Berkesan ke guna ‘roller’ untuk mensadokan badan ?

 

Aku perasan bila ada satu mamat sado di luar negara buat satu teknik guna barbell. Dia punya otot tersembul bila buat teknik tu terutama part perut !

image

image

Aku pun try la kat gym. Dan , fuhhh ! Memang sengal la badan pastu ! Terasa gempak la pulak. Terus aku search di youtube. Rupa-rupanya ada kuar dah alatan dia ni ! Aku tak pernah perasan kewujudan roller ni. Kalau mereka yang biasa tengok rancangan membeli belah di tv , mungkin ada jual dan tunjuk cara guna.

Malas beli kat tv jual tu. Aku rela gi beli kat Alamanda. Cepat dapat ! Aku part ni memang tak penyabar. Nak cepat jer.. hehehe.. Maklumlah , tengah bersemangat..

Maka aku pun beli laaa.. Dia ada dua jenis. Satu yang single… dan satu lagi berpasangan. Dua dua aku ada.. Memula aku beli yang single. Tak perasan kewujudan yang berpasangan ni.

image

Memang gempak la hasil dia ! Terasa belakang aku membengkak jer ! Hahahaha.. Banyak bahagian terlibat kalau guna ni. Memang core sungguh laaa..

Tu pasal aku beli yang berpansangan lak.. Aku pakai sehari.. Dan hasilnya memang lumayan pak !

image

image

image

Sebelum guna ? Tak la sebengkak skang… heee..

image

Kalau korang ada geng kat gym , rasanya kalau cara workout tu  betul , maka tak perlu dah menda ni. Tapi kalau main sorang sorang cam aku , memang Ab Roller ni memang penting la..

Harga ? Aku beli RM49 jer.. Ok la kan ?

Tiada ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009