BEN ASHAARI



 

Uik.. Ben post pasal perempuan ?? Gulp ! Rileks , rileks.. Ini post produk wanita .. Lelaki boleh baca , perempuan lagi la bleh.. Yang pastinya ianya post kesihatan !

 

 

image

Sebelum tu , baca dulu pendapat wife aku mengenai kedua produk ini ..

“ Masa first time guna hygiene wash ni, expectation kat hygiene wash Cosmoderm ni mesti sama dgn yg biasa guna dgn hygiene wash lain kat pasaran..tapiiii bila guna kali pertama lps bersalinkan Zahra secara normal,Alhamdulillah sukaaa sangat.Suka sgt hygiene wash ni sbb dia dpt memberikan rasa selesa dan membantu merawat luka jahitan bersalin disamping baunya yang wangi. 

So sudah semestinya bagi kaum wanita di luar sana terutama bagi ibu-ibu yang baru lps bersalin, sila dan sila cuba dpatkan di pasaran hygiene wash Cosmoderm ni sbb iainya besttttdan sangat berbaloi.  Bagi saya, ianya adalah MUST HAVE ITEM samada ketika dlm pantang ataupun utk kegunaan hari hari biasa:)  “.

 

Ehem.. sebagai seorang suami dan ramai suami di luar sana bersependapat dengan aku iaitu kepentingan keintiman suami isteri adalah sangat perlu !

Maka , gandingan kedua produk ini iaitu Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita  dari Cosmoderm  membawa kepada tagline  ‘ Gandingan Hebat untuk Keintiman Erat ‘ merupakan salah satu sumber keyakinan isteri dan kebahagiaan dalam berumahtangga .

Penggunaan Manjakani Bahagia dan Manjakani Hygine Wash boleh membantu mengembalikan keintiman pengantin lama atau bantu memulakan keintiman utk pasangan baru kahwin.  Ramuan tradisi dlm Manjakani Bahagia dan Hygiene Wash yg dulu direbus oleh nenek dan tok bidan sekarang ada dlm bentuk gel dan pencuci.

Bagi wanita yang baru bersalin dan berpantang Manjakani Bahagia amatlah sesuai kerana kandungan ramuan Aktif Manjakani dan herba pilihan ( kacip fatimah, sireh, aloe vera) yang menjadikannya Manjakani yg tulen dan peratusan tertinggi di pasaran dengan ramuan tradisi terbukti dgn penggunaan generasi demi generasi  untuk guna dlm pantang dan selepas pantang utk sembuhkan wanita bersalin dan selepas pantang utk kembalikan keadaan otot-otot seperti yang dingini..

Ok , cara nak guna tak la payah pon dan kelebihannya ..

Manjakani Bahagia Cosmoderm

manjakani bahagia

Gel Manjakani untuk kebahagiaan suami dan isteri. Khasiat manjakani untuk menguat otot-otot dan kacip fatimah untuk kesihatan bahagian intim digabungkan dalam gel dengan haruman menggoda. Manjakani Bahagia mampu memberi keyakinan kepada wanita sambil menghangatkan  hubungan intim suami isteri. Rasakan perbezaan segera semasa penggunaan pertama. Guna setiap hari untuk kesihatan bahagian intim bak anak dara dan setiap malam untuk keyakinan bak pengantin baru.

Cara Penggunaan:

  1. Sapukan sedikit di bahagian intim setiap kali  selepas mandi untuk kekuatan dan kebersihan bahagian intim
  2. Guna sebelum atau semasa bersama tersayang.

Peringatan ! Tidak sesuai untuk wanita yang hamil

Pembersih Intim Manjakani Cosmoderm

image

Membantu membersih, menyamankan, mempercepatkan penyembuhan luka dan wangian menggoda serta rasa segar yang berpanjangan.

Cara penggunaan:

  1. Picitkan sedikit  di atas tapak tangan yang bersih
  2. Gosok sehingga berbuih dan sapukan di kawasan intim
  3. Bilas hingga bersih

 

Mudah kan ? Si suami boleh bantu si isteri dengan ingatkan senantiasa menggunakan Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita dari Cosmoderm. Oh ya , jangan la asyik ingatkan jer.. Belikan juga sebagai tanda sokongan kebahagian suami isteri.. kan kan ?

Mana nak beli ? Boleh ke www.cosmoderm.com.my atau ke Facebook Cosmoderm untuk sebarang pertanyaan atau pembelian.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Bila ‘editor’ memandai bagi topic dan arahan utk menulis.. arghhhh.. stress, selagi xtulis 4 perenggan dlm masa 5 minit tu, selagi tulah dia dok ulang sebut..bila?Bila..mana entry?

ok…dah dia nak syarat 4 perenggan kt bagi genap2 4 perenggan sambil ditemani Zahra yg kejap guling ke kiri..kejap ke kanan..jap kaki atas keyboard....demi 4 perenggan…ok, tinggal lagi 2 perenggan nak bebel…

 

 

Tetibe...

Aku ( Ben Ashaari ) masuk bilik dan tengok Zahra dah mula himpit mak dia ! Dan ..

Entri tertangguh lagi ! 

Ini sebabnya kenapa aku selalu update blog jam 2 pagi !!! Dan tidur , 3 pagi.. Bangun tidur , 6 pagi .. Dan kerap stress ! Hahahaha .. Dapat duit , ilang stress .. hehehee..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Nak amik kereta yang lebih lasak .. Tapi bila fikir fikir .. Hurmm

KM dah lebih 70 ribu ! Kebersihan ? Kalau masuk car wash .. ok la.. Hahahaa.. Tak masuk kalu , aku pon pening tengok kereta aku ni.. Tak la kotor tapi macam macam ada dalam kereta aku ni ! Hahahaha ..

Nak cari kereta yang lasak .. mpv gak .. tapi aircond dia , kat belakang pon ada.. Yang ni , depan jer.. Orang belakang selalu kepanasan .. Hurmm.. Sian.. Hehehe..

Bila nak tukar ? Er , lagi 5 tahun la kot.. Heee.. Baru je pakai 1 tahun lebih kereta.. Bunga pon tak abis bayar .. Lalalaaaa..

Kereta impian ? Dapa Alphard pon ok la.. Ok la ??? Hahahaha .. Mahai woo !

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Seminggu dah aku suruh dia buat entri , 4 perenggan ! Satu entri je pun.. Tak siap siapp ! Takde idea .. Tak tau nak tulis apa ! Tu la alasannya !

