Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 29 November 2016

Hadirkan senyuman si kecil yang menawan bersama SensiTeeth Kids Oral Care !

 

Zahra suka makan gula-gula. Qhaliff pulak suka minum air kotak. Maniss ! Apa yang berlaku andai kita tak ambil berat terhadap mereka terutama pada bahagian gigi ? Huhuh.. Rosak la jawabnya kan ? Wife amat pentingkan penjagaan gigi. Al maklumlah , gigi dia cantik ! Tak aku nafikan dia sangat jaga gigi dia. Dia tak minat makan semua tu.

Hurm.. Zahra pantang nampak gula gula ! Leh jadi hantu jap diaa kalau dibiarkan.. Huhuh..

image

Hurmm.. Nasib baik dua dua suka gosok gigi ! Setiap kali mandi , mereka akan mintak sendiri berus gigi dan mengosoknya sendiri. Cuma yang jadi masalah aku ialah.. ubat gigi ! ARghhhh… Wife dah tunjuk apa yang berlaku pada gigi Qhaliff. Dia gosok gigi tapi tak kumur dengan betul !

Dan macam macam ubat gigi digunakan tetapi tak memuaskan hati. Dan kali ni nak cuba SensiTeeth Kids lak ! Dengar cerita bagus sebab dicipta khas untuk kanak-kanak !

image

Kelebihan SensiTeeth Kids ada banyak. Antaranya ialah meminimakan reaksi alergik pada mereka yang ada alergik. Sesuai dengan kanak kanak yang ada celiac disease ( gluten free ) dan juga mereka yang nak guna cara Homeopathic. Dan untuk Qhaliff dan Zahra yang suka makanan yang banyak gula kena guna ubat gigi yang berfomulakan florida !

Ada 4 jenis SensiTeeth Kids ni.

  1. SensiTeeth First Tooth Paste 40ml – untuk 6 bulan ++
    • Yang ni untuk awalan bayi. Adalah penting ketika di usia ini untuk menjaga enamel bagi mengelakkan kerosakkan berlaku. Jangan risau , selamat walaupun tertelan ubat gigi ketika menggunakannya.
  2. SensiTeeth Kids 500ppm Tooth Paste 50ml – untuk 3 tahun ++
    • mengandungi Flouride 500ppm dan calcium yang mana bagus untuk mencegah dari kerosakan gigi berlaku serta pertumbuhan gigi yang lebih sihat.
  3. Sensiteeth Kids 1000ppm Tooth Paste 50ml – untuk 6 tahun ++
    • mengandungi Flouride 1000ppm dan  calcium bagi mencegah dari berlakunya karies gigi.
  4. Sensiteeth Epismalto 1450ppm Tooth Paste 50ml – untuk 6 tahun ++
    • mengandungi Flouride 1450ppm dan calcium. Jumlah yang diperlukan mengikut kesesuaian umur bagi kanak kanak yang mempunyai masalah kaviti atau karies serta memperkuatkan lagi gigi susu mereka.
  5. SensiTeeth Kids Mouthwash – 3 tahun ++

    • mengandungi 1000ppm Florida dan calcium. Bebas dari alkohol , gula serta saccharin. Selepas membersihkan gigi , kumur dengan dos mengikut umur. 3+ tahun setengah cap dan 6+ tahun satu cap.

Ok , SensiTeeth Kids 500ppm Tooth Paste 50ml ni untuk Qhaliff. Aku yakin sangat dia akan suka sebab ada perisa rasberry ! Takda masalah kalau ada perisa ni pada budak budak. Ditambah lagi dengan warna yang menarik pasti akan membuatkan kanak  kanak teruja nak gunakannya.

Kandungan 500ppm flouride yang sesuai untuk kanak-kanak  adalah bagus memandangkan mereka dah pandai makan makanan bergula. Flouride bagus bagi menghalang dari berlakunya karies gigi yang mana sering berlaku pada kanak kanak jika tidak membersihkan gigi dengan betul manakala kalsium yang terkandung seterusnya membantu tumbesaran gigi dengan lebih sihat.

image

image

Zahra… Sejak aku bagi dia punya ubat gigi , setiap kali mandi.. tanpa disuruh , dia akan capai sendiri berus gigi dan ubat gigi dia ! Terus gosok ! Kalau dia cari tak jumpa , dia akan paksa aku cari . Suka sungguh dia ! Sebelum ni kan dia berkongsi je ngan abang dia. Skang , ada masing masing punya !

