Pengorbanan !

 

Hurm.. Nak gi Jepun ke tak ? 5 hari aku tinggalkan mereka berdua ! Terus terang , aku tak boleh hidup tanpa mereka ! Tapi sampai bila ? Payah jugak aku nak ‘berkembang’ jika aku tak boleh mengorbankan perasaan aku ni !

Setiap orang ada ‘kelemahan’ tetapi anak anak adalah ‘kelemahan’ setiap ibu bapa ! Kan ? Terutama yang menjaga mereka sejak dari kecil lagi..

image image

Yer , mereka lagi la tak boleh berpisah dengan aku ! Tapi.. sampai bila kan ?

Haihhh.. Kalau aku layankan hati ni , maka aku takkan boleh melangkah keluar dari rumah langsung ! Serius.. nak tinggalkan mereka pon aku tak mampu ! Tapi kalau nak usung sekali , jawabnya aku memang tak boleh buat kerja punya ! Aku kena bagi tumpuan pada mereka 100% !! Keselamatan ! Hurmmm .. Terpaksa fikir .. antara kerja atau keselamatan anak ! Maka , tak boleh nak buat kerja punya bila mereka ikut sama. Dan ianya boleh spoilkan mood nak buat kerja ! Sebaiknya , kalau bekerja.. biarlah bekerja. Dan masa untuk keluarga , jangan pulak sibuk nak bekerja !

Kalau aku memilih untuk ke Jepun , maka aku akan berpisah dengan mereka lebih awal lagi.. Nak kena hantar balik Kelantan ! Huhuhu… Lama tuuuu…

12 ulasan:

  1. tak apa abang Ben.Berpisah demi mencari rezeki anak-anak ada ganjaranya..Bila mereka besar mereka akan tahu..Inilah tujuan ayahku dulu

    BalasPadam
  2. Abg ben buat pun demi masa depan anak anak juga kan..tabahkan hati..untuk manfaat masa sekarang dan akan datang..bissmillah..lillahitaala.

    BalasPadam
  3. sama macam saya. waktu di hantar ke thailand selama 2 minggu. anak-anak buat perangai. Menangis sahaja n taknak makan. Terasa susah jugak berjauhan dengan anak ni. Lagi-lagi kalau mereka rapat dengan kita.

    BalasPadam
  4. hu hu hu, pengorbanan seorang bapa mencari rezeki aben... memang berat tapi kadang tu terpaksa...

    BalasPadam
  5. insyaallah qhaliff dan zahra dapat balas pengorbanan ben kelak.

    BalasPadam
  6. Semoga dmurahkan rezeki abg Ben sekeluarga aamin

    BalasPadam
  7. korban untuk cari rezeki..insyaAllah dipermudahkan bagi yang pergi dan ditinggalkan...saya dah pernah lalui...

    BalasPadam
  8. Takpe laa skli skla tinggal.utk depa jugak tuu.

    BalasPadam
  9. kena berkorban demi masa depan mereka jugak....InshaAllah semuanya akan selamat

    BalasPadam
  10. takdela lama mana..hehehe..yang penting semua untuk diaorang jugak

    BalasPadam
  11. Wah, ke jepang.. mau jalan-jalan atau dalam rangka tugas kah ? Waktu dengan keluarga memang harus disediakan bang. Sesibuk apapun itu pekerjaan kita, jangan sampai anak-anak kehilangan perhatian dan kasih sayang dari kedua orang tuanya.

    BalasPadam
  12. Takpe abg ben.. abg ben ni kira ok.. kerja, kerja.. family, family... ada org, kerja je smpi family terabai..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009