Kerana kotorkan kereta , anak kena marah !

by - Isnin, Februari 20, 2017

 

Kereta baru. Berpeluh juga sebenarnya. Walaupun bukan hak milik aku , tapi aku bertanggungjawab sepenuh ke atasnya. Aku tak nak nasibnya seperti kereta satu lagi.. hurm…

Dua kereta. Terpaksa ! Giler apa nak berhutang di zaman ekonomi berat sebelah ni ! Dan kereta baru ni , terpaksa jaga kebersihannya sebab pelan jangka panjangnya , nak jual semula ! Maka , kena jaga laa..

Dilarang makan dan minum di dalam kereta ! Qhaliff dan Zahra sedia maklum. Memang diorang tak berani nak makan kecuali aku izinkan ! Huhuhu.. kesian gak tapi apa nak buat.. kereta ni bukan aku punya ! Tapi pemilik kereta pon tak dibenarkan makan ! Hahahaha..

Ketika ke Kuantan ari tu.. perjalanan jauh. Nak tak nak , kena makan dalam kereta. Kereta satu lagi tu , kena masuk service centre. Ada kena repair skit dan makan beribu ringgit punya kos ! Huhu.. apa nak buat. Keselamatan keluarga adalah lebih penting.

Abis kereta kotor. Aku mula pening dah ! Kalau kotor , kereta berbau. Bila berbau , lipas dan semut mula mai laaa ! Abis la kereta baru ! Adehh..

Maka amuklah aku ! Bukan sebab sayangkan kereta tapi aku kena jaga harta orang ni ! Harta bini wooo.. Walaupun bini sendiri yang kotorkan.. dia sendiri kena marah ! Kalau aku yang kasi kotor.. Er , Qhaliff marah aku !

Yer… memang tak patut la kan ? Kereta je kot ???? Hurmm.. antar kedai kasi cuci dah la kan ?

image

Entah la.. aku bukan jenis sayang harta tapi kesian kan wife.. Apa apa jadi pada aku , dia kena tanggung semua. Maka aku kena pastikan segalanya dalam keadaan baik. Andai aku tiada nanti , segalanya mudah untuk dia. Kot la nak jual kereta tu.. harga pon cantik sebab kereta dalam keadaan cun.. kan ?

You May Also Like

1 comments

  1. Kita pun sama, tak boleh tengok kereta kotor dan berterabur.

    BalasPadam