Akhirnya , Aariz terjatuh juga..

 

image

Punya la berjaga jaga.. Sejak dah pandai angkat punggung ni, dia dah boleh ‘menghilangkan’ diri sekelip mata. Bukan terjadi pada aku saja malah pada wife sebelum ni. Nasib baik kiri kanan katil dah diletak tilam. Dia jatuh dan sengih sengih.

Malang tak berbau.. semalam , 2 kali percubaan dia.. sekali aku berjaya selamatkan tapi sekali lagi tu , aku terlelap beberapa minit. Dia berada di sisi aku dan seluruh tilam ditutup dengan bantal berat. Namun ada satu sudut je takda. Sudut tu memang jauh sangat la dari dia..

Huwaaaaa ! Terdengar suara Aariz menangis kaw kaw punya. Tapi sebelum tu aku dah terbuka mata. Namun tak sempat nak kejar. Aku nampak Aariz terjatuh dari tilam. Nasib baik ketika tu Zahra ada bermain kat situ. Terkena dia maka impak jatuhan tu tak kuat mana. Tilam tu tak la tinggi mana sangat. Tilam tau.. bukan katil. Aku dah pindahkan tilam ke ruang tamu. Memang tidur situ je aku dan Zahra malam malam..

Geleng kepala aku tengok Aariz. Qhaliff dan Zahra pun pernah rasa gak jatuh tilam ni. Memang adat kot ??? Pasni kena hati hati 200% ! Terlelap tak dijangka sama sekali. Dok layan kartun bersama sama Zahra dan Aariz sementara menanti wife sampai rumah.

4 ulasan:

  1. Alaa sian dia. Tapi tulah budak dah makin melasak kita kena lebih alert.

    BalasPadam
  2. Risau juga kalau jatuh selalu, tgh lasak mmg kene pantau lebih!

    BalasPadam
  3. biasalah..kita dh penat, sampai tak sedar..nasib baik ada zahra.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.