Rayu bantu Aliff, Syawal

by - Rabu, Ogos 18, 2010

GEORGETOWN: Dua kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang merayu bantuan kewangan daripada orang ramai bagi menampung kos pembedahan segera di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC). Mohamad Aliff Iskandar Rizal, lapan bulan, memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM35,000 untuk menjalani pembedahan segera apabila paru-parunya mengalami masalah penafasan agak teruk dan bergantung pada tiub penafasan.


Bapanya, Fizal Saari, 31, seorang pekerja kilang berpendapatan sekitar RM500 sebulan manakala ibunya, Rahayumazni Radzi, 28, seorang suri rumah tidak mampu menampung kos rawatan yang tinggi.


Katanya, jika dilihat keadaan anaknya agak kritikal dan keadaan itu tidak sesuai dengan usianya yang masih kecil dan operasi pembedahan perlu dilakukan segera.


“Sebagai bapa, saya menaruh harapan tinggi melihat anak saya sihat seperti kanak-kanak lain,” katanya.


Seorang lagi kanak-kanak, Muhammad Syawal Zulnasr, dua tahun yang juga menghidap penyakit sama memerlukan pembedahan segera di GMC dan kos pembedahan dianggarkan RM32,000.


Bapanya, Zulhasri Md Isa, 36, pemandu lori memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan dan isterinya, Siti Hawa Daud, 30, suri rumah.


Orang ramai yang ingin menderma boleh menghantar cek atau wang pos kepada The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd, Bahagian Kewangan / Tabung Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak berkenaan di belakang cek berkenaan.


sumber : HMETRO


BA : :)


You May Also Like

3 comments

  1. Sama2 beramal dibulan mulia ini... terutama yg dah dpt earning paling tinggi kuarkan lah zakat kan...

    BalasPadam
  2. Setuju dengan "mahumahu"..dari dikejar LHDN, elok kita berzakat...

    BalasPadam
  3. Anak saudara Kak Jie juga jantung berlubang, akan operate bulan 10 nanti...

    byk juga kos yang nak kena cekau

    BalasPadam