Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 17 November 2016

Ibu juga berjaya pujuk si Qhaliff !

 

Entah apa mimpi pagi kelmarin , Qhaliff ajak aku gi gunting rambut kat Alamanda ! Aik ??? Aku pandang wife dan dia senyum.

“ Berjaya gak pujuk dia. Kena cakap lembut lembut. Bagitau kenapa kena gunting rambut. Pastu tanya dia kenapa dia takut gunting rambut ? Dia jawab takut tergunting telinga dia ! “ .

Lorr.. Ok la gitu. Awal pagi , selepas aku workout.. aku kejut Qhaliff dan Zahra. Bawak dua dua tu gi Alamanda. Qhaliff nak gunting rambut dan Zahra , saja ikut. Kembar ! Tak leh pisah. Si adik nak ikut ke mana saja abang dia pergi. Huhuh..

Sampai satu salon ni.. Aku ajak Qhaliff masuk. Dia tak nak. Dia kata nak pergi yang satu lagi. Huhhhh ! Yang sini baru berbelas ringgit. Yang sana , cecah RM33 tuuuuu..

Nak tak nak.. ikut je laaa.. Harap dia tak lari dah la ! Jangkaan aku meleset. Sampai je kat salon tu , dia dengan rela hati naik kerusi tu dan duduk. Ni mesti tengok Zahra ari tu ni.. Hehehehe.. Zahra tenang jer masa gunting rambut ari tu… Dia pun nak tunjuk la dia cool.. Huhuh..

image

image

image

Aku tak sangka sama sekali yang dia akan menurut kata tukang gunting rambut tu. Dan dia nampak rileks sangat ! Adehhh.. Apa ayat yang wife aku guna eh ??

image

Abis gunting rambut , dia pandang aku dan senyum.

“ Hensem tak daddy ? Hensem dari daddy kan ? “

Aik.. aku tak bayar kang.. Haa.. keje la kat situ sampai umur 7 tahun ! Haaaa.. Hensem kononnnnn… Ok la , memang hensem ! huhhh..

10 komen :

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

alahaiii qhaliff ...untung sungguh boss ngan wife dapat anak bijak dan yang selalu bagi kegembiraan pada semua orang

Sam Ahnad berkata... [Reply to comment]

Good boy abang long..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..bila sekali Qhaliff dah rasa selesa dan yakin..inshaAllah lepas ni tak takut gunting rambut..awak memang sentiasa handsome tau..tau..tau..

Ahsan Nur Mubarak Annuar berkata... [Reply to comment]

Okla tu blh bawak ke kedai gunting bro... anak aku xblh.. takut..haha

http://wacanaku2009.blogspot.my/2016/11/bagaimana-ingin-tingkatkan-ekonomi.html

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

haha. bila la ariq nak cool jugak ni. dr kecik smpai skrg takut. adeh

nyna saidi berkata... [Reply to comment]

alallaaaa...comelnya, suka dengangelagat anak-anak..buat kita tersenyum riang ;)

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Nasib baik daddy sayang...kalau tak kerja laa situ ehh hahahhaa

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

ensemlah Qhaliff lps ni... Korean style

Emarieys berkata... [Reply to comment]

Dah jadi abang long..mesti kena cool dah...mmg lebih handsome dr daddy kan.

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

dengan anak pun nak gaduh.. haha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI