Amah ‘lambung’ bayi dapat 20 tahun penjara !

by - Selasa, Februari 19, 2013

 

Dari Mstar Online ..

NINA Suraya Sulaiman, 24, (tengah) sebak, cuba ditenteramkan oleh ahli keluarganya ketika bercerita kepada media selepas pembantu rumahnya dari Acheh, Yulaina, 23, dijatuhi hukuman 20 tahun penjara oleh Mahkamah Seksyen Kuantan, Pahang pada Selasa selepas didapati bersalah melambung dan menghempas anak Nina Suraya iaitu Mohamed Hareez Mohd Zamri yang berusia empat bulan di Kuantan, Pahang, pada Jumaat lalu. Nina amat bersyukur selepas pendera anaknya dijatuhi hukuman setimpal. –fotoBERNAMA

 

Hurmm .. Selepas tengok video amah lambung bayi tu , rasanya 20 tahun tu macam ‘mudah’ sangat .. Tapi sapa la kita nak pertikaikan kan ? Hurmm.. Aku tau , ramai yang geram hingga rasa macam nak lambung dan smackdown je amah tu .. tapi faham faham je laa ..

Harapnya kejadian memberi sejuta pengajaran buat semua amah amah mahupun ibu bapa di Malaysia .. Apakah pengajarannya ? Sila tengok video tu .. hehehe ..

Video tu ? Hehehe.. aku tak sampai hati nak letak dalam blog aku .. Aku tengok pon rasa rasa nak bagi ‘tombstone’ je kat dia !

You May Also Like

10 comments

  1. Kesian baby tu.
    Ye abg ben, moga cte ni jd pengajaran pd amah atau pengasuh2 yg ada dlm dunia ni :D InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. kejadian2 camni la buat surirumah rasa nak sain kontrak seumur hidup jd surirumah jer.. fobia sangat2 walau jd kat anak orang tp rasa marah & sakit tu terasa. Memang rasa 20 tahun penjara tu macam tak setimpal.. 20 tahun penjara dengan 20 sebatan tu maybe rasa puas hati jugak.

    BalasPadam
  3. Memang sangat sedih tgk video bayi kene lambung tu..=(

    BalasPadam
  4. Terkejut sgt masa fz tgk vid tu.kejamnya manusia. Semoga baby tu sihat dan semoga hukuman ni memberi pengajaran secukupnya kepada amah tu.

    BalasPadam
  5. Tengok video d TV3 sahaja dan tak nak tengok semula sebab buat tambah dosa mengutuk mengeji je. Huhu. By the way Alhamdulillah, amah teraebut dah mendapat balasan. Doa saya semoga anak itu sihat hendaknya. Tak ada apa2.

    BalasPadam
  6. assalam, Alhamdulillah, bayi tu selamat dan penderanya menerima hukuman yang setimpal...apapun Qhaliff yg untung sbb dpt perhatian daddynya 24 jam.

    BalasPadam
  7. mmg kejam la amah tu...pdam muka..da tua dalam penjara la nati..suke2 hati je lambung anak orang..ingat senang ke nk pregnant n bersalin..tgk video tu rsse nk cekik2 je minat tu..huhu

    BalasPadam
  8. Apa salah bayi tu dilambung macam anak patung.. Memang patut kena 20 tahun.. Undang-undang akan melindungi kita semua insya Allah.

    BalasPadam
  9. Amah² yang datang keja kat mesia ni ada buat saringan mental tak? risau kan bila dapat amah nampak fizikal perfect, rupenyer sakit jiwa...kita yang dah melabur duit ni yang tanggung akibat...mintak jaga anak dera anak kita, mintak jaga org tua sakit, kok meninggal org tua tu kena lambung....

    BalasPadam
  10. takut nak tgk... hanya bersimpati je.. dah rasa camne perasaan bila anak sendiri kene buat camni..

    BalasPadam