Tu la aku cakap.. Semua orang boleh jadii blogger tapi bukan semua orang mampu jadi blogger ! Kan ? Haa.. Apa tah lagi , penulisan kita itu , dibayar ! Bukan penulisan jer tapi gambar ! Haaa.. Semua bayar woooo..

Ni aku baru balik dari town.. Deal dua job.. Satu pasal ‘misteri nusantara’ dan satu lagi .. cam biasa , produk kecantikan ! Aku suka misteri nusantara tuuu .. Huhuhu..

Aku masih menanti entri dari wife .. Lalalala … Dia bakal jadi penulis jemputan di blog aku.. Sehari sekali ? Seminggu sekali ? Sebulan sekali ? Kena paksa sekali ?

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Dah 5 tahun hubungan kami dingin.

IMG_28276755126952

Biasalah masing-masing stress, dah letih mencuba, zuriat yang dinanti tidak kunjung tiba, suami sentuh pun saya "has no feeling"

Mood saya cepat sangat berubah.Pernah sekali saya bergaduh besar dengan suami sebab kucing jiran?

BETUL!! Apelah salah kucing tu,dia datang nak manja-manja je,tapi masa tu saya serabut sangat.

Satu taman boleh dengar suara saya kot. MALUU !!

Serabut, bila period selalu senggugut, kadang-kadang tak teratur pun, bila cek doktor, natijahnya doktor selalu cadangkan ambik ubat hormon, saya stress katanya, memang susah nak stabil dan teratur period

Doktor selalu nasihatkan untuk turunkan berat badan, saya pulak semakin stress semakin banyak nak makan.

Sampailah suatu hari saya terbaca tentang khasiat Jamu Seri Pengantin. Wow !! Macam best je, ramai yang dah hamil, period kembali teratur,senggugut pun kurang, melawaskan, keputihan pun boleh kurang,boleh turun berat badan sampai 11kg???

Ishh memang best la..memang berbaloi la, hubungan suami isteri pun dah pulih..cuba sekali jatuh cinta seumur hidup. Alhamdulilah sekarang saya dah hamil 6 minggu dengan bantuan JSP
# dengan izin Allah atas ikhtiar saya#

IMG_13345267425536
.
.
Jika dulu no felling dah, sekarang dah terbalik ayatnya " felling dah no " longat kedah, itu yang hari hari mencongkam.
.
.
Nak cuba???
Rugi tak cuba..dah banyak testimoni tau

Ada masalah dalaman wanita???..
Mesti tak selesa kan??
Keyakinan pun merudum..

IMG_13331923858641

Kami SEDIA bantu anda

===================

LIKE PAGE :
http://bit.ly/1G32bH0 &

PM KAMI:
http://on.fb.me/1G32aTx

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Bermula dari usia Qhaliff sebulan , takda sapa jangka aku mampu bertahan hingga Qhaliff mencecah 2 tahun .. hurm.. Berapa bulan eh ? Oh , 8 bulan.. dan adiknya , Zahra dah pon mencecah  7 bulan ! Aku sendiri pon tak sangka aku punya kekuatan gitu .. huhu ..

Ada orang kata , tugas mudah je pon !! Bukan susah .. Jaga jer laa.. Kan ? Aahhh.. Memang laaa tak susah ! Jaga je laaa , kan ? Tapi persoalannya .. boleh ke jaga sambil bekerja ? Seawal pagi dah bangun dan bersiap untuk uruskan kedua anak kecil ni.. Sementara tu , kepala dah mula berputar untuk mencari idea idea terkini bagi memastikan blog disinggahi pembaca setia dan juga pembaca baru yang nak berkenalan dengan BEN ASHAARI !

Hari ni .. aku dapat lihat perkembangan mereka dengan mata kepala aku sendiri ! Tak sangka.. Jauh dari sudut hati , aku berbangga walaupun adakalanya , stress woii !!! Maklumlah , dari hari Isnin sampai Jumaat , rutin sama .. terperok dalam rumah.. Tv , bukak cerita yang diorang nak tengok jer.. Bila diorang tidur , baru boleh nak tarik nafas tapi kena buat kerja gak.. seperti banner , iklan , advertorial , balas email.. macam macam ..

Tapi semua tu tidak menjadi masalah bila ..

Tengok anak sendiri yang mana dulu sebesar tapak tangan.. dah pandai makan sendiri.. Berebut handphone dengan bapak dia sendiri ! Suruh charge phone ! Grrr ..

Dan bergurau dengan adiknya yang mana dulu dia cemburu tapi sekarang , sayang sangat ! Adik dia buat la camana pun , dia tak marah.. Jauh sekali nak pukul.. Malah dia sendiri yang menangis bila adik dia sakat dia.. Hahahaha..

Dan sesekali , Qhaliff amik buku dan tunjuk kat Zahra..

“ A… Apokkkk.. “ .

“ Qhaliff.. A .. Apple laa.. “ .

Adehh.. Ada hati ajar adik dia .. Hahahaha.. Kalaulah aku bekerja di pejabat dan kedua mereka ni di rumah pengasuh , pastinya aku akan terlepas saat indah ini.. Dan tiba tiba , mereka dah dewasa .. menunggu masa untuk berkahwin ! Pastu akan tertanya , di mana kenangan indah aku bersama mereka sewaktu kecil dulu ??

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Waahh.. Ramai tertanya kenapa gambar yang aku amik sekarang ni lain macam punya cun ! Apakah kerana kamera yang digunakan atau sememangnya skill aku yang semakin .. umphhh ! Atau sekadar guna aplikasi kamera yang bersepah di Google Store ???

Nak tahu jawapannya ?

Amacam ? Tak la secun Mat Gebu punya tapi berbeza la dari sebelum sebelum ni walaupun pakai kamera mahal ! Aku dah tau rahsiaaanyaa ! Hehehehe .. Tak hensem pon leh tampak kacak rupawan bila guna aplikas ini .. Bukan 360 yer ..

Rahsianya ? Sila beli E-Book aku  .. Belum keluar lagi laaa !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Jimat , jimat !! Malas nak beli perfume mahal ! Mahal tapi macam murah je perfume sekarang ni ! Konon tahan lama.. tapi pakai jap jer , dah hilang bau ! Pelik pulak camana bau mamak roti canai boleh tahan lama walhal bergelumang dengan roti canai je pon !

