Bila menjelang PRU 13 ..

by - Sabtu, Februari 23, 2013

 

Semakin panas ! Aku yang tak pernah terasa bahang PRU dan tak pernah amik kisah , kali ni aku amik kisah .. Kenapa ? Sebab aku dah ‘sedar’ betapa pentingnya semua ini untuk aku , keluarga aku , masyarakat dan juga negara yang aku cintai .

Dengan pengalaman aku yang cetek di sektor awam dan swasta , aku benar benar terasa betapa pentingnya politik dalam negara kita ni . Bayangkan eh , nak cari kerja pun kena ada kabel ! Kabel ni , maksudnya orang yang kita kenal rapat dalam satu satu organisasi untuk memudahkan urusan … Dapat tak dapat , tu belakang kira . Yang penting , boleh potong queue ..

Bayangkan mak ayah anda ditimpa musibah. Pada sapa kita nak pergi mengadu ? Siapakah kita ?  Anak menteri ? Anak datuk ? Orang biasa ? Sapa nak bantu ? Masyarakat ? Anda parti politk mana ? Gi hospital , sila beratur..

Aku akan mengundi di Bandar Tun Razak untuk pertama kalinya selepas berumur 37 tahun .. Rugi kan ? Tak pe.. masa tu politik bagi aku ok lagi sbb aku ditanggung sepenuhnya oleh mak bapak aku . Aku tau , pagi gi kelas .. petang main bola .. Malam call awek ..

image

Bila dah usia gini , dengan pengalaman cetek hasil dari kegiatan harian , campur gaul dengan manusia lain serta kerjaya dan juga aktiviti harian membuatkan betapa pentingnya undi aku tu ..

Aku tamo la nak cerita lebih pasal politik , parti atau korupsi korupsi yang berleluasa dalam negara kita ni . Apa yg aku tau ialah , inilah masa untuk memperbetulkan kembali negara kita ..

Kita bukannya nak hidup mewah di negara kita . Kita hidup ni pon atas kerana perintah ALLAH .. Setiap hela nafas kita , ada ujiannya. Apakah yang kita buat dengan setiap nafas kita tu ? Bukannya suka suka jer .. Kita minum air pun bukan suka suka ! Sbb badan memerlukan air ! Mana ada suka suka kan ? Kita gi dating pon bukan suka suka ! Sbb nak cari dosa ! Haa.. tu pikiaq sendiri la eh .. hehee..

Jadi , aku malas nak bebel panjang.. Cepatlah bubar parlimen. Aku nak gi undi kat BTR pastu nak lari balik Kok Lanas sbb wife lak nak undi kat sana .. Haaaa.. Rugi wooo … Kelantan tuuuu … Hahahaha..

Undi adalah rahsia ? Jangan wat lawak ler ..

You May Also Like

7 comments

  1. Sungguh, mmg dah terasa sgt bahangnya ni. Sy pun akan mengundi buat pertama kalinya. Dan dah tentunya undi adalah rahsia, pe la jalankan tanggungjawab mengubah apa yg patut diubah. hehehe

    BalasPadam
  2. wow!!1st undi at 37!so teruk tp sib baik ben sedar diri akhirnyer!!hehehe!

    BalasPadam
  3. sama! dulu onie tak penah rasa macamana bahangnya PRU ..sekarang bila dah sampai masanya baru tahu bagaimana rasanya.. marilah kita mengundi

    BalasPadam
  4. oh my, you better change Mr Ben. susah dah tua2 tak sedar lagi.

    BalasPadam
  5. samalah usia dh bmw 3 series baru 1st time tergerak hati nk mengundi sbb sy tkt apa jadi pd ms dpn anak2 dll nnt huhu..

    BalasPadam
  6. Wow baru nak nak ge mengundi.... Dasyat tu.... PRU13 ni kali ketiga saya akan mengundi.... hehehe...

    BalasPadam