Naluri ku berkata benar..

 

Secara tiba-tiba mood aku nak ke Jepun , terpadam dua tiga hari lepas ! Rasa macam… hilang excited ! Kenapa dan mengapa ? Biasanya kalau datang mood gitu , pasti akan ada sesuatu yang akan berlaku..

Antara yang bermain di kepala aku ialah.. aku memandu pulang dari Kelantan pada hari Selasa , seorang diri ! Aku terfikir.. apakah aku patut naik bas atau kapal terbang saja ? Yelah , aku terpaksa hantar anak bini ke Kelantan terlebih dahulu sebelum pergi ke Jepun. Takkan nak biar diorang begitu saja di rumah kan ? Aku tak yakin nak tinggalkan wife dengan anak anak bertiga di rumah apatah lagi dengan kes pecah rumah sering berlaku di area taman perumahan aku tu..

Dan ditambah lagi dengan masalah peribadi yang perlu diselesaikan dalam tempoh terdekat serta job job tertangguh yang perlu disegerakan dalam masa sehari dua ni ! Perghhh…

Tiba-tiba , petang tadi.. selepas aku menjemput adik ipar aku di Universiti Malaysia Pahang .. aku terima panggilan dari Air Asia X.. memberitahu trip ditangguhkan kerana masalah logistik. Betapa bersyukurnya aku.. Lega sangat sangat ! Ditambah lagi musim di Jepun ketika ni cumalah panas dan sesekali hujan ! Takde lagi bunga.. huhu.. Aku nak g waktu Autumn ! Hehehehe.. Baru syiokkk… kan kan ? Oh , ditangguhkan beberapa minggu ! Ok la.. tak kisah ! Leh cari duit lebih lagi untuk dibawa ke sana nanti.. kan kan ?

Tapi.. satu lagi masalah aku muncul ! Aku balik ke Kelantan ni , sehelai sepinggang ! Tak de la pulak bawak balik baju raya , pakaian lain untuk dipakai pada hari hari mendatang ! Adehhhh..

Nak tak nak… esok shopping di KB Mall ! Weeeeeee !!

Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Perancang ! Tak perlu nak pertikaikan. Ada laaa tuuuu .. kan kan ?

image

10 ulasan:

  1. Alhamdulilah, instinct boleh beri satu petanda apa akan berlaku tu lagi bagus dari ikut the flow je ben...Allah sebaik2 perancang, tahniah ben!

    Selamat hari raya haji.

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah. rezeki abang ben tu..syukur...

    BalasPadam
  3. tangan nak capai kopi tu.. kihkih. dok terfikir gak, mesti aben balik sehelai sepinggang je. xpe. klate ada h&m x? hikhik

    BalasPadam
  4. Pasti setiap yang berlaku ada yang terbaik untuk hamba- NYA. :)

    BalasPadam
  5. Ada hikmah kan abg ben... hee.. hal baju kecik je tu.. have a nice holiday with family :)

    BalasPadam
  6. betul..perancangan Allah terbaik..alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. Ada hikmah disebalik semua ini. Saya tak balik kelantan raya ni. Cuti sekejap. Balik kampung isteri aje.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009