Abiskan masa bersama anak..

 

Hurm… sebenarnya pelbagai cara dah diviral di media sosial untuk sedarkan si ibu bapa betapa masa yang ada diluangkan bersama anak anak.. bukannya mengadap telefon atau gadget !

Apa pun alasan sebenarnya , mereka yang bekerja dari hari Isnin hingga ke Sabtu , siang hingga malam.. secara tidak disedari mengabaikan anak walaupun alasan adalah untuk mencari duit , patut mencari masa dalam setiap 24 jam dan berikan pada anak kita. Atau kita akan menyesal satu hari nanti !

Bagi yang tidak berkemampuan , aku paham. Tapi bagi mereka yang dah terlebih mampu , tapi masih mencari beria ria sehingga dah dah tak apa lagi nak dikejar ?? Anak terabai..

Tak dinafikan , kadang kadang aku pun terleka.. Nasib baik ada media sosial yang memviralkan unsur unsur positif yang setepek kena muka kita !

image

image

Luangkan masa untuk mereka. Jangan tunggu cuti sekolah , baru nak bawak berjalan. Mereka perlukan kita , setiap saat !

7 ulasan:

  1. keluar umah dah besen tu..pool xde ke alahaii cian zahra

    BalasPadam
  2. HAHAA. Daddy pun masuk gak . huhuhu.

    BalasPadam
  3. Betul tu ben, tiap hari pastikan luangkan masa dgn anak anak walaupun sekejap. Jangan nanti dah tua baru menyesal bila anak anak tak pedulikan kita...

    BalasPadam
  4. Tetiba asyik viral besen biru je...ni yg nak beli berendam sama dgn anak hahahhaha

    BalasPadam
  5. Betul tu, saya yg kerja ni lagi terhad masa dgn anak². Jadi kena pandai curi masa, weekend kena lebihkan spend time dgn mereka.

    BalasPadam
  6. Lama tak datang sini...dulu datang masa abang kecik lagi...la ni adik pun dah besar....
    Anak adalah amanah Allah, moga kita dapat memberikan pendidikan sebaiknya

    BalasPadam
  7. pm besen tu . hahaa nampak besooo.. lama tak berendam .

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009