Kawan , katakan TIDAK jika Tidak !

by - Selasa, Ogos 31, 2010

Kawan , rakan atau sahabat .. Dulu dan sekarang , berbeza .. jgn ingat segalanya sama .. Rakan di zaman sekolah , bekas rakan sepejabat mahupun rakan kerja sekarang ... Berbeza beza perangai .. takkan sama dulu dan sekarang ..

Adakalanya kita fikir rakan kita adalah rakan sehidup semati .. sanggup bersusah senang .. Ya , mungkin sekarang .. tapi akan datang belum tentu .. Malah kita sendiri pon belum tentu akan bersusah senang dengan mereka ..

Katakan anda jumpa rakan lama anda yang dah bertahun tak jumpa .. rakan baik ni tapi dulu la.. anda minta bantuan mudah berdasarkan profesion dia .. jawapan diberi , OK OK ..nanti aku tolong .. tapi , berapa ramaikah akan 'kembali' mencari anda dan seterusnya memberi bantuan yang anda minta ? Sikit jeee... lebih lebih lagi bila masing masing dah dewasa ... dah bekerja .. segala bantuan perlulah dibalas semula.. Tiada yang percuma yer .. Kawan atau tidak , tu belakang cerita .. janji , sila hulur dulu ...

Kecewa bukan ? Jgn kecewa ... itulah lumrah kehidpan dunia sekarang ... kawan dan wang ringgit adalah seiring .. masa sekolah , mungkin .. sebab mak bapak yang bagi duit ... Bila dah dewasa , duit kena carik sendiri ..

Ya .. aku tau , duit bukan segalanya .. tapi segalanya adalah duit ... Bukan semua sahabat nakkan duit tapi jumlahnya , terlalu sedikit ... Bagi aku , kejujuran tu perlu ada .. Katakan terus TIDAK jika tidak mampu membantu ! Jangan katakan YA tapi biarkan kawan kita itu tertunggu tunggu .. Apa punya jenis manusia gini ?? Susah sangatkah nak berterus terang ?? Biar sakit hati sekarang dari kemudian hari ..

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DICOP KAKI TEMBERANG ! BUKTIKAN KATA KATA ANDA !

You May Also Like

2 comments

  1. Salam,
    Yup...sokong jutaan peratus. Kawan hanya ada masa kita diperlukan sahaja dengan ayat "Terima kasih tolong aku, nanti ko susah aku tolong lak..." bila kita betul2 perlukan pertolongan itu, HARAMMMM nak tolong. Berdesup ilang ntah pi mana. Ayat qur'an pi mana, hadis ilang mana...bayangpun tarakkkk

    BalasPadam