Risiko mempromosi produk !

 

Bila aku post gambar makanan.. atau sesuatu produk.. tak kiralah samada berbayar atau tidak , risikonya pasti akan ada yang menidakkan kata kata anda itu..

image

Hakikatnya ? Hurm.. contohnya , semalam aku mempromosikan nasi lemak segera.. Makanan ! Bukan mudah untuk promote kerana tekak lain lain. Bagi aku sedap tetapi belum tentu bagi orang lain , ianya sedap ! Maka , tak boleh terus nak kata aku menipu atau si polan tu cuba nak menjatuhkan bisnis yang aku cuba naikkan tu. Tekak lain lain ! Perut lain lain.. Kalau aku makan tak sedap , aku takkan buat entri mengenainya lalu bagitau .. WOW , SEDAPNYA ! . Risikonya besar ! Nanti akan ada rakan pergi cari dan makan pastu..

Ler , macam ni Ben kata sedap ? ‘.

Sama jugak bila aku promote gadget. Semalam ada kenalan bagitau produk tu tak berbaloi untuk dibeli. Berdasarkan pengalaman aku , bab gadget ni bukan semua orang setuju ianya berbaloi untuk dibeli. Pengalaman pengguna tu lain lain. Terpaksa terima hakikat. Teruskan buat kerja anda ! Tak semua perkara kita akan dapat persetujuan. Apa saja !

Yang penting , bila kita tak setuju.. gunakan saluran yang betul ! Contohnya , aku makan mee goreng mamak . Aku kenal tokey dia tetapi aku amik gambar mee goreng tu , aku post ke Facebook !

Hekler.. Apa punya mee goreng la ni ! Dah la skit , mahal lak tu ! “.

Hurm.. apa salahnya kita cari tokey dia dan bagitau depan depan. Kalau dia tak nak terima , haaaaaaaa.. baru kasi up di media sosial. Kan ?  Kalau nak jadi pengkritik atau penulis .. belajar kritik depan depan.. tengok reaksi pemiliknya camana.. Bukan apa , kekadang dia dah keluarkan modal untuk promosikan produknya. Tapi dengan kritikan kita di media sosial , secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menjatuhkan kredibiliti dia.. Sian la kan ?

Kalau nak kritik gak.. tulislah dengan berhemah. Jangan sampai jatuhkan airmukanya. Tulis dengan niat untuk buka mata pengusaha atau tokey yang lain.. gitu lebih matang dan bijak. Mata pena lebih tajam dari mata pedang..

Hati hari bila nak promote sesuatu produk. Kalau rasa tak bagus , bagitau tokey dia. Kalau bagus , tulis bagus bagus tapi angan sampai ke langit pujiannya.. Ala kadar dan berinfomasi.

33 ulasan:

  1. kan! sama la, tapi kadang-kadang org ingat kita kritik tu sebab kita tak suka sangat-sangat, but the fact is, cuma tekak kita je tak suka.. haha...

    BalasPadam
  2. Betul tu, wawa setuju.. Citarasa masing2 tak sana.. Klu kte rse nak rasa makanan tu then tk ok dgn tekak, ok fine.. Cri yg lain.. Atau cri kedai lain.. Sme juga kte beli gadjet, sure kita masuk satu kedai ke kedai yg lain. Kdg pembeli ni bukan tahu sgt pasal function dlm handphone tu tapi ble tertarik dgn jurujual, kita tetap beli jugak..

    Kan?

    BalasPadam
  3. teringat entry yang iera post pasal servis tupai-tupai tak best. tapi rasanya berhemah jugak tu..hehe thanks ben untuk ilmu ni.. :)

    BalasPadam
  4. hakikatnya org memang mostly pandai complaint je , tindakan tarak .

    BalasPadam
  5. Aku setuju sebab taste orang lain2.
    Mgkn bes bagi kita tapi tidak bagi org lain.

    Itu sebab kalo nak beli sesuatu, kita kena baca pro and cons setiap benda tu dari sudut berlainan agar kita dapat buat keputusan yg bijak seperti beli gadget. :)

    BalasPadam
  6. Suara hati itu kadang-kadang lebih kuat dari suara mulut, sampai tertaip atas keyboard...

    BalasPadam
  7. yes.. tips yang bagus untuk review produk/makanan

    BalasPadam
  8. pepatah kata, rambut same hitam, hati lain2. tp, zaman skang ni, rambut pon dah xsame hitam, mmg kompomlah hati lain2 selain2nye. hu3..

    BalasPadam
  9. Setuju. Kdg2 akibat terlalu ramai pelanggan pun ada jugak tersalah letak sedikit ke. Staff trsalah kira ke.. Best way slow talk ngan tokey. Kebiasaannya tokey ok jer kalau kita slow talk ngan dia

    BalasPadam
  10. Betul tu bro...selera memasing xsama...tp kalau satu2 bnda tu memang sedap/baguih,majoriti orang mesti suka punya...

    BalasPadam
  11. Stuju...yg sedap kita ckp laa sedap..tak sedap bgtau taukey dia ..baru baguss..mana tau taukey dia ingat dah sedap bagi dia..tapi bagi kita tak sedap..tak salah bgtau apa yg kita rasa..sebagai customer kita ada hak utk menyuarakan pendapat..

    BalasPadam
  12. thanks for this tips aben.. skang ni nak bercerita kena hati2..

    BalasPadam
  13. betul tu, sokong2.

    sedap lak tgk gambar atas tu.. hahaha kbai

    BalasPadam
  14. Kalau makanan biasanya mmg adr sedap and tak. Sebab tekak orang lain2. Hehe mcm nandos .. org ckp sedap tp tekak lisa rasa tak sedap . ( sebab tak suka ayam kot) ...tp tkler nak jtuhkan air muka org... tk sedap pendam dalam hati sebab yelahhh taste org tak sama loor

    BalasPadam
  15. Setuju ngan ben. Lain org lain pendapatnya & kita tak dpt nak puaskan hati semua org. Risiko tu sentiasa ada, dan kita kena bersedia pertahankan pendapat kita. Sbb tu bila buat review kena ikhlas & jujur

    BalasPadam
  16. Memang berisiko la beben....
    Tapi lain orang, lain citarasa....
    Pape pun kene tengok pro & cons sebelum nak cuba sesuatu....

    BalasPadam
  17. Yes . setuju tekak orang lain lain...tak sama...kalau pada kau sedap, tak mungkin sedap pada aku. so the fact is tak semua pendapat sama

    BalasPadam
  18. manusia gitu la..rambut sama hitam...tak semestinya apa yang kita buat orang suka..dan paling teruk ada yang suma bermuka muka...

    BalasPadam
  19. dunia blogger ni..ibarat tarik rambut dalam tepung..rambut tak putus..tepung tidak berselerak..susah kita nak puaskan hati orang..

    BalasPadam
  20. yg aben promote kak laila mee udang dulu tu memg sedap.. nak pendapat semua sama pon tak boleh jugak..citarasa masing2...

    BalasPadam
  21. Betul tu abang ben. Lebih baik tegur secara berhemah.

    BalasPadam
  22. sangat setuju dengan Encik Ben....

    BalasPadam
  23. lain orang lain citarasa,
    betul dah apa kata ben tue,
    kalau semua citarasa sama susah ler.
    xleh nak imagine tue.

    BalasPadam
  24. Bila kita dah dikenali ramai, setiap tindak-tanduk diperhatikan.

    Di situ lah saat kita diuji untuk kekalkan keaslian diri kita, atau mengikut arus.

    Tapi "only dead fish go with the flow".

    BalasPadam
  25. agreed.
    bak kata ramai org, "kalau sedap inform org lain,kalau tak sedap inform saya ye..."

    BalasPadam
  26. Owh. Begitu tipsnya. Terima kasih Ben kongsi tips food review. Akak newbie. So far asal sedap je suka nak share tapi kurang berkesempatan :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009