Telefon pintar mampu milik dari BenQ !

Lama dah aku ternanti nanti telefon pintar mampu milik seperti yang dikeluarkan oleh BENQ ni.. Kenapa aku ternanti lak ? Jawapannya mudah jer.. Yang mahal ni , kita takut nak lasak dengannya.. Apatah lagi aku ni ada anak lelaki yang sedang melasak ! Asyik mintak telefon untuk layan Youtube atau main game education. Mata asyik menjeling jer .. kot kot terjatuh ke .. kan ?

Dengan adanya telefon pintar macam ni , segala masalah aku selesai ! Bukannya berkualiti rendah pon ! Setanding dengan telefon pintar yang mahal yer malah ada kelebihan tersendiri !

Paling utama ialah , dilengkapi dengan Cip 4G LTE berkelajuan tinggi (Cat4) yang mana pengguna boleh menikmati muat turun berkelajuan tinggi sehingga 150Mbps dan lindungan dari pancaran cahaya biru yang mana penting untuk mengelakkan mata si Qhaliff dan juga aku dari rosak kerana terlalu lama memandang skrin telefon !

Telefon pintar yang menggunakan Android 4.4 Kitkat dari BenQ ni ada dua jenis.. F5 yang berharga RM699 dan T3 , berharga RM499 . Antara perbezaan kedua ini ialah kamera mod Ultra Sensitiviti 4x dengan kamera belakang 13 ( F5 )  dan 8 megapiksel (T3 ) dan size serta paparan skrin. Untuk melihat lebih lanjut spesifikasi kedua telefon pintar ini , boleh rujuk di http://smartphone.benq.com.my/ .

Bagi aku , telefon pintar ini sesuai digunakan pada mereka yang masih belajar dan juga mereka yang tidak beberapa berkemampuan nak memiliki telefon pintar. Walaupun murah tetapi hampir sama ‘power’ dengan yang mahal ! Takde la nak pening kepala kalau hilang pon kan ? Beli je yang baru .. hehehe .. Mampu dimiliki oleh sesiapa pun !

Menarik , kan ? Ok.. sebelum korang beransur , apa kata join dulu pertandingan paling mudah tapi menarik ni ! Pertandingan gambar kreatif ! Untung untung boleh menang BenQ F5 atau T3 ni ! Tak susah pon… Nak tau camana nak join ? Jom baca syarat pertandingan di https://www.facebook.com/BenQMalaysia ni..

 

Semoga berjaya ! Jangan lupa bagitau kawan kawan .. 

7 ulasan:

  1. minat pulak tgk telefon ni...tp bru je bli lenovo tu pun dh mcm2 mslh... huhu

    BalasPadam
  2. Insyaallah nak join jugak nnt ..hehe

    BalasPadam
  3. harga 699 dan 499 tu kalau hilang beli baru?duit petik jari dan goyang kaki bolehlah....

    apapun,cantik phone tu.tergoda juga rasanya.

    BalasPadam
  4. @zaza zehra
    Zaza zehra, lenovo x ok ke? Bru cdg nk beli?
    Benq mcm menrik je ble abg ben cite

    BalasPadam
  5. Serius sy terminat kat hp ni. Harga pun sesuai utk student macam sy. Wuaa...rasa nak tukar hp je. Hp yg sekarang guna asyik hang, whatsapps aktif,bateri cepat habis. Terima kasih abg ben share info ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009