Maka , aku gi Watson Alamanda tadi .. beli je Romano Metro Pulse setelah tergoda dengan adik ipar aku punya Roman.. Pakai skit je tapi bau tahan .. Tahan la gak dari tak pakai apa apa kan ..

Harga? Mampu beli laa.. Baru RM30 jer ! Sekarang ni banyak dah perfume di pasaran terbuka atau pasaran online.. Kena rajin cari jer.. Cuma hati hati je dengan yang tiruan yer.. Rosak baju nanti ! Huhuhu..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

BAGAIMANA untuk menjadi pemenang?

Untuk FACEBOOK USER :

Cara-caranya sangat mudah..

1. Like Page PATI BATOOK ORI.

2. Like dan Share pada gambar testimony Pengguna.

3. Gambar yang dikongsi mesti mempunyai Status yang menarik, dan mempunyai paling banyak Like & share akan dikira sebagai pemenang

4. Anda juga perlu menukar setting kepada PUBLIC.. PERADUAN SHARE n LIKE ini akan tamat pada 30 Disember 2014.

5. Komen ‘DONE’ pada Banner Contest di PAGE PATI BATOOK ORI.

Hadiah yang di tawarkan adalah seperti berikut: 

1. Pemenang Utama – RM100 + Pati Batook Ori

· PEMENANG bertuah yang terpilih akan di maklumkan di PAGE  PATI BATOOK ORI 

 

Untuk Rakan BLOGGER :

CARA-CARA nya sangat mudah..

1. Like Page PATI BATOOK ORI.

2. Like dan Share pada gambar testimoni Pengguna.

3. Buat entry yang menarik mengenai PATI BATOOK ORI.

4. Sertakan Link page ‘PATI BATOOK ORI’ di dalam entry tersebut.

5. Entry tersebut Mesti dikongsi dalam facebook blogger dan yang Paling banyak Like & share akan dikira dalam pertandingan tersebut..

6. Anda juga perlu menukar setting kepada PUBLIC.

7. PERADUAN SHARE n LIKE ini akan tamat pada 30 Disember 2014.

8. Komen ‘DONE’ pada Banner Contest di PAGE PATI BATOOK ORI

Hadiah yang di tawarkan adalah seperti berikut: 

1. Pemenang Utama – RM200 + Pati Batook Ori

  • PEMENANG bertuah yang terpilih akan di maklumkan di PAGE  PATI BATOOK ORI 

 

Syarat-Syarat :

1. Peserta mesti mengguna nama penuh ‘PATI BATOOK ORI’. Batook ori tidak diterima.

2. Tarikh Peraduan 12 Disember 2014 hingga 30 Disember 2014.

3. Keputusan akan diumumkan di Page ‘Pati Batook Ori’.

4. Keputusan adalah muktamad dan hadiah akan dikirimkan dalam masa 15 hari dari keputusan peraduan.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Penulis : MNH Sastera Melayu

Jangan pernah tidak percaya bahawa orang Melayu dan Bumiputra masih gagal menguasai ekonomi negara. Bangsa bangsa lain khususnya Cina sudah jauh meninggalkan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Mereka terus berjaya dan berjaya mencipta kekayaan buat diri dan bangsa mereka. Melayu? Hanya menjadi penonton pasif sahaja melihat kejayaan dan kekayaan mereka.

Sudah terang lagi bersuluh, sepuluh orang terkaya di Malaysia dimonopoli oleh bangsa Cina. Hanya Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menjadi wakil tunggal orang Melayu di tempat sepuluh teratas senarai tersebut. Soalan saya, di mana orang Melayu yang lain? Inilah perkara yang perlu dikaji dan diselidiki oleh semua pihak bagi mengatasi masalah ini.

Sebagai seorang penulis blog dan pemerhati bangsa, saya mula memerhati dan mengkaji mengapa orang Melayu sering gagal dalam bidang perniagaan. Tulisan yang anda baca ini adalah hasil pengalaman dan pengamatan saya sendiri. Baca dan cuba buat kritik diri agar kita sebagai orang Melayu dapat berjaya dalam bidang perniagaan selepas ini.

Antara sebab orang Melayu gagal dalam bidang perniagaan adalah :

1. Tidak cukup ilmu dan pengalaman

Kebanyakkan dari bangsa kita tidak cukup ilmu dan pengalaman untuk menceburi bidang perniagaan. Ingatlah, ilmu sangat penting untuk berjaya. Bagaimana untuk kita berjaya jika kita tidak punya ilmu? Sepatutnya orang Melayu perlu belajar dengan ahli ahli perniagaan yang berjaya dan menimba pengalaman dengan cara bekerja dengan mereka. Belajar bagaimana mengurus dan mentadbir sesuatu perniagaan. Rasai dahulu pahit manis dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Apabila sudah cukup ilmu dan pengalaman, barulah anda dapat membuka sebuah perniagaan dengan berjaya.

Semua tokoh tokoh usahawan terkenal tidak berjaya dalam sekelip mata. Mereka berusaha menimba ilmu dan pengalaman sebelum mereka membuka perniagaan mereka sendiri dan akhirnya mereka berjaya. Tidak percaya? Baca buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary. Baca dan cuba perhatikan bagaimana dia berniaga kecil kecilan dahulu sebelum berjaya membuka empayar perniagaan yang besar. Tanpa ilmu, sesiapa pun tidak akan berjaya.

2. Tidak cukup ibadah dengan Allah

Seorang ahli perniagaan umpama seorang pengambara di dalam dunia ini. Mereka perlu menyerahkan hidup mereka seratus peratus kepada Allah Taala untuk terus hidup dan bertahan. Bagaimana anda mahu berjaya jika anda tidak solat? Bagaimana anda mahu berjaya jika anda melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah? Ingatlah, untuk berjaya kita perlukan restu daripada Allah. Jangan sesekali jauh daripada Allah jika anda mahu berjaya. Banyakkan berdoa dan beribadat kepada Allah. Insya Allah… Allah pasti akan membantu kita untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Perbanyakkan menunaikan solat Dhuha, solat Taubat, solat Hajat, solat Tahajud dan zikir. Insha Allah…perniagaan anda pasti berjaya.

Apabila kita banyak beribadat, kita bukan sahaja akan dekat kepada Allah malah perniagaan kita juga akan terus berjaya dan berkembang. Allah itu Maha Melihat, Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang bertaqwa terkontang kanting seorang diri. Nasihat saya, dekat dekatkanlah diri dengan Allah selalu untuk menjadi usahawan yang berjaya.

