan tengahari dan malam... nanti aku cerita lain eh. Kesimpulan.. kalau nak datang bercuti di KL , IBIS ni memang selesa la untuk sekeluarga.. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Ada kawan tanya aku.. perlu ke ambil whey protein ni bagi mereka yang baru nak berkecimpung dalam dunia fitness ni ? Jawapan aku... tak perlu ambil jika kau kaki makan ! Kau cuma perlu banyakkan makan makanan sebenar. Bukan makanan yang.. hurm.. aku rasa korang pun tahu makanan camana yang patut kita makan dan makanan camana patut ditolak. Senang cakap, makanlah makanan yang tuk nenek moyang kita makan dulu. 

Kalau sekadar nak fitkan tubuh badan, maka fokus je pada makanan sebegitu dan disiplin dalam bersenam. Melainkan kalau nak jadi bodybuilder dan nak masuk bertanding , maka corak pengambilan makanan termasuk makanan tambahan berbeza sama sekali. Aku tak nak sentuh yang itu ya.. 

Kalau aku bukan kaki makan , maka perlu ke ambil whey protein ? Heee... tak perlu juga ! Nanti kau akan kecewa punya sebab whey protein ni bukan kasi besar badan pun.  Yang kasi besar badan ni ialah pemakanan sebenar tu ! Whey protein membantu saja. Tak banyak pun sumbangannya kecuali dalam sudut pemulihan otot. Nah, kat sini ianya memang berfungsi tapi kena pastikan la jenis apa yang korang ambil. 

Kalau korang jenis hari hari bersenam dan rasanya pengambilan protein harian tu tak cukup , ok la guna. Macam aku la. Kekadang tu pagi petang gi gym. Tak bagus pun sebenarnya tapi masa tu aku dah tak tau nak buat apa kan.. lepak kat gym je la ! Hahaha.. Dan aku bukanlah jenis workout main berat berat. Asalkan ada pengerakkan dan bebanan. Cukuplah untuk kuatkan otot dan anggota badan. Berpeluh ! Terasa kepuasan gitu. 

Kalau korang baru nak berjinak jinak nak guna whey ni , pastikanlah korang ada nasihat dari doktor terlebih dahulu. Jangan main balun je amik. Pastu kalau nak amik, korang nak fokus untuk apa ? Bukan apa.. whey sekarang ni pun ada campuran macam macam benda lagi dalam tu. Kalau nak kosong , ada je jual. Nak campur creatine , BCAA atau glutamine.. pun ada ! 

Pernah amik BCAA , Glutamine , Creatine dan Whey jer. Lain.. tarak ! 

Kali pertama aku ambil whey , selepas beberapa tahun masuk gym. Awal awal , aku tak berani nak ambil whey. Hahaha.. Macam macam cerita dongeng ada ketika tu. Dan mahal pun ya gak. Pikir panjang gak nak beli. Aku lebih fokuskan pada real food seperti telur ayam dan ayam bakar. Hee.. Masa tu, dua dua ni mampu aku beli hari hari.  Kenyang pun ya.. 

Terpikat punya pasal dengan bentuk badan otai otai yang datang gym ketika tu, aku nekad la beli Muscletech. Tutup mata la bila hulur duit tu. Adeh... Harap berbaloi. Hahahaha.. Dan ternyata , memang berbaloi la. Badan menjadi tapi tu la.. bukan berkekalan pun. Sementara jer 'naiknya'. Sebab tu kena masuk real food untuk dapatkan otot yang lebih kekar.

Tapi aku tak la bergantung pada whey semata mata. Satu sebab harganya dan kedua risau juga buah pinggang aku ni. Heee.. Orang lain mungkin ok tapi aku nak guna lama organ aku ni. Hahahaha...Dan tiap kali beli whey , aku tukar tukar jenama. Ada yang sponsor dan ada yang beli. 

Kalau tanya aku mana yang best dan jadi ? Dalam gambar di bawah ni , semua ok sangat bagi aku. Dan satu jenama je yang aku amik membuatkan aku terus kembung perut ! Tak sesuai la untuk aku. Heee... Mungkin orang lain , ok jer.. 



Oh ya.. ingat ya ! Ni whey protein ni makanan tambahan je. Jangan bergantung pada dia 100%. Pemakanan sebenar tu yang penting. Ayam , ikan , telur , kekacang seperti walnut , almond , gajus dan banyak lagi sumber protein sebenar yang perlu kita makan setiap hari. Dan semua ni adalah penting untuk otot otot kita. Kalau otot tak cukup kuat , bahaya ! Jangan main main yaaa.. 


Kesimpulan..  Perlu ke nak ambil whey ni ? Jawapan aku.. makan dulu kasi kenyang. Dapatkan protein yang sebenar. Whey ni amik bila ada duit lebih. Heee.. Bukan apa.. payah nak kenyang bila sekadar minum whey ni. Sekejap je terasa penuh perut tu. Pastu lapar dia lain macam. Haaa.. faham faham je la yer.. Kalau nak best, blend bersama pisang , almond dan kurma. Haaa, baru kenyang macam ni ! 

Baca dulu label sebelum nak guna, Elakkan yang tinggi gula ya. Gula pun ada macam macam nama. Pandai pandai la buat kajian sebelum nak beli. Heee..
 


Dapat duit terpijak , nak try yang ni lak. Macam best..


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Lama dah aku bunyi nak ke Gym Paradise yang terletak di Semenyih ni. Aku dah check jarak dari rumah aku. Tak sampai sejam pun kalau tak jammed. Hee... Kalau jammed ? Tak tau la.. Sebab tu aku nak gi hari Sabtu atau Ahad jer. Kena gi awal pagi untuk selamat. 

Bertangguh lama dah. Akhirnya hari ni aku nekad gak ke sini selepas balik dari beli barang basah di pasar. Ajak Qhaliff teman. Kalau gi sorang sorang , nanti wife aku ingat nak gi dating lak kat sana. Hahaha.. bahaya orang encem ni.. Kan kan ? 

Gerak dalam jam 9 pagi. Pastikan perut dah terisi. Al maklumlah, aku nak balun 2 jam kat sana. Katanya dua tingkat situ dan berbaloi. Jadi aku nak bertenaga penuh. Kang gi main kejap je dah abis tenaga dan kelaparan. Tamo la gitu.. 

Dan dalam perjalanan , hujan turun dengan lebatnya. Aku tergerak hati juga untuk berpatah balik. Tengok waze... lagi setengah jam nak sampai. Jauh juga rupanya. Hahahaha.. Dari sudut jarak , cuma 30km jer tapi dari sudut masa tu yang menguguat jiwa ! Tapi teringatkan mesin mesin gempak kat sana katanya.. aku nekad jugalah. 

Alhamdulillah.. sampai juga ! Rupanya dah dekat dengan Bukit Broga. Aku pun baru pertama kali sampai kawasan ni. Sejuk ! Best gak.. Damai. Restoran dan kedai makan pun ada banyak gak sini. Takda la kebuluran lepas workout bagai.. 


Bukti aku dah sampai sini

Naik tingkat atas. Korang boleh guna tangga atau lif. Apa guna gi gym kalau naik lif kan ? Kardio je la terus.. heeee... Pintu masuk... terkunci. Kena tunggu staff buka. Melainkan ada kad ahli , baru boleh masuk secara sentuh. 

Gi kaunter.. Walk in cakap kat dia. RM15. Dia kasi satu borang untuk diisi. Lepas tu kena isi juga borang untuk anak kita. Bukan apa.. keselamatan. Jika kita pitam atau dilanda kecelakaan , diorang tau pada siapa nak dihubungi dengan segera... Bagus kan ? 

Lepas bayar terus usha kawasan.. Orang tak ramai. Kata staff yang jaga situ, malam baru meriah. Untung aku datang siang. Leh main puas puas.. Heee.. Sini ada 2 tingkat seperti yang diperkatakan. Tingkat 1 ni barang banyak untuk kardio. Tapi masih ada mesin chest , cable , kaki. Manakala tingkat 2 ni, best laa... Sempurna dari kepala hingga kaki korang boleh layan. Confirm boleh merangkak keluar dari gym kalau betul betul layan

Tempat menunggu, tandas , peti jualan air , suplemen protein 
dan spray sanitizer turut disediakan.

Walaupun guna mesin tapi masih guna plet biasa. 
Memang padu terasa pada otot bila layan ! 


Senantiasa bersih dan kemas. 

 
Tak perlu berebut atau beratur nak layan workout dalam ni.
Kalau ada yang bersuara tanya kau berapa set lagi nak abis, ternyata dia bebal !

Mesin antara satu sama lain , berjarak dalam keadaan selesa. 

.2 jam seperti yang aku minta pada wife. Cukup jam 12.15.. aku bertolak balik. Ikutkan aku belum puas tapi badan dah terasa penat. Aku mulakan dengan kaki dulu baru ke abs sebelum chest. Tutup layan back n shoulder. Pergh.. satu badan aku bantai haa.. Confirm esok pagi sengal sengal punya.. Hehehee... 

Puashati la bagi aku. Dapat turun sebulan sekali dua pun best dah. Untunglah diorang yang tinggal area tu. Yuran bulanan dalam RM128 jer. Kalau pelajar , murah skit. Heee.. Bagi aku , kalau korang berduit.. takda masalah. Murah sangat dah ni. Kalau badan tak jadi gak, tak tau laaa nak kata. Rugi tul.. 

PS : Harap diorang bukak satu cawangan di BBST, Sepang.. Aummmm !! 


Paradise Gym Semenyih

Waktu Operasi : Isnin - Sabtu ( 7 pagi - 12 malam ) \ Ahad dan Cuti Umum : ( 9 pagi - 10 malam )
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Kehadiran anak ke 3 vs 2023

Sebelum pkp vs tengah tahun 2024

Ada je karbohidrat tapi aku tak makan nasi !

Masih ada bentuk walaupun aku makan macam macam kecuali racun ! 

Camana aku buat ? Kena amik apa apa suplemen macam pembakar lemak ? Kena diet kaw kaw ke ? Ke kena terjun lombong ? Hahahaha.. takda la. Senang je. Kalau korang buat macam aku buat.. makan tetap boleh makan cuma kena fokus pada pemakanan yang sebenarnya. Janganlah makan sampah. Korang sumbat macam macam makanan serupa itu bab! ke dalam anak  tekak tu , maka tak hairanlah badan naik serupa diorang gak. Serius ! Salahkan diri sendiri yang tak reti nak kawal nafsu. 

Dah tu nak buat camana ? Kalau tak makan.. aku gigil. Kalau tak dapat gula pun... aku gigil. Kalau tak dapat nasi , aku gigil ! Tu tandanya.. kamu dah ketagihan serupa penagih dadah. Dah takda beza pun.  Betul punya ketagihan serupa kaki game tak dapat main game satu hari. Hahahaha.. teruk kan ? Tapi peliknya , masa puasa ok la ? Cuma masa berbuka tu je ada yang makan terlupa dunia. 

Come on !! Tak susah pun nak jaga nafsu makan ni. Kita kena ingat pesanan Rasulullah S.A.W pada umatnya bab pemakanan ni. Banyakkan berpuasa dari makan. Kurang kurangkanlah makan. 

Pertama sekali kalau nak kurus... betulkan sistem penghadaman. Kasi lancar dan tiada masalah kembung perut. Kedua , elakkan 5 Putih ni dan makan 2 Putih ni.. Kalau korang betul betul serius nak hilangkan lemak badan tu, korang godeklah blog aku ni. Dah banyak aku tulis. Percuma jer. Tak perlu pun nak amik apa apa pakej slim bagai.. free je ! 

Tapi aku rasa.. korang suka yang berbayar punya kan ? Apa kata aku kenakan caj pasni ? Aku jadi coach tak berdaftar korang.. Heeee... Jangan risau ! Aku takkan buat aih.. cari pasal jer. Ilmu pun cetek jer.. Sekadar berdasarkan pengalaman hidup sendiri jer. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes