Biarkan mereka ...

by - Isnin, Oktober 12, 2009

Semalam ada seorang kawan di Facebook meminta pendapat aku tentang masjid besi di putrajaya..aku memberitahunya bahawa aku tidak boleh memberi sebarang komen kerana aku belum lagi pergi ke sana ..mmg teringin..setiap kali aku lalu di precint 2 itu , pasti aku akan melihat keindahan masjid itu..subhanallah...amat indah bila waktu malam...

Baru-baru ini aku ada membaca ulasan mengenai masjid besi itu didalam surat khabar tempatan berbahasa melayu..aku amat tertarik dengan teknologi yg diterapkan pada masjid itu..

Ya..mmg betul nampak macam satu pembaziran tapi kita kena ingat...selalunya orang kita ni berbangga bila pergi ke negara luar..bercerita tentang teknologinya..tentang kecanggihan dan kecantikan negara tersebut..tetapi bila kita cuma buat dinegara kita , ramai kata membazir...kalau g shopping atau g melancong ke luar negara tu tak membazir ke ?

Bagi yang tidak berkemampuan , apa salahnya menikmatinya dalam negara..masjid setaraf bangunan berteknologi luar ini ada dalam negara kita ! tak payah pergi jauh jauh...ada kat putrajaya saja...bukankah itu satu lagi punca pendapatan ekonomi negara melalui pelancongan ...

jgn la kita asik dok cari kesalahan kerajaan..apa yang mereka buat salah tu , tu antara mereka dengan Allah di akhirat kelak..kita yang ada ni , bukakan lah minda...dulu kita bangkang pembinaan klcc...kereta proton saga...jambatan pulau pinang...pembinaan putrajaya..cyberjaya...tapi skang tengok ? bukankah semua itu tanda mercu kejayaan negara kita. ..ni asik asik dok bangga ngan negara luar...tak sudah sudah ngan bollywood..hollywood..

Aku bukanlah penyokong kerajaan atau pun pembangkang..bagi aku ..dua dua sama...sapa sapa naik , sapa sapa ada kuasa masa tu la syaitan datang membisiik...yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal... letakkan diri kita ditempat mereka..adakah kita akan bertindak mengikut lunas lunas Islam ? belum tentu sekali...sebab apa..kita sendiri pun belum tentu berlaku adil pada diri kita , keluarga malah pada majikan kita ...

Bukankah patut kerajaan gunakan semua duit itu untuk membantu rakyat ? kalau kita tengok , dari dulu kerajaan mmg membantu rakyat...tapi adakah rakayat membantu diri mereka sendiri ? berbagai cara kerajaan cuba membantu..tapi adakah mencukupi ? bagi la apa sekali pun ...takkan cukup...dibagi naik gaji..bonus...cukup ? takkan cukup...kalau gaji seorg kerani rm10k sekali pun..kalau dia berbelanja mcm gaji rm20k, sama gak kan ??

Buat la camana pun ....kita takkan puas...sampai bila bila...apa yang penting , kita bantu diri kita sendiri..rasanya sekarang ni , boleh dikatakan setiap rakyat malaysia sudah berpendidikan tinggi..paling tidak pun dah memegang segulung diploma..takkan tu pun still nak mengharap kerajaan ? ermmm...rezeki ada di mana mana..yang penting berusaha...

Janganlah kita membantu anasir luar untuk menjatuhkan negara yang kita cintai ini..cukuplah negara lain membenci negara kita ..kalau kita sendiri yang membenci negara kita ? apa lagi yang kita tinggalkan untuk keturunan akan datang ? kalau tak suka , lakukanlah perubahan...dengan cara yang betul...

Bagi aku ....alhamdulillah...aku cukup gembira melihat negara aku yang semakin canggih walaupun tidak sempurna..aku tidak perlu lagi memandang ke negara jiran yang dulu jauh lebih maju dari negara kita kerana kita dah setaraf dengan mereka !!

Ini cumalah pendapat aku..tak de maksud nak menghasut sapa sapa ... hehehe..

You May Also Like

1 comments