3. Kurang bersedekah

Antara kunci rezeki adalah bersedekah. Banyakkan bersedekah dari segi wang ringgit dan ilmu. Sebagai contoh, ketika anda makan di sebuah warung, datang seorang peminta sedekah kepada anda, jangan sesekali halau peminta sedekah itu. Berilah sedikit wang kepada dirinya. Banyak atau sedikit bukan soalnya. Sama ada dia menipu atau tidak, itu belakang kira. Ingatlah, Allah sengaja gerakkan hati peminta sedekah itu kepada anda kerana Allah mahu memberikan anda pahala. Cuba bayangkan jika anda menghalau peminta sedekah itu, dapatkah anda pahala? Oleh itu banyak banyaklah bersedekah. Jika anda sudah berjaya, kongsikan ilmu kejayaan anda dengan orang lain. Itu juga satu sedekah. Anda tidak akan rugi sebaliknya akan terus kaya dan berjaya.

Sedekah yang paling baik adalah kepada kanak kanak dan orang miskin. Beri mereka duit jika anda terserempak dengan mereka. Jika anda jumpa peminta sedekah di tepi jalan, hulurkan sedikit wang. Ingatlah, Allah melihat apa yang kita lakukan. Sedekah bukan sahaja akan buat perniagaan kita berjaya, malah dapat menghindarkan kita dari penyakit dan mara bahaya. Nasihat saya, banyak banyaklah bersedekah…

4. Kedekut

Antara salah satu punca orang kita gagal dalam perniagaan adalah kerana mereka kedekut. Cuba kita singgah di restoran restoran yang dimiliki oleh orang Melayu. Harga nasi goreng kampung sahaja sudah mencecah RM5 namun setelah habis sepinggan ada di antara kita yang berasa tidak kenyang. Mengapa? Kerana peniaga memberi kita nasi sedikit sahaja. Hanya satu mangkuk kecil nasi. Sudahlah harga mahal, kemudian kita pula tidak berasa kenyang apabila makan di restoran itu. Ditambah pula makanan itu tidak sedap! Akibatnya, pelanggan tidak lagi datang ke restoran itu. Jangan sesekali kedekut dengan pelanggan kita. Ingat lagi dengan konsep sedekah? Mengapa orang Cina mudah berjaya dalam perniagaan? Kerana mereka tidak kedekut. Tidak percaya? Cuba masuk ke restoran Cina Muslim. Walaupun harga makanan mereka mahal, namun makanan mereka sedap dan mengenyangkan. Oleh sebab itu pelanggan sering datang ke restoran mereka.

5. Produk atau perkhidmatan tidak berkualiti

Sebagai penuntut dalam bidang Pengajian Perniagaan, aspek utama dalam perniagaan adalah kepuasan pelanggan. Bagaimana pelanggan mahu berpuas hati jika produk yang kita tawarkan tidak berkualiti? Contoh mudah apabila kita membeli nasi lemak. Mahukah kita makan nasi lemak yang tidak sedap dan kadang kala hampir basi? Sudah tentu tidak. Pelanggan juga tidak suka dengan layanan dan perkhidmatan yang lambat kerana itu membuang masa mereka. Oleh itu, sediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan jika anda mahu perniagaan anda berjaya dan kekal bertahan.

6. Malas

Firman Allah : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri. Jika kita malas berusaha, bagaimana kita mahu berjaya. Saya melihat antara sebab musabab orang Melayu gagal dalam perniagaan adalah kerana sikap malas! Sebagai contoh, hari ini kita buka kedai. Kemudian selama tiga hari kita tutup kedai. Kemudian kita buka lagi selama dua hari. Kemudian kita tutup selama seminggu kerana malas. Bagaimana kita mahu berniaga jika sikap kita begitu? Bagaimana kita mahu ada pelanggan yang setia jika kedai kita selalu buka tutup dan buka tutup? Sikap malas perlu dibuang dari diri kita jika kita ingin berjaya dalam perniagaan.

7. Sombong

Jangan sesekali kita sombong, selalu marah marah dan bersikap kurang ajar dengan pelanggan. Sebagai contoh, saya pernah masuk ke sebuah kedai runcit, sudahlah layanan pekedai itu tidak mesra, apabila saya tanya dia banyak soalan, dia marah saya pula dan dia menjawab dengan nada kasar. Akibatnya, saya tidak lagi singgah ke kedai itu dan akhirnya kedai itu pun sudah tidak wujud lagi di kawasan rumah saya. Jelas bukan bahawa sikap sombong akan menyebabkan perniagaan kita akan terjejas teruk? Oleh itu, sentiasalah bersikap baik dengan pelanggan. Beri layanan yang sama rata kepada mereka. Jangan pilih bulu ketika melayan pelanggan maksudnya kita hanya memberi layanan yang baik kepada pelanggan yang kaya, pelanggan yang kurang kaya kita buat acuh tidak acuh sahaja. Sikap semacam itu perlu dihapuskan dalam diri kita. Semua pelanggan adalah ‘raja’ di dalam kedai kita. Beri layanan yang baik kepada mereka dan Insha Allah…perniagaan anda pasti akan berjaya.

Kesimpulannya, inilah tujuh sebab sebab mengapa orang Melayu sering kali gagal dalam bidang perniagaan. Saya harap dengan penulisan ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua supaya melakukan anjakan paradigma dan meningkatkan motivasi untuk kita terus berjaya dalam bidang perniagaan.

Sebagai blogger yang cinta akan bangsanya, besarlah harapan saya untuk melihat anak anak Melayu terus berjaya dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Saya bukanlah pakar ekonomi cuma seorang blogger dan pengedar Shaklee yang mahu melihat anak bangsanya mengecapi kejayaan dan kemewahan di tanah airnya sendiri. Wassalam

 

Setiap artikal adalah pendapat atau pengalaman penulis sendiri. Takde kaitan dengan admin blog. Terima kasih. Jika anda berminat menjadi Penulis Jemputan , bolehlah emailkan artikal anda di benashaari@yahoo.com

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ini jadinya kalau masuk politk !

Hilang terus kekacakan ! Terus muka dah macam tua 10 tahun dari usia sebenarnya ! Jadi untuk elakkan kes begini berlaku pada korang , aku syorkan korang … blogging ! Blogging dengan ikhlas dan kesannya memang mengejutkan !

Serius ! Aku sendiri tak percaya akan kesan sampingannya ! Aku ingatkan rakan rakan otai memain ! Patutlah diorang mampu berblogging sampai ke hujung hayat .. Hurmm…

Dah makin nampak perubahan kan ? Mata .. telinga .. misai.. janggut pon sama beruban. Cuma tang rambut tu , aku hold jap.. Masuk awal tahun aku simpan panjang la .. Kacak terlalu awal pun bahaya gak.. Godaan anak dara wooooi ! Tak tahannn …

Kensel bersara !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Aku tak sangka wife masak kali ni sedap banget !! Peliknya , dia masak cepat jerr dari sebelum sebelum ni ! Maksud aku , walaupun ada gangguan dari si kecil , dia dapat masak mee kari ni dengan pantas sekali !

Rupanya dia gunakan pes Kari Kepala Ikan dari Tok Mommy’s Kitchen !! Adoiyai.. Ini bermakna aku kena order lagi la pes pes yang ada dijual kat fan page dia ! Jangan risau , penghantaran pantas punya !

Aku tambah 3 kali ! Aku pelik nape sedap sangat ari ni.. Dia marah aku wooo.. Selama ni masak tak sedap ke ?? Aku jawab sedap la… Cuma kali ni sedap dia lain skit .. hahahaha … Qhaliff pon makan bertambah !

Pandai jugak dia ‘derhakakan’ menu.. Rupanya dia awal awal lagi dah dapat idea dari Mat Gebu.. Dan kebetulan Mat Gebu jugak derhakan resepi dari pes Tok Mommy’s Kitchen ! Dia buat laksa asam dari pes Asam Pedas ! Perghh.. berapi tuuu ..

rsz_tok_mommy_laksa_asam

Amacam ? Terliur ? Hehehehe .. Senang je nak buat… Kasi beli itu pes jer.. Pastu pandai pandai ler …

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Aku rasa la kan ..Nanti Zahra dah boleh berjalan dengan sempurna , pasti aku akan jadi Tarzan Rimba di rumah ! Sekarang ni pon dah mula nampak .. Zahra semakin gemar nak sakat abang dia ! Teruja sungguh dia bila nampak abang dia berdekatan !

Muka nampak serius .. Tapi ?? Hahahaha .. Adehyaii… Ini budak kan.. Kalau jaga dari tidur , lebih sukar nak kawal dia berbanding abang dia !

Akal panjang.. Payah nak baca pemikiran .. Kalau letak atas tilam.. kena perati pergerakkan dia.. Kalau dibiarkan , tau tau dah berada di zon bahaya ! Destinasi ? Ada la tu dia nak amik ! Dia dah nampak awal awal lagi pastu bila letak atas tilam .. pantas gi cari ! Hurmm..

Kalau aku keluar rumah tanpa bawak dia ? Hurmm.. Dia usha jer.. Balik kang , kita main ngan dia .. dia keras je.. Kering hati benar anak dara sorang ni.. Huhuh..

Dijangka 2015 adalah tahun mencabar bagi aku bila dua dua ni dah sah saling berebut barang permainan ..di samping dengan masalah ekonomi negara.. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Post gambar di Whatsapp .. Dah setting tamo auto download tapi jari jemari ni gatal nak klik download sebab tertanya tanya , gambar apa tu ??? Kalau tak best , takkan kawan kita beria uploadkan di Whatsapp kan ?

Tengok imej , samar samar . Aiseyman.. Macam best jer.. Macam best jer .. Nak download ke tak eh ? Kuota 1GB je ni.. Dah dapat mesej 70% guna ! Entah entah dah abis pon.. Kalau dah abis , 10kb persamaan 10 sen .. kalau 68KB ?? Dah 68 sen ! Ni baru gambar.. kena lak kawan upload video ??? Perghhh.. Beratus ratus KB .. dah tentunya kredit banyak abis ! Pulangan dari intenet , takde ! Dok perabih duit gitu jer ! Hurmmm..

Bila dah download.. Sekali gambar makan ! Eh , ko nak belanja aku makan ke ?? Jawapannya ? Tak la.. Aku nak bagitau apa aku makan tadi !

Perghhh.. Berasap tak ? Yeargh.. Inilah realiti yang perlu dihadapi sekarang .. Nak marah , tak boleh.. kawan kawan tersayang ! Nak tak nak , redha je la.. Kan ? Senyum.. Tanpa mereka , tak berseri handphone mahal kita ! Huhuhuh..

Alang alang dah tengok gambar makanan.. Tanya la beli mana .. berapa harga ? Kan ? Kang bagus buat bisnies dari Whatsapp.. Hahahaha .. Promosi produk melalui Whatsapp.. Internet mahal skang bang ! Rasanya dah ada kan ?

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Berpeluh jap ketiak ! Aku pelik la camana orang leh guna 1GB sampai sebulan lamanya malah ada sampai berbulan bulan ! Dia on off data ke setiap 5 minit ? Bukak data untuk check whatsapp je ? Hahaha… Pastu balik rumah guna Unifi.. hehehe.. Cam kenal jer.. cam kenal jer.. Sapa ehhh ??

Selepas sehari guna Maxis Broadband , aku dapati coverage di kawasan aku ini tidaklah memberansangkan seperti Celcom yang dah meliputi 4G ! Laju sambil membawa lari duit aku ! Itulah harga yang perlu aku bayar.. Nak jimat boleh.. Gunalah Maxis !

Aku harapkan selepas jam 2 pagi , aku mampu download 2-3 movie berdasarkan bekalan 15GB yang diperuntukan khas disebelah pagi pagi buta tu tapi sayangnya bila masuk time gitu , signal jadi cam siput sedut ! Jadi 3G !!! Apa jadah aku nak buat dengan 3G ?? Aku bukan kat ceruk hulu kampung woiii !!

Nampak gayanya .. aku tetap perlukan Unifi gak .. Tunggu Unifi masuk , Maxis ni nampaknya aku pulangkan semula kepada tuannya ! Hampeh juga rupanya ..

Inilah kos yang perlu aku bayar sekiranya nak bekerja sendiri ! Sendiri bos sendiri kuli.. Bisnes ala ala jer .. tapi tu pon nak kenakan GST ! Serba serbi cukai… bangunkan negara la sangat.. Dah bangun pon kena bayar jugak.. Bukannya freee.. Contoh ? Dalam KL berapa banyak tol ada ???

Melalut dah pagi pagi.. H

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

Kalau di Alamanda , tercari tempat makan yang .. hurm… mampu bayar la.. Nak kata murah tu , tak la jugak kan ? Nak kata mahal tu , menipu benar lak.. Mampu la bayar bagi mereka yang berduit tu.. Yang takde duit tu , lain kes yer ..

Banyak pilihan makanan yang menarik tapi kalau nak enjoy makan , jangan gi ari cuti atau hujung minggu.. ramai orang dan nak makan pon tak seronok sangat .. Kena makan laju laju.. Hahaha.. Lain la kita hati kering ..

“ Suka hati aku laaaa .. sapa cepat dia dapat ! Gi cari meja lain ! Toksah tengok tengok aku aihhh.. “.

Tapi aku bukan jenis gitu.. huhu… 

Oh ya, aku syorkan try makan di Penang kalau makan di Rasa , Alamanda.. hehehe .. Sedap gak mee goreng dia ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Gi Maxis Centre Alamanda… Langgan pakej 20GB sebulan , RM88 ! Masalah pembahagian kuota bukanlah masalah yang besar sekarang tapi aku nampak dah kelebihan pembahagian kuota ni iaitu , Qhaliff tak leh sewenang wenangnya abiskan kuota internet dan aku boleh bangun lewat malam untuk buat kerja dengan baki kuota sebanyak 15GB tu.. Abiskan baki tu dengan download movie di hujung hujung bulan.. Hehehe..

Nak letak kat mana sim broadband tu ? Perlukah beli Mifi 4G ??? Tak perlu sama sekali ! Gunakan saja smartphone yang ada .. Cam aku , letak saja di BenQ F5 yang berharga RM699 tu pastu , hotspotkan saja ! Selesai masalah . Kalau tak , kena ikat kontrak kalau nak amik Mifi yang ditawarkan oleh Maxis.

 

Selesai pendaftaran akaun .. bayar RM100 untuk pendaftaran pastu tunggu sekurangnya setengah jam untuk pengaktifan internet ! Hehehe.. Tak lama ponn..

Settle ! Kat rumah , aku leh guna dua dua line.. Harapnya , dengan cara begini , masalah internet aku selesai ! Yang penting , aku leh usung ke mana mana saja broadband aku ni dan kalau abis kuota , speed akan downgrade ke 128kbps.. Slow tapi lepas la nak update blog dan layan Whatsapp.. heheee.. Dari kena potong kredit kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

" RM0 U've used 70% of ur 1.00GB Internet.Subscribe 2 an Internet plan/buy xtra Internet 2 continue surfing.OR surf at only 50sen/20MB when u reach 100% ".

Tiap kali masuk mesej gini , aku mampu pandang je la ! Apakah aku perlu on off data sedangkan aku ini memerlukan internet 24 jam disebabkan rezeki aku masuk dari situ ??

Maksud rezeki aku masuk dari sini ialah , email serta whatsapp job yang akan masuk tanpa kira masa ! Bagi aku , menjawab pertanyaan atau memberikan respon dengan menunjukkan betapa kita serius dalam bekerja ! Sebab tu aku perlukan intenet 24 jam !

Dah banyak kali bising di Facebook mengenai isu ini ! Harapkan ada la jugak pihak sampaikan keluhan pengguna Celcom seperti aku ini kepada majikan mereka.. Aku percaya , ada pegawai atau staff Celcom dalam senarai rakan rakan aku ni atau mereka akan tagged kawan kawan mereka yang bekerja dengan syarikat tu..

Ada kawan pernah bagitau aku.. Dia pernah maklumkan pada orang atasannya mengenai isu ini tetapi jawapan yang dia dapat dari orang atasannya , mengecewakan ! Betapa riak dan angkuhnya jawapan ! Semoga Allah berikan petunjuk pada mereka !

Aku tak mintak mereka beri percuma tetapi sekurangnya , bertindak dengan lebih adil dan bijak ! Tidaklah ada pengguna mengeluh . Sebelum ni Celcom buat tetapi selepas upgrade sistem , mereka dah jadi seperti ‘pontianak’ ! Sedut duit pengguna tanpa belas ikhsan ! Walaupun kononnya mereka beri ‘amaran’ terlebih dahulu tetapi sebenarnya mereka tahu , pengguna tidak ada pilihan !

Apakah dengan memberi amaran melalui sms itu dah mencukupi ? Ok , aku dapat amaran lalu aku terus topup tetapi respon yang aku terima adalah mengecewakan ! Dalam proses, katanya ! Selepas abis kuota.. kemudian tolak RM3 seterusnya RM10 baru topup lulus !! Huhhhhhhhhh !!! Apa ni ????

Apakah aku seorang je begini ? Tidak ! Ramai laaagi !! Bila aku up status menyatakan kebencian aku pada Celcom , ramai turut meluahkan rasa tidak puashati mereka !!

Apakah Telco lain tidak begini ???? Hasil dari beberapa kali up status , ramai dah jadi mangsa pada Telco lain ! Apakah jalan penyelesaian yang aku ada ?? Unifi ? Sila rujuk entri sebelum ini !

Bosan tapi aku tiada pilihan .. begitu jugak dengan rakan rakan yang lain ! Bosan tapi tiada pilihan !!!!!! Sebab ? Kita tidak sepakat ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sebenarnya , aku dapat pelawaan untuk satu pekerjaan ni… gaji pastinya menarik tapi aku tak de la nak tanya lebih lanjut.. Aku boleh demand disebabkan ‘status’ aku ni tapi .. aku terpaksa tolak !

Ada beberapa faktor yang membuatkan aku menolaknya.. Pertama .. Kedua orang anak aku ni !

Kedua , ialah kebebasan yang telah aku kecapi ! Ramai nak kecapi kebebasan seperti aku tetapi belum berkeupayaan !

Kenapa perlu aku kembali ikatkan kaki dan tangan aku walaupun diberi gaji menarik sedangkan pendapatan aku selama ini dari blogging , dah mencukupi untuk aku dan keluarga aku ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Ditulis oleh: Kucing Albino

Memilih beliau dikala usia ku 23 tahun atas sebab, ya Allah baiknya insan ini, dilahirkan dalam Islam tetapi masih pergi belajar agama pada waktu malam. Selepas berumahtangga, runtunnya jiwa bila mendapati beliau jarang solat. Disaat memerlukan bimbingan dan pimpinan (kerana ku adalah seorg revert  pd usia 20 thn) ku hanya mampu berdoa. Jiwaku kacau. Kacau dodol pun tak sekacau ini. Gagah mengukuhkan tiang agama dan menahan tiang rumahtangga yang kian rebah. 2 kali keguguran. 6 tahun 6 bulan 6 minggu. Memang nam jahanam. Hancus. Sedih bagaikan dugung dipaksa buat sit up, kerana mahligai impian game over. Ku jadi pendiam. Ku dipulaukan atas gelaran janda. Hidup ku lalui dengan suram dan jodohku datang lagi.


Memilih beliau dikala usia ku 33 tahun atas sebab, ya Allah baiknya insan ini, sama2 mualaf mcm diriku. Sama2 belajar mengukuhkan dan menambahkan ilmu Islam. Dia cahaya, dialah lampu neon. Menerangi jalan sama2 menuju ke jannah. Selepas sebulan berumahtangga, diluar beliau ALIM, dirumah ZALIM. Adoiyai. 2 bulan usia kandungan dlm perut, bunga2 belang beliau udah kelihatan. Usia kandungan 7 bulan, fly kick singgah ke perutku. Ketika dalam pantang, tumbukan Bruce Lee singgah dihidung penyekku. Ketika anak berusia 2 bulan, tangan kiri yg memakai jam tangan pemberianku di hari lahir beliau singgah bertalu2. Kat mana? Cer teka cer teka. Hidung penyek ni gak yang jadi pilihan. Menitis2 darah atas baju anak yg sedang ku pangku. Ku selesaikan segalanya di mahkamah. Titik. Gelaran janda disandang lagi tambah dengan ibu tunggal. Naik pangkatlah. Peratusan untuk meneruskan perjuangan hidup semakin menurun. Bertalu2 dugaan menerpa. Sehinggalah detik selepas raya
aidilfitri tahun 2010.


Suatu petang Sabtu anggaran 5.15 petang, dikejutkan satu panggilan telefon ketika sedang tidur siang bersama anak di rumah.
"Assalamu'alaikum, boleh saya berkenalan" diselangi dengan batuk. Alamak bisik hatiku...orang tua gatal mana lak yang telefon ni?
Ustaz yang pernah saya belajar dulu pernah berkata, apa2 bermula dengan niat. Niat saya ialah mencari seorang ayah untuk anak saya (ayah kandung tidak ambik pot langsung tentang anaknya malah sanggup buang Bin anaknya semata2 untuk tidak perlu membayar nafkah anak).


Alhamdulillah 28 Jan 2015, usia perkahwinan kami memasuki usia 4 tahun. Beliau tidak tahu sms, whatsapp bagai. Beliau bukan muda belia. Beliau menerima seadanya saya dan anak. Dikala beliau boleh bergoyang kaki menikmati kehidupan tanpa sebarang tanggungjawab, beliau memilih untuk  bersama kami dalam apa pun situasi.


Alhamdulillah kini nampak semua yang berlaku ada hikmahnya. Saat yang sukar telah berlalu. Payah melalui saat yang manis dengan pasangan yang pahit. Akan tetapi mampu mengharungi segala situasi yang pahit bersama pasangan yang manis. Kami hanya pasangan biasa melalui saki baki hidup didunia ini. Doa kami agar anak tunggal ini membesar menjadi anak yg soleh.


Setiap yang bernikah inginkan kebahagiaan sehingga ke jannah dengan sekali ikatan perkahwinan sahaja. Allah sebaik2 perancang. Saya redha, saya terima. Alhamdulillah meniti dibibir setiap kali memandang wajah beliau yang kian dimamah usia. Beza umur kami 21 tahun....doakan kami bahagia sehingga ke jannah ya

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Aku tak tengok perlawanan semalam.. Sebab ? Malas aih… Kalau Malaysia di pentas Piala Asia , ok la gak layan.. Atau Piala Dunia.. Ni tak abis abis dok Piala tuuuu jer ..Kalau yang main tu pemain pelapis yang bakal bertarung untuk mendapatkan pengalaman bagi mengharungi kejohanan yang lebih besar , ok la gak..

Tolong jangan kata aku tak bersemangat patriotik aih ! Aku tak larat dah nak sokong team yang dok kat level tu jer ! Macam aku kata la.. kalau menang pon piala ni , apakah team ni yang akan bertarung untuk kejohanan besar tahun depan ? Majoriti dalam ni , dah boleh bersara dah tahun depan.. Dah kita kena mula dari bawah balik.. cari player yang bagus bagus walhal bersepah pelapis yang bagus bagus tapi kita suka .. peram ! Alasannya tak de pengalaman atau tak cukup bagus ! Adoiyai… Sampai kiamat tak abis gini ..

Ok ok.. aku malas nak bebel.. Aku sayangkan negara aku ni dan nak tengok apa jua yang melibatkan MALAYSIA , berjaya ! Tapi aku tak nak diperbodohkan .. cukuplah masa kecik kecik dulu .. Skang dah berakal .. tu pun sejak beruban.. Kalau tak , masih tak sedar diri lagi !

Perlawanan semalam.. Apakah benar team kita bagus atau ?? Apa kata lawan kita ?

Presiden VFF ( Persatuan Bola Sepak Vietnam) syak ada sesuatu yang berlaku.

Hurm… Ini antara punca aku ‘bersara’ dari arena menyokong bolasepak tempatan dan dunia ! Seperti kata aku pada entri yang lepas .. BOLASEPAK ADALAH PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN !

Sekali lagi aku bagitau.. Aku bukan tak sokong pasukan negara yer .. Aku antara mereka yang menyokong apa jua sukan yang melibatkan MALAYSIA tapi aku taknak kena ‘main’ ! Letih wehhhh … letih ! Bikin frust jer layan menda yang dah .. hurm.. korang pikir la sendiri ! Ada mata , pandang.. ada otak , pikir ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Berseri muka aku semalam bila wife kata orang orang Unifi nak datang pagi ni . Aku harap segala masalah internet aku selesai ! Dan Qhaliff boleh bermaharajalela dengan BenQ F5 dia tu.

Temujanji yang dibuat oleh pihak Unifi dikatakan pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Lega dengar.. Awal pagi lagi bangun. Tak sabar nak tengok smart tv aku ni berfungsi sepenuhnya !!! Rugi la dapat guna 10% jer .. kan ?

Jam dah menunjukkan . kul 11.30 pagi tapi bau orang orang Unifi lom tiba. Kul 1 petang ! Huhhh.. Gi solat Jumaat dulu.. Tertanya gak aku , kalau diorang datang lambat .. apakah tindakan yang boleh pemohon buat ? Kita dah tunggu sepanjang hari.. Tapi jangankan datang , tiada call pon dari mereka !

Lepas solat Jumaat.. Sampai je depan rumah , aku ternampak satu van putih datang menghampiri ! Apakah ini van putih yang dikatakan selalu culik anak anak kecik ? Oh no ! Apakah mereka nak culik aku ????

Aku pandang tepat mereka ! Sedia dah aku nak buka langkah persilatan yang pernah aku pelajari bersama ayah aku dulu , sewaktu menonton WWE bersama sama.. Buah Hulk Hogan tu ganas ! Recall buah penamat dia ! Ahaa..

“ Assalamualaikum.. Kami dari Unifi .. “.

Ahaaaa.. Memang la dari UNIFI.. Dah pakai baju Unifi.. Lom pernah lagi ada agen CIA atau FBI mengaku mereka dari Unifi.. Huhuhuh.. kan ?

“ Wsalam.. Jemput la masuk .. “. Senyum terukir walaupun dihati tercalar dek kelewatan ..

Penerangan mereka beri.. Pong pang pong pang .. Aku iyakan jer la.. Setuju jer dengan cadangan mereka.. Tapi kena pastikan kita faham yer dengan apa yang mereka cakap ! Haaa..

Bukak pintu belakang .. mereka pun start buat kerja. Aku duduk di ruang tamu sambil membebel di Whatsapp dan Facebook.. Dan tak lama kemudian ..

"Bang , ada masalah .. Dalam sistem port utk alamat no 41 tp yg kt sini 47.. Lain alamat dan port ni pon penuh  ! Kami tak boleh nak buat lg.. Kena report ke HQ pastu buat appointment lain.. ". Salah seorang juruteknik kontraktor tu bagitau aku.

Apa lagi aku nak kata ??? Tapi menariknya , diorang kata diorang tunggu dari kul 12.30 untuk pemasangan ! Call tak jawab.. Eh , eh ?? Nape lak 12.30 ?

Katanya dlm email yang dia dapat , pemasangan dr jam 130 hingga jam 7 petang ! Sebaliknya yang aku dan wife diberitahu adalah 9.30 hingga 12.30 tengahari ! Hahahaha ..

Nak tak nak , aku kena tunggu Unifi buat temujanji sekali lagi ! Hahahahha … 2 minggu lagi .. Perghhh ..Sehari aku perlu reload RM30 untuk 2GB internet ! Lagi 14 hari ????

Aku rasa baik aku beli saham Unifi dari melabur kat Celcom yang semakin sampahhhhhh !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Sayangnya .. ada jugak tak paham paham !!

Masih ada jugak yang merokok di tempat makan ! Kalau tak letak banner ni sekali pon , akal letak mana ??? Takkan la tak reti nak pikir kot ? Pikir tekak sendiri ??

Satu lagi.. Kalau nampak laa kawan kawan bawak anak kecil mai  borak borak sebentar , apa kata mereka yang sedang merokok tu , padamkan rokok tu sekejap.. Kang kalau kawan tu patah balik , tak jadi mai sembang.. awak terasa lak kan ? Maka , cuba berfikiran matang skit .. Padamkan kejap ! Ke kalau padam , nyawa terputus terus ?

Belajar tinggi dah .. tapi bab rokok , failed !!

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

“ Oh , tidak !! Abiss laaa !! Arghhhh.. Camana nak landing ni ???  “.

Dan tiba-tiba ..

Ultraman telah menyelamatkan keadaan ! Nasib baik.. Maka , Qhaliff sambung bermain dengan Ultraman manakala AirBus 380 , dapat cuti rehat ! Legaaa…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Qhaliff bersungguh nak tolak stroller Zahra ! Pandai pulak dia elak dari langgar tiang atau orang .. hahahaha .. Tapi paling best ialah part Zahra sakat abang dia ! ADeh.. Ketawa besar tengok gelagat diorang !

Tengok gaya dia camana ! Qhaliff berenti dan betulkan kaki dia..Dua dua kaki dia betulkan.. Bila dia tolak balik , Zahra buat semula begitu ! Pastu Qhaliff berenti dan betulkan.. Dia buat semula ! Hahahaha.. Giler nakal tu Zahra ni ! Adehhh ..

Bukti ? Ada video dia.. Nanti aku upload di Facebook aku ehhhh !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Sepatutnya malam ni , aku sekeluarga tidur di Thistle Hotel , Johor Bahru.. Er , betul ke eja tu ? Sat google .. Ok , betul ! Heheheh .. Tapi aku batalkan saat akhir atas beberapa faktor tapi yang pasti bukan faktor kekalahan Vietnam yer .. hehehe ..

Namun , projek utama aku .. diteruskan juga ! Dan antara yang gembira dan tak sabar nak pergi ialah .. Pakai smart smart dan sarung je mana sempat ! Kasut mak dia !

Dalam kereta ? Perghh.. nak gak bergaya ! Dah pandai dahhhh ! Baju dan seluar pun dia dah pandai pilih sendiri .. mana nak pakai !

Tapi nampaknya , dia sudah lebih dari ‘boss ‘ ! Grrrr …

Destinasi ???  Umah Mat Gebu ! Lama dah plan nak gi sana .. sejak balik dari Paris aritu .. Paris kauuu ! Hahahaha .. Nak kasi souvenir kat dia sendiri .. Heee..

Dan seperti biasa , jamuan khas untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah, 3 kali aku bertambah..Hehehe.. Sedap woooo ! Nak tambah lagi tapi segan .. heee.. Bawak bawak mengucap Ben oiiii !

Dan hadiah untuk aku.. Huhuh.. Terharu aiii , okeh !

Seharian perjalanan.. Penat sangat ! Esok inshaAllah .. Unifi mai pasang umah aku ! Lega rasanya.. Tak larat nak topup internet , sehari RM30 !! Mati gueee !!

Dan Zahra pun dapat hadiah gak.. Hehe.. Terima kasih Mat …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes