Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 16 Februari 2012

Jangan kau coba coba kritik blog mereka ! #3

 

Senarai terakhir … Ahaa …

Tapi dah mereka kasi kebenaran , apa kata g je la kritik mana yang termampu dan pada masa yang sama , buat kawan baru .. kan kan ?

Jom…

Terima kasih kerana sudi sertai segmen ini ..

Berani kritik blog diorang eh ? #2

 

Lagi 50 buah blog .. Tadi dah 50 buah .. kalau dah g kritik semua , tak pasal pasal dapat 50 kawan baru .. kalau tukar link lagi , sahih 50 referral .. haaa.. kena bijak berkomunikasi untuk sama sama up dalam dunia blog ni.. Takkan boleh hidup sorang sorang punya ..

Jadi , untuk lagi 50 ni .. sila butakan mata dalam sejam gitu .. heehhe .. kritik dengan ikhlas yer kawan .. Terima kasih ..

Aku cuma mampu tolong tang ni jer .. Nak tolong lebih , aku tak mampu lagi .. Dan jangan harap trafik ini berterusan. Segalanya terpulang pada korang selepas ini . Yang penting , jangan ego dan sombong . Dunia blog ni kecik jer .. P mai p mai tang tu gak .. Ok ?

 

    1.  

Baki , jam 11 nanti eh … Tungguuuuu …

Berani ke nak kritik blog diorang ?

 

Waahh … Berani ke ? Hehe .. Jangan risau .. diorang dh bagi line tuu.. Sila laaa kritik blog mereka tapi dengan syarat !! Ada syaratnyaa … hehehe .. Apakah syaratnya ? G dapatkan syaratnya di blog mereka ..

Dan kalau bijak gunakan peluang ini , insyaAllah korang leh maju selangkah lagi dalam cara nak up blog korang yakni ajak tukar link blog sekali .. hehehe ..

Psst.. jangan lupa boh sekali link blog aku eh .. hehehe .. Tqqqq .. selamat berjalan jalan dan kritik .. Blog aku tak yah la.. Aku tau buruk blog aku .. huhu ..

 

Baki lepas kul 10 nanti eh .. Nak g review movie Ghost Rider lak .. hehe .. Selamat berkenalan ..

Blog Pilihan : From Peru with Love

 

image

1. Muslim

2. Married

3. Mother of one

4. From Malaysia but living in Peru

5. On a very long leave

6. Wears jeans when not working

7. I eat when I am bored

8. Mad of flower

9. Easily attracted by pink colour

10. Cooking is like a therapy & make me feel sexy... Ouuch!

 

http://my-mindofmine.blogspot.com/

Bloggers sekalian alam . Ini peluang sekali seumur hidup !

 

Kementerian Belia Dan Sukan akan menganjurkan Program Bicara Minda Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad khas buat para belia. Program ini terbuka kepada semua belia berumur 18-40 tahun.

 

image

Waahh .. Had umur 40 tahun ! Aku ada lagi 4 tahun lagi untuk bergelar belia .. Pastu tak leh dah ! Kena join geng pakcik pakcik ! Gagaga ..

Berbalik pada program ni , Tun Mahahir akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua terutama dalam bidang kepimpinan..

Pergh.. Free okeh ! Bagi yang berminat , sila klik SINI .. Aku join weh !

Segmen : Kau berani kritik blog aku tak ???

 

Buat mereka yang berpegang pada prinsip BLOG AKU , AKU PUNYA PASAL LAAA , susah sikit kot nak join segmen ni . Kenapa ? Jom baca lagi ..

Segmen ni adalah segmen kritik blog korang secara terbuka tapi bersyarat ! Syaratnya , mereka yang boleh kritik ni mestilah join segmen ni . Ini bermakna , korang pon boleh g kritik blog dia kembali ! Haaa .. Ok la kan ? Adil ..

Kritik di sini  bermakna , mencari kekurangan dan kelemahan yang ada di blognya lalu menegur dengan cara berhemah dan memberi pendapat pada masa yang sama . Ok ? Faham ?

Dilarang sama sekali , mencaci maki , mengkritik di luar batasan dan tidak berasas dan elakkan dari menyakit hati empunya blog. Jadilah pengkritik yang bijak dan bersopan ..

Berminat ? Kena buat satu entri sebagai tanda anda join segmen ni. Ok ?

  1. Letakkan header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk .. BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ? dan linkkan ke entri ini .
  3. Berikan sebab kenapa anda nak blog anda dikritik ?
  4. Siap ? Tinggalkan url entri lengkap di ruangan komen ini.

Cara segmen ni mudah jer .. Setelah blog anda dikritik , sila g ke blog pengkritik tadi sebagai membalas kunjungannya dan kritik blognya juga . Jangan lupa tinggalkan link entri segmen anda ini . Yang mana tak tinggalkan link segmen , jangan marah kalau tak dibalas.

Pastikan KRITIK dan bukan PUJIAN yer .. Sekurang-kurangnya satu pon ok dah .. Kalau puji , tak mo balas kunjungan dia ! Ok ?? Hehehe … kena cari kekurangan gak kat blog tu !

Ok , aku tak senaraikan link link yang join . Jadi korang kena amik sendiri  kat ruangan komen ni yer .. 

Hurm .. tutup , kul 10 malam ni ( 16/2/2012 ) .. Tips , rajin rajin la berkawan dengan mereka .. Sekian ..

Aku mampu terkedu .. Tengok lagi , terkedu !

 

Aku g makan tengahari tadi kat Perantau Hill , Bangi . Situ mmg best kalau makan tengahari .. Macam macam pilihan ada wooo ..  Dan pasti aku akan makan ayam kampung .

Tepat jam 1 petang , restoran tu penuh dengan orang . Tak hairan la sbb tempat tu mmg bersih dan pelayan mereka pon ok ok … Takde la nak masam masam muka. Jadi jgn risau la bab nak kena terajang dengan pelayan kat situ .. hehe ..

Tengah sedap makan , mata aku buat dosa laaakkk .. Ada la pulak satu akak ni yg aku rasa tunggu masa je nak pencen , pakai seluar bapak ketat !  Tau maksud bapak ketat ? Kalau ketat tu , biasa tengok kan ? Ni ketat lagi ketat .. Kira mmg boleh tau dah size suar dalam akak tu haa..

Aiyo .. Tu baru sorang .. nampak lagi 2-3 orang .. Yang ni , muda muda lak .. Best part , bertudung lak tu .. Mak aihhh .. Tak segan ke eh ?? Aku yang tengok ni pulak jadi segan ..

Maaf , aku bukan mengumpat atau bawak cerita tapi korang , wahai perempuan .. tolonglah ada perasaan malu sedikit .. Kalau tak malu dengan orang laki , malu la pada Allah .

Tolonglah .. tolonglah ..  tolonglah … Kita sama sama jaga eh ..

Kesian perempuan kan ?

Masih lagi di Kementerian Kewangan sambil layan twitter (@benashaari) dan FB .. dan tgk tv .. Takde awek dlm ni utk aku bermain mata bg menghilangkan bosan sementara tgu abang ipar aku abiskan keje dia ..


Tiba-tiba di skrin tv tu terpampang preview WANITA HARI INI dan aku tersenyum pari pari bila terlihat antara isu yg bakal dibincangkan nanti .. REKABENTUK KASUT !!


HAHAHAHAH .. lawaak laaaaa.. baik pakai terompah zaman jepun tu haaa ... Makin mengarut fesyen fesyen moden org perempuan ni ! Bukan semua tp yg terlalu ke 'planet x' ni haaa.. Macam alien dah rupee..


Kolot ? Kolot pon kolot laaa .. dr rupa gitu .. huhu ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Nasib baik la ada 'pakar' ..

Eceh .. pakar sajaaaa .. haha ..


Abang ipar aku dtg dari Perak , pagi ni .. Dia nak ke Kementerian Kewangan utk renew lesen E-Perolehan..


Aku tersenyum tp dlm kepala aku dah ligat mencari jalan utk ke sana andai jln utama ditutup ..


Nasib baik la aku penah keje sana dulu jd tau la selok belok jln kat situ ..


Tapi naya skit laa .. kena jalan kaki jauhh nun .. hahaha.. Aku ok lagi sbb dah biasa berjalan tp dia ? Huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kejohanan lumba basikal Asia di Putrajaya , menyusahkan orang ?

 

Waahh .. ramai benor mengeluh terutama mereka yang nak berurusan di  pejabat pejabat kerajaan .

Kenapa la pulak eh ?

Ni gara-gara Kejohanan Lumba basikal Asia tu laaa .. Jalan-jalan utama ditutup dan mereka yg nak ke kawasan terlibat hendaklah menggunakan jalan alternatif !

Mak aihh .. Dia ingat jalanraya di Putrajaya ni dalam benak dia ke ? Ni ada yang datang Putrajaya pon boleh sesat , ni kan pulak nak suruh ikut jalan lain ? Gilo ke apa ??

Haaa .. jangan tak tau .. ada pemandu teksi tak tau nak ke destinasi yg diminta  dan akhirnya penumpang diminta jalan kaki jer !

Dan banyak lagi laa cerita cerita tak enak di dengar , diborakkan  bila jalanraya ditutup ni .. Haish.. Nape laaa tak buat kat tempat lain ??? Kan  ni tempat rakyat nak  berurusan dengan kerajaan .. Adoiii ..

Tak pon buat la time orang balik kampung ke atau bila orang tengah tidur ! Ni buat time orang nak g kerja dan nak g berurusan kat sana .. Hishhh …

Nak disuruh orang ikut jalan pesisir , bukan semua orang tau .. Nasib baik laaa aku biasa sesat jadi tak la sesat dah  bila jalan ditutup ni haaa..

Nasib malang laaa korang eh ..Sian ..

Bukan sekadar jus !

 

Vemma  bukan sekadar jus tetapi 'super' jus. Ia  tersenarai didalam buku Physicians' Desk Reference yang menjadi rujukan doktor-doktor pakar. Ia dapat mengubati  lebih daripada 200 jenis penyakit. Berikut disenaraikan khasiat Vemma yang dapat menolong tubuh badan mengatasi pelbagai jenis  penyakit dan masalah kesihatan dan mengapa anda perlu menjadikan Vemma sebagai sebahagian daripada pemakanan dan nutrisi  anda setiap hari dan untuk sepanjang hayat untuk tubuh badan  yang lebih sihat dan bertenaga.

  1. Menguatkan sistem immunisasi - Kandungan flavonoid dan flavone dapat mengalakkan antioksida yang lain seperti vitamin A dan C ke tahap yang lebih tinggi
  2. Melawan keradangan - Membantu mengelakkan tisu daripada membengkak, yang boleh menyebabkan banyak jenis penyakit
  3. Memperbaiki komunikasi sesama sel - Kandungan Xanthone di dalam manggis memperbaiki sel-sel di dalam badan dan mencegah penyakit-penyakit daripada merebak. Ia juga mempercepatkan penyembuhan seseuatu penyakit
  4. Mencegah kerosakan DNA - Xanthone telah terbukti dapat mencegah kerosakan DNA, dengan mengurangkan risiko bahan-bahan yang menimbulkan kanser
  5. Membantu sistem limfa - Membantu sistem limfa dengan memusnahkan tisu-tisu yang rosak
  6. Memastikan tiroid berfungsi secara optimum
  7. Mengurangkan tentangan insulin - Kandungan Xanthone mampu menjadikan kandungan gula lebih stabil
  8. Mengurangkan lemak tubuh badan
  9. Memulihkan kerosakan saraf
  10. Mengimbangi sistem endokrin

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat Vemma dan menagapa anda perlu mengambil Vemma setiap hari, KLIK SINI

Wah , kereta tu pink color lagi !

 

image

Otomatik terpancul dari mulut aku ..

“ Waaah , kereta tu pink color ! “

Wife memandang kereta yang baru parking tu .. Kemudian pandang aku .

“ Tengok kereta ke tengok orang yang memandu kereta tu ? “

Hahahaha .. Betul la kata senior senior dalam perkahwinan ni .. Perempuan ni , makin lama makin kuat cemburunya . Lelaki lak , cemburunya sebelum kawin je .. Lepas kawin ? Haa.. bukan tak cemburu tapi dah percaya dengan isterinya yang setia tu.

Ok tak alasan ? Hahahha ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI