Amyra Rosli dan Amar Bahrain memang sepadan ?

by - Selasa, Disember 20, 2016

 

Secara jujurnya , aku tak pernah jumpa kedua dua artis ni tapi pernah team aku pernah bekerjasama dengan Amar Bahrain satu tika dulu.. mempromosi kurta miliknya , AMJIFAEXCLUSIVE BY AMAR BAHRAIN.

Dan rakan rakan blogger memuji beliau yang tidak sombong serta sangat membantu !

image

Hari ni , aku berpeluang berjumpa dengan beliau serta isterinya dalam satu majlis rasmi melibatkan Amyra. Ikutkan aku malas nak pergi tapi aku dulu minat kat Amyra Rosli. Hehehe.. Drama apa tah , aku pun tak ingat. Comel dia masa tu.. Hahaha.. Bertudung watak dia ketika tu.

Apakah dia seperti suaminya ? Hehehehe..

image

Secara jujurnya aku perati jer dari jauh cara Amyra melayan permintaan media serta peminatnya dan ternyata dia sangat sporting. Tak sombong walaupun dia dah ada nama. Begitu juga Amar yang sudah kelihatan penat tapi masih tetap bergambar bersama sama mereka yang mengenali pasangan popular tersebut.

Hurm.. jangan tanya kenapa aku tak senyum. Banyak faktor sebenarnya tapi apa pun , jutaan terima kasih pada rakan blogger , UmmiNani yang sudi mengambil gambar.. Hehehehe..

Buat Amyra dan Amar, semoga bahagia ke syurga yer.. Dan dikurniakan anak yang comel comel belaka.. Kekalkan cara sekarang eh. Moga kita berjumpa lagi dalam projek bisnes akan datang !

You May Also Like

1 comments