Petang - Panas ! Panas !!

by - Selasa, Oktober 20, 2009

Adeh...panas betul isu ari ni...ngan aku aku sekali terkena tempiasnya..hahahahah...sesekali ( sesekali ker ?? ) bagi soalan kat FACEBOOK n tengok respon kawan-kawan mmg menarik...Apa pun mmg aku respek kat diorng...makin cool jawapan mereka..takde yang menurut emosi dah ...nak marah marah sebab sedar ini cuma soalan yang meminta pandangan mereka ...jadi mereka menjawabnya dengan penuh kematangan fikiran..hehehe...terima kasihhh..

Kadang-kadang aku perlu melihat corak pemikiran wanita untuk memahami mereka walaupun sedikit...bukan mudah nak memahami mereka...terlalu banyak blocking untuk membaca fikiran mereka...mulut kata lain , hati kata lain..apatah lagi perbuatan....

Perempuan ni , kalau baik , tersangat laaa baiknya..kalau zalim , hitler pun leh letak jawatan woo ! dasat..sebab tu..kalau baik ngan perempuan ni , mereka akan baik sangat...jgn sesekali cari pasal dengan kaum hawa ni...kang , kena jelingan halilintar membelah bumi , sampai ke dalam mimpi dok terbayang jelingan tu !!

- hanya lelaki sahaja tau mengapa mereka suka pakai kasut berlainan jenis !!

Apa sekali pun , bagi aku...WANITA ADALAH CIPTAAN ALLAH YANG PALING INDAH DI ATAS MUKA BUMI INI....bawah bumi aku tak tau la...hehehe...selamat meneroka dunia wanita...

You May Also Like

5 comments

  1. manusia di atas muka bumi sudah Allah ciptakan berpasang-pasangan..begitu lelaki memerlukan wanita, begitu juga la wanita memerlukan lelaki untuk melengkapkan kehidupan...

    BalasPadam
  2. walaupun lelaki memerlukan wanita utk lengkapkan kehidupan, ada jg lelaki yg masih menggatal dgn wanita lain sdgkan si isteri sgt mencintainya..si isteri hanya meminta kasih n cinta yg tulus ikhlas untuk dirinya, bkn harta kekayaan yg melimpah ruah..hanya kasih dan cinta yg tulus ikhlas, berat sgt kah permintaan si isteri??

    BalasPadam
  3. memahami wanita bkn perkara yg susah..selami hati dia dlm2..belajar siapa diri dia...bykkan ckp dari hati ke hati..bt persidangan hati..perkataan yg tunjukkan syg pada wanita mampu melembutkan hati perempuan..hati perempuan keras kerak nasi je..tangan yg menghayun buaian mampu menggoncang dunia tau??hitler mmg letak jwatan..

    BalasPadam
  4. It's not dat difficult to understand women's heart and mind. One only needs to put their utmost effort in understanding and realizing how they works their life ^^... It's meant for both parties actually hehe...Semoga kita lebih memahami diri kita masing2 dan berusaha memperbaiki segala kekurangan. Faitooo~oh!!!

    BalasPadam
  5. jika tiada perkara pahit manis bukan la kehidupan namanye...lumrah alam dan fitrah manusia tidak pernah puas dan tidak berhenti mengejar kemewahan dan keseronokkan duniawi..lelaki dan wanita itu dicipta dengan setiap satu nye mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri juga tidak terlepas dari mempunyai kelemahan yang tidak kita ketahui...sebab itu Allah mengurniakan kita akal fikiran supaya umatnye mahu berfikir dan memikirkan baik buruk setiap apa yang kita lakukan dan sudah laksanakan sebagai khalifah di muka bumi ini...tidak perlu menuding jari kepada sesiapa baik lelaki mahupun wanita...setiap masalah itu ade jalan penyelesaian...emosi itu tidak membawa kita ke mana..fikir secara rasional kerana satu jari yang menuduh itu terlupa, ade lagi 9 lagi jari akan menuding kembali kepada kesilapan diri sendiri..muhassabah diri, kita sendiri juga belum cukup sempurna..

    BalasPadam