“ Tapai ubi ke , Ben ? “

 

image

Aku post gambar ni kat Instagram.. Ada orang tanya.. Ni tapai ubi ke ? Aku tertanya gak.. ada berapa jenis tapai dalam dunia ni ? Selain kawan aku yang ada nama Tapai , apa lagi tapai yang ada ???

Aku pun jawab laa..

“ Ni tapai yang tempah kat orang.. “

Dan kawan tu terus senyap.. Krik krik bunyinya.. Hehehe.. Marah atau sentap ?? Maafff yer.. saya tak tauuu.. Saya tau makan jer..

Di Facebook pon begitu jua.. Ada yang tanya.. dan aku menjawabnya dengan penuh kebanggaan..

“ Tapai ubi “.

Fuh.. tetiba rasa macam Mat Gebu ! Tau segala-galanya ! Dan tepat jam 8.30 pagi.. Aku dapat mesej di Whatsapp di kala aku sedang lena di sebelah Qhaliff..

“ Memang abang tak kenal ek tapai pulat ngan tapai ubi ? “

Aku malas nak layan bini aku.. Kalau aku layan , seminggu aku dibahankan dia ! Tidur lagi best .. janji perut kenyang makan tapai ! Ubi ke pulut ke.. bukan nak kena amik exam pon ! Huhhh…

16 ulasan:

  1. tgok cara dibungkus macam tapai pulut....

    BalasPadam
  2. tapai pulat??? hahaha memang patut kena tambah seminggu lagi ni hahaha .... pulat ke pulut tu? hahaha :P

    BalasPadam
  3. yang ni lawak..yg pntg nma dia tapai.ubi ke pulut ke, tu blkg cite..

    BalasPadam
  4. dah lama tak makan tapai . sedapnya

    BalasPadam
  5. tapai pulut nih kan ben

    tapai ubi kita boleh nampak bentuk ubi kayu tuh

    hahahhahah tapi kesimpulannya tapai sedap di makan masa tgh sejuk sejuk baru kuar peti ice ...nyumm

    BalasPadam
  6. Hehehe..ni tapai pulut..dibungkus dgn daun getah..tapai ubi tu dari ubi kayu...hehe

    BalasPadam
  7. Hahahaha siap laaa kena bahan hahaha

    BalasPadam
  8. mmg salah eja ek..puas sy pk ape tu tapai pulat..hahahah..bce komen baru sedar bole jadi slh ejaan...sy lebih suka tapai ubi dari tapai pulut..org cakap tapai pulut lebih "tajam"..xbrapa elok utk org pompuan makan...tp sbnrnye lebih kurang je pun cara buat dia..hihihihi

    BalasPadam
  9. hahaha...tapai pulat dah pulak... bukan kata seminggu mau sebulan tak abis lg ni....

    BalasPadam
  10. haha..ni tapai pulut la selalunya..tapi guna daun getah kalau tak silap..jarang jumpa tapai macam ni yg sedap sbb kadang2 terkena yg pahit..terus putus selera nak makan..huhu

    BalasPadam
  11. Hihi terus takmo layan pertanyaan bini ye? Sedapnye tapai ... Makan sejuk2 mmg syok. Saya paling suka tapai pulut, sentap klu laki beli tapai ubi tak belikan tapai pulut juga

    BalasPadam
  12. Hahahahahha..

    ada 2 tapai..

    1. Pulut.
    2. Ubi.

    Saya lebih suka tapai pulut. :)

    BalasPadam
  13. Enaknya tuh tape ubi , , nak makanlah


    Visit my site : http://www.myidola.com

    BalasPadam
  14. Ni tapai pulut, tapai ubi macam ubi kayu ada urat2 warna kuning susu.... anak mmg sukai tapai pulut.... tp tapai ubi pun dah lama tak makan... goreng sedap sangat....

    BalasPadam
  15. Tapai pulut tu..hehe..biasanya bungkus macam tu tapai pulut..bungkus guna daun getah..sedapnya...kalau tapai ubi bungkus guna daun pisang..

    BalasPadam
  16. tapai pulat tak penah jumpa pulak setakat hari ni ... penah jumpa tapai ubi ngn pulut je ... hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009