Jadual penuh !!

 

Fuhh… tak sangka ! Satu minggu penuh dengan program ‘blog’ ! Ingatkan masa bertukar karier , aku akan punya banyak masa di rumah dan keboringan tetapi .. ianyanya cukup FANTASTIC !! Tak terjangka sama sekali..

Cuma..hurm.. kesian kat Qhaliff dan Zahra. Seminggu aku sibuk , mereka terpaksa aku tinggalkan di rumah orang tua aku. Nasib baik ada sepupu kat sana.. ada la jugak geng di situ untuk bermain. Qhaliff pulak boleh ikut nenek dia g sekolah..dapat ramai kawan dia ! Aku tak risau ngan dia bab berkawan.. dia cukup pandai sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling… cepat jer boleh ‘tarik’ kawan baru ! Zahra, aku belum nampak lagi..

imageimage

Muka stress je dua dua ni sebab seminggu tak berjalan sana sini ! Hahaha.. siannn… Tak per , daddy dah ada plan untuk kita g berlibur nanti… InshaAllah.. Daddy kena cari duit banyak banyak sekarang ni ! Bukan suka suka tapi terpaksa .. Kalau boleh , daddy nak duduk umah jer !

Dari Isnin hingga Ahad dan bakal bersambung pada Isnin lagi , segalanya berkenaan BLOG ! Alhamdulillah.. rezeki anak anak !

4 ulasan:

  1. Tahniah ya Bro Ben..anak2 sihat ..teruskan usaha yang murni dan manfaatkan rezeki berblog

    BalasPadam
  2. gambar Qaliff...qute sgt..macam anak Jepun...

    BalasPadam
  3. kejayaan sudah dalam genggaman....kebanggaan semua blogger...tahniah!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009