“ Sampai bila kau nak popular ? “

 

Teringat kata seorang rakan.. Tak silap aku , 2 tahun lepas.. Bila aku berada di kemuncak karier , akan ada yang cuba mematahkan semangat.. dan kata katanya itu satu kenyataan.. Berapa ramai selebriti yang popular akhirnya terjunam ke lautan.. tanpa sebarang berita. Tapi jangan lupa , masih ada yang terus berada di kemuncak seperti Dato Siti Nurhaliza… Bukan semua tenggelam !

Ambil sebagai satu cabaran ! Terus kekalkan momentum di samping terus berusaha selagi termampu. Aku sahut cabarannya.. Aku bukan ‘tak sengaja’ untuk berada di kemuncak … aku berusaha mendaki dan mengapainya ! Aku ada cita cita.. Aku ada impian dan aku ada perancangan ! Dan aku tak pernah anggap aku dah berjaya !

Sepatutnya ‘muka’ ni terpacak di billboard salah satu highway di Johor Bahru tetapi tak jadi sebab ada company lain dah berjaya booking dulu.. Tapi tak kisah la.. Janji terpacak gak dua buah premis farmasi terkenal di negara kita.. Janji hado kan ? Dari takde langsung !

image

Secara tidak langsung , aku masih membuktikan ‘aku masih relevan’ dan terus terang makin dapat banyak job ! Bukan nak angkuh atau berlagak sombong tapi bila kita tahu apa yang kita buat , inshaAllah.. Allah akan membantu !

Apa pun , kejayaan aku sekarang bukanlah milik aku.. Ramai yang membantu dan memberikan sokongan terutama ahli keluarga , rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , sahabat handai terdekat seperti Mat Gebu dan ramai lagi.. Jutaan terima kasih buat mereka semua. Hanya Allah saja mampu membalas budi baik mereka..

Dan paling utama ialah.. rakan rakan pembaca  dan ‘penyokong setia’ blog aku ni .. Yang setia dari awal dulu hingga sekarang ! Aku amat terhutang budi pada korang semua !

“ Sampai bila kau nak popular ? “ .. aku bukan mengejar populariti tetapi inilah kerjaya aku.. aku cari makan melalui penulisan..

17 ulasan:

  1. dari blogger dah jd model .. tahniah abg ben !!

    BalasPadam
  2. selagi ben menulis blog, selagi tu i akan baca, InsyaAllah

    BalasPadam
  3. terbaikkk abg ben..congrats!!!!

    BalasPadam
  4. terbaiklah Ben, aku nak tengok muka Ben terpampang di papan iklan besar di mana-mana hiway suatu hari nanti.

    BalasPadam
  5. Moga Abg Ben terus suksess!!
    Aamiin...

    BalasPadam
  6. nanti kalau ternampak di guardian sini,.. saya selfie ng poster abg bennn gegege

    BalasPadam
  7. Awesome Ben!
    Semoga terus sukses!

    BalasPadam
  8. berkat usaha dengan izin Allah popular tu macam hadiah abang ben..abang ben buat sesuatu bersungguh..dihargai..alhamdulillah..Allah tahu niat kitakan..syukur..

    BalasPadam
  9. wahhhh glemer2x... :D
    terbaikk lah abg ben... moga terus dimurahkan rezeki...

    Bila seronok berat badan turun.
    AMBIL CAKNA JIKA NAK KURUS

    BalasPadam
  10. tahniah!! I am proud of u!! sifu!!

    BalasPadam
  11. Terbaikla en ben..tahniah👍👍

    BalasPadam
  12. Apabila kita rasa kita sudah sampai ke kemuncak, ketika itulah sebenarnya kita sudah tenggelam.

    Orang yang berada di kemuncuk terus mendaki, sebab itu dia tetap di kemuncak.

    Melainkan kita sendiri pilih untuk bersara. :)

    Saya doakan Tuan Ben Ashaari sekekluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. ^_^

    BalasPadam
  13. tahniah :)
    alhamdulillah.
    rezeki Allah :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI