Melepaskan rindu !

 

Kali terakhir jumpa , sebelum Tahun Baru Cina ari tu. Selepas tu , memang sibuk memasing . Akhirnya , semalam.. disetkan lokasi dan berjumpalah !

Ya Allah , teruja sungguh Qhaliff bila nampak abang Ammar dia ! Macam nampak awek yang bertahun tak jumpa. Dia punya rindu , lain macam.. Ikhlas sungguh la diorang berkawan.

Sebelum tu aku bagi pilihan pada Qhaliff..

“ Qhaliff nak jumpa abang Ammar atau nak gi Alamanda ? “ . Tanya aku.

“ Er , Abang Ammar pastu kita gi Alamanda , boleh Daddy ? . Jawab Qhaliff.

Amboi.. dua dua sekali dia nak tapau.. Nak gi Alamanda , nak beli toys ! Maka gi je la Alamanda.. tapi no toys ! Rabak daddy kalau masuk Toys R Us ! Dah ada toys yang diidamkan dalam kepala dia tuu !

Tapi bila berjumpa Ammar.. lupa semuanya.

image

Begitu juga Zahra. Daddy pon dia tak kisah dah.. Huhu…

image

Cuma tinggal si kecik ni je lagi.. Kalau dah reti berjalan.. memang daddy terpaksa ‘buat lagi sorang’ la jawabnya..

2 ulasan:

  1. Seronok tengok budak budak rapat camtu, moga ukhwah diorang berkekalan selamanya

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009