image

Berbeza dengan abang dia punya , jumlah dos yang terkandung di dalam ubat gigi Zahra , SensiTeeth First Tooth Paste 40ml  , bebas dari flouride dan kalsium tetapi mempunyai 8% Xylitol dan stevia.  Xylitol adalah membentuk perlindungan dari serangan bakteria. Perlu diketahui enamel gigi kanak kanak di usia ini , mudah diserang karies gigi . Sebab tu di usia 6+ bulan , anak kecil dah patut diajar membersihkan gigi.

Jangan risau jika tertelan ubat gigi ni.. Ianya selamat sama sekali ! Heee..

image

image

image

Camana ? Kesemua ubat gigi dari SensiTeeth ni adalah bebas dari parabens , pewarna ,gluten dan SLES ! Maka tak perlu risau la yer. Berikan tanpa was was. Gigi yang cantik dan sihat membentuk senyuman yang menawan.. kan kan ?

Ahaaa .. ni nak mintak korang tolong isi borang survey ni.. di SINI . Klik dan isi jer. Boleh ? Korang akan dapat free sample produk SensiTeeth ni ! Hee.. rugi la kan  kalau tak isi ?

Dan jangan lupa untuk lawati fanpage SensiTeeth untuk info lebih lanjut serta apa jua yang korang nak tau lagi mengeni SensiTeeth ni . Terima kasih dan berikan yang terbaik untuk anak anak kita !

Kalau nak beli produk SensiTeeth Kids  , sila ke Guardian atau farmasi farmasi terpilih. Ada di jual di sana yer. Dapatkan segera sebelum gigi anak anda rosak. Heee.. sian diorang . Malu nanti nak bermain dengan rakan mereka.. kan kan ?

18 komen :

fakarudinft.blogspot.my berkata... [Reply to comment]

Bagus ubat gigi ni...ada ikut tahun...
Selamat dan kanak-kanak suka...gigi pun jadi sihat.....

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Bagus laaa.... di asing kan mengikut umur

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Q x suka gosok gigi... nak cuba gak lah

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Betul tu. Anak2 saya pun suka nau makan benda2 manis ni. Memang kene cari ubat gigi berperisa macam ni :)

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Oh ada kat guardian. Wokey..

mOoN IzzaN berkata... [Reply to comment]

Kena cuba gak ni.. anak2 memilih bab2 uat gigi.. biar la rasa manis ke sedap sekalipun if x kena pada lidah dia mmg dia xkan gosok gigi..

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Memanh dok cari mouthwash utk kanak kanak nak bg si kembar guna. Setakat gosok je kdg kdg tak bersih kat bahagian belakang gigi, dentist suggest guna mouthwash juga tapi tak pernah lagi jumpa yg khas utk kanak kanak camni. Nak pi Guardian lah jap lagi

Ummi Nani berkata... [Reply to comment]

1st time ada yg ikut umur..terbaik

penawarminyakherbaasmakjdt berkata... [Reply to comment]

waaahhh tk prnh tau pon ada ubat gigi ni. anak perempuan saya gigi dh berlubang jd kena la selalu gosok gigi. pasni bole try ubat gigi ni

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Boleh cuba sensiteeth lepas ni utk abam Qi...dia.pun suka gosok gigi

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

Budak-budak ada yang susah nak suruh gosok gigi .. memilih.
biasa my little boy kena beli ubat gigi yang berperisa baru rajin nk gosok gigi. Apelagi time dah masuk taska ni , kenala bersihkna gigi sebelum pi sekolah ...

shazillahsani.com berkata... [Reply to comment]

Wow pink!!! Comelnya..huhuhu

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

wahhhhh nak cuba gak lahhhh

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

ok petang ni jugak nak cari kat guardian!

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

alah seronoknya.. budak2 pun suka..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Mak ayah tak perlu risau dah..sebab yang ni ikut umur..mudah..pilih je.. :)

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

bagusnya..nak try amik sample tu..hehee

amelia ramli berkata... [Reply to comment]

bagus ni..nk pi cr kat Guardian la..Hadziq & amjad mesti lg suke klu dpt ubt gigi mcm ni..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI