Dalam Mencari Cinta ...

by - Khamis, Oktober 08, 2009



Sejenak terfikir ,
Cinta adalah segalanya dalam kehidupan ini ..
Tiada cinta bererti tiadalah jiwa..
Tiada cinta bererti pudarlah kehidupan..
Tapi sebenarnya dimana cinta itu ?

Sejenak terfikir ,
Cinta datang dan pergi ...
Yang asli mahupun yang palsu ..
Tidak pasti mana kaca mana permata...
Yang pasti bila datang cinta ,buta mata hati..

Sejenak terfikir ,
Cinta biarlah kerana Allah..
baru temui yang mana sejati
yang mana satu duniawi...
Hati suci jiwa murni ...

Tak perlu aku berfikir lagi..
segalanya telah diatur Ilahi ..
yang pasti aku disini...
menanti bertemu dikemudian hari...

You May Also Like

1 comments

  1. tak sangka abg ben berpuisi bab cinta...ye betul2..cinta paling agung adalah cinta pd ALLAH yang satu..

    BalasPadam