BOBOIBOY GALAXY bakal bikin anak kita panas punggung !

 

“Waaaa.. Daddy , nak tengok Boboiboy Galaxy !! “. Jerit Qhaliff lepas tengok teaser di Youtube. Huhhh.. abis la akuuu ! Jenuh nak gi beratur kat panggung wayang nanti. Nasib baik la aku dapat jemputan ke Pra Tonton Boboiboy Galaxy dan nak nilai sendiri , apakah Boboiboy Galaxy lebih best dari sebelum ni ?

Petang tadi aku ke Pavillion , Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan yang aku terima melalui email. Dan..

image

Yess.. maka masuklah aku dan rakan blogger yang lain ke dalam panggung. Tak sabar nak dah weh ! Siap popcorn dan air lagi ! Hehehehe..

Sekaliiiii.. tengok kat layar..

image

Bakal di kaca tv anda pada 25hb November 2016 , jam 5 petang di TV3 ! Ingatkan filem lagi . Rupanya tidak sama sekali ! Tak payah kuar duit dah wehhh… hahaha.. Tengok kat tv je la.. Jimat jimat..

Tapi apakah ianya sebest dari sebelum ni ? Sebab adegan berlaku kat angkasa kan ? Hurmm..  Tertanya di dalam hati dan mereka tayangkan episod pertama..

Dan… ini dalam bentuk komik !

image

image

image

image

Memang menarik dan sangat menarik lagi tertarik untuk ditonton seisi keluarga ! Dialog dialog yang lucu adalah kekuatan dalam Boboiboy Galaxy , bagi aku serta animasi yang menarik. Banyak sangat watak watak baru dan semua watak memang ada kekuatan. Tak membosankan pon !

Tahniah buat team Boboiboy ! Semoga berjaya capai cita cita iaitu hasilkan lebih 600 episod seperti Pokemon !

5 ulasan:

  1. Hehehe. Tak sabar nk kumpul semua episod. Heeee

    BalasPadam
  2. bkn setakat budak kecik je minat. sy yg umur 23 tahun pun suka tgk boboiboy hahah!

    BalasPadam
  3. wahhh best²! seronoklah anak² Mas nanti, semuanya peminat Boboiboy..

    BalasPadam
  4. Komik tu dah start jual ka? Nak kena cari ni. Anak anak i minat sgt boboiboy

    BalasPadam
  5. Jangan kata budak-budak...saya yang dah lebih suku abad ni pun minat tengok BoBoiBoy sejak dari dulu lagi...sekarang ni BoBoiBoy Galaxy pula nak keluar...lepas ni katanya ada BoBoiBoy Galaxy The Movie pula...tapi tak pasti la bila akan ditayangkan di pawagam